Posts

Showing posts with the label Mukmin Profesional

Memberi Dengan Kasih Sayang - Mukmin Profesional 10.12.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd  Juoi Syukur kepada Allah, dengan nikmat paling berharga iaitu iman, dan semoga kita dapat mempertahankan dan mempertingkatkan iman sehingga kita kembali bertemu Allah SWT, In sha Allah. Mari muhasabah bersama, setakat hari ini sebanyak mana kita telah memberi? Adakah kita lebih banyak memberi atau menerima? Memberi tidak terhad kepada bentuk wang ringgit dan harta benda, tetapi boleh juga dalam bentuk tenaga, fikiran, masa atau sekurang-kurangnya doa, senyuman dan memberi salam. Jika kita lebih banyak memberi, tahniah! Itulah petanda kita seorang yang ceria, kerana hanya orang ceria saja yang boleh memberi. Orang yang ceria juga merupakan orang yang produktif, kerana kajian menunjukkan orang sebegini akan mengeluarkan hormon endorphin yang akan memberi ilham-ilham yang baik. Jika sebaliknya iaitu kita merasa sukar untuk memberi, itu petanda yang kita tidak ceria dan merembeskan hormon kortisol. Hormon ini juga akan menjadikan seseorang itu buntu dan terhijab...

Usah Mengalah Dalam Mujahadah – Mukmin Profesional 24.09.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah Allah memilih kita untuk sekali lagi berada di dalam majlis ilmu. Semoga Allah juga memberi kita kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari. Mutiara kata sebagai mukadimah bicara: Apabila hati resah, pasti ada perintah Allah yang belum dilaksanakan atau larangan Allah yang telah dilanggar ataupun kedua-duanya sekali. Jesteru, beristighfarlah. Paksa diri dan hati untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Ingatlah wahai diri – melakukan taat lebih mudah daripada melakukan maksiat. Jika taat itu pedih, sesungguhnya maksiat itu lebih pedih. Kita sentiasa berhadapan dengan 2 perkara dalam kehidupan – perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang suka dilakukan. Contoh perkara yang perlu ialah membaca, bekerja, beribadat dan seumpamanya dan perkara ini biasanya tidak disukai hawa nafsu. Contoh perkara yang disukai pula ialah berehat yang berlebihan, berhibur berlebihan, mengumpat dan seumpamanya. Kedua-dua perkara ini b...

Pasca Ramadhan: 'High-touch' dan 'High-tech' – Mukmin Profesional 27.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah kerana kita diizinkan Allah berada dalam majlis ilmu. Semoga kita mendapat manfaat-manfaat di luar jangkaan kita, kerana Nabi SAW pernah berjanji bahawa orang yang berada dalam majlis ilmu akan mendapat rahmat, ketenangan dan namanya akan disebut oleh Allah dalam majlis yang lebih mulia daripada ini. Oleh sebab itu, tanda orang itu sebagai orang mukmin atau orang yang sedang berusaha menjadi mukmin adalah hatinya mudah tertarik kepada majlis ilmu. Hari ini kita akan fokus untuk membincangkan 'high-touch' (akhlak-akhlak murni dalam pergaulan) dan 'high-tech' (kepakaran dalam pekerjaan) kita setelah Ramadhan berlalu. Pada prinsipnya, Ramadhan itu merupakan satu madrasah untuk melahirkan muttaqin (orang-orang bertaqwa). Orang yang bertaqwa ialah orang yang sangat berhati-hati dalam menjaga hukum-hakam Allah – perkara halal dikerjakan, perkara haram ditinggalkan, yang sunat dilaksanakan untuk mendapat kecintaan Allah dan yan...

Ingat Mati Menghidupkan Hati – Mukmin Profesional 25.06.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Mukaddimah: Alhamdulillah, syukur kita dapat meneruskan kehidupan dan kita ditakdirkan berada dalam daerah kebaikan iaitu kita dapat terus menimba ilmu pengetahuan. InsyaAllah, mudah-mudahan dengan bertambah ilmu, bertambah juga kefahaman, bertambah penghayatan dan seterusnya bertambah amalan kita. Saya tidak jemu-jemu mengingatkan diri saya dan para pendengar semua bahawa apa yang kita dapat dalam kehidupan ini adalah bagaimana kita melihat kehidupan dan mengambil manfaat daripada apa yang berlaku dalam kehidupan yang singkat ini. Saya juga ingin mengingatkan bahawa bagaimana kita melihat kehidupan bergantung kepada kesedaran siapakah diri kita yang sebenarnya. Jadi, InsyaAllah kita telah memahami konsep ini kerana rancangan Mukmin Profesional selalu menekankan bahawa hidup ini perlu dilihat daripada kacamata Pencipta Hidup. Hanya dengan ini barulah kita sebagai hamba Allah dapat mengambil manfaat daripada kehidupan ini. Kita telah bermula lama dah...

Harap & Takut dalam Solat – Mukmin Profesional 30.04.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah Allaw SWT mengizinkan kita berada dalam daerah kebaikan. Semoga perbincangan kita bukan sahaja menjadi halwa telinga bahkan turut menjadi makanan bagi hati dan jiwa kita. Semoga kita dapat merasakan kebenaran, dan bukan sekadar kita menerima kebenaran dengan pemikiran. Pada minggu-minggu yang lalu, kita telah bincangkan perihal solat sebagai talian hayat kita dengan Allah SWT. Kita juga telah menegaskan berkali-kali bahawa untuk memperbaiki dunia, perlu perbaiki manusia, untuk perbaiki manusia, perlu perbaiki hati, untuk perbaiki hati, perlu perbaiki solat. InsyaAllah jika semua orang berusaha memperbaiki solat, kita akan boleh lihat kesan berantai yang positif. Apabila diri kita baik, kita didik keluarga jadi baik, seterusnya masyarakat akan baik sehinggalah ke peringat semakin tinggi ke seluruh dunia. Oleh sebab itulah, solat dikaitkan secara langsung dengan kejayaan, ketenangan dan kefakiran. Jika kita tanya diri kita, logikkah ...

Zikrullah Sumber Bahagia – Mukmin Profesional 14.05.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd. Juoi Alhamdulillah kita dipilih untuk berada dalam kebaikan. Mudah-mudahan dengan kita selalu mendengar sesuatu yang berkaitan ilmu ini, hati kita akan bercahaya. Perbincangan petang ini akan menyambung perbincangan minggu lepas. Minggu lepas telah kita bincangkan bahawa terdapat 2 cara manusia mencari bahagia – dari luar ke dalam, dan dari dalam ke luar. Manusia yang yakin bahawa bahagia itu datang daripada luar memburu harta, rupa, kuasa dan nama. Kita sudah pun membincangkan dan membuktikan bahawa golongan yang memiliki semua ini pada hakikatnya tidak juga mendapat kebahagiaan kerana ramai daripada mereka yang hidup tertekan dan terlibat dengan dadah, arak, masalah rumah tangga sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri. Sumber bahagia yang kedua pula adalah dari dalam ke luar – iaitu bersumberkan hati. Allah SWT telah menegaskan dalam firman-Nya, “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Inilah jawapan kebahagian yang dicari...