Memberi Dengan Kasih Sayang - Mukmin Profesional 10.12.2012
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Syukur kepada Allah, dengan nikmat paling berharga iaitu iman, dan semoga kita dapat mempertahankan dan mempertingkatkan iman sehingga kita kembali bertemu Allah SWT, In sha Allah.
Mari muhasabah bersama, setakat hari ini sebanyak mana kita telah memberi? Adakah kita lebih banyak memberi atau menerima? Memberi tidak terhad kepada bentuk wang ringgit dan harta benda, tetapi boleh juga dalam bentuk tenaga, fikiran, masa atau sekurang-kurangnya doa, senyuman dan memberi salam. Jika kita lebih banyak memberi, tahniah! Itulah petanda kita seorang yang ceria, kerana hanya orang ceria saja yang boleh memberi.
Orang yang ceria juga merupakan orang yang produktif, kerana kajian menunjukkan orang sebegini akan mengeluarkan hormon endorphin yang akan memberi ilham-ilham yang baik. Jika sebaliknya iaitu kita merasa sukar untuk memberi, itu petanda yang kita tidak ceria dan merembeskan hormon kortisol. Hormon ini juga akan menjadikan seseorang itu buntu dan terhijab daripada mendapat ilham yang baik.
Islam menggalakkan umatnya berbuat baik bukan sekadar kepada manusia sahaja, bahkan juga kepada haiwan dan alam. Dalam hadis yang terkenal, ada diceritakan tentang seorang wanita yang tidak baik pekerjaanya, tetapi setelah memberi minum seekor anjing dengan penuh kasih sayang, dia diampunkan dan diberi balasan syurga. Begitu juga dengan kisah seorang wanita yang 'abid (kuat ibadah), tetapi menjadi ahli neraka kerana beliau menyeksa dengan mengurung kucingnya dan tidak diberikan makanan.
Setiap manusia mengharapkan kasih-sayang, kerana itu adalah fitrah manusia. Ibu bapa dan anak-anak, suami dan isteri bahkan antara pemimpin dan rakyat juga saling mengharapkan kasih-sayang. Walaupun kasih-sayang itu amat diharapkan manusia, ianya semakin hari semakin tandus. Kita boleh melihat bagaimana perang saudara terus berlaku, serangan oleh negara kaya ke atas negara miskin juga terus berlaku, neo-kolonisma (penjajahan bentuk baru) juga berlaku. Bahkan di depan mata kita juga, kita boleh melihat sendiri bagaimana institusi yang sepatutnya memberikan kasih-sayang semakin hari semakin rapuh.
Perangkaan menunjukkan kes perceraian berlaku setiap 15 minit, manakala seorang anak zina pula dilahirkan setiap 18 minit. Ini menandakan kasih-sayang semakin sukar diperoleh mutakhir ini. Mengapa ini berlaku? Sebabnya kerana kita telah melanggar hukum kasih-sayang. Apa hukumnya - untuk mendapatkan kasih-sayang, kita perlu memberi kasih-sayang terlebih dahulu. Rupa-rupanya walaupun semua manusia dahagakan kasih-sayang, semuanya terlalu ego untuk memberi dan menanti sahaja untuk mendapat kasih-sayang. Apabila kita menunggu untuk diberi kasih-sayang, maka kita telah melanggar hukum kasih-sayang dan ianya akan menjadi semakin pudar.
Siapa yang paling menyayangi, dialah yang paling banyak memberi. Sebab itulah, antara ibu dan anak, pastilah ibu yang lebih mengasihi. Seorang ibu sanggup mengandungkan anak selama 9 bulan, sedangkan seorang bapa takkan sanggup melakukannya. Ketika melahirkan pula, ibu sanggup menggadaikan nyawanya. Pada zaman khalifah Umar, berlaku satu kisah seorang anak yang mendukung ibuya daripada Yaman ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan haji. Itu adalah satu jarak yang jauh. Sy. Umar melihat perkara ini dan mengatakan bahawa dia adalah anak yang soleh. Namun, pemuda itu menafikan kerana katanya, walaupun dia menjaga ibunya dengan begitu baik, ada juga terlintas di hatinya ingatan negatif akan bilakah ibunya akan meninggal, sedangkan tiada seorang ibu yang mengharapkan kematian kepada anaknya.
Rasulullah SAW juga lebih banyak memberi kepada kita, umatnya, dan nyatalah baginda SAW lebih menyayangi kita. Lahirnya Rasul SAW itu sendiri merupakan rahmat bukan sekadar kepada umatnya, bahkan kepada seluruh alam juga. Rasulullah SAW memberi dalam bentuk menyampaikan Islam kepada kita. Rasulullah SAW juga paling banyak memberi kemaafan. Ketika pembukaan kota Mekah, Rasulullah SAW berdepan dengan orang yang pernah menganiayanya, dan berkomplot untuk membunuh baginda. Namun, baginda SAW berkata, "Kamu adalah saudaraku, dan kamu bebas". Rasulullah SAW memaafkan mereka begitu sahaja. Pernah juga berlaku suatu malam Rasulullah SAW tidak lena tidur, lalu ditanya sebabnya oleh isteri baginda. Rasulullah SAW menjawab, "Aku teringat akan beberapa dirham yang aku miliki, tetapi tidak tahu dimana letaknya yang belum kuberikan kepada orang yang memerlukan". Sampai begitu sekali Nabi SAW susah hati kerana tidak memberi. Oleh itu, kita juga perlu meniru sifat yang sedemikian. Bahkan ketika sakaratulmaut juga, Rasulullah SAW masih memberi, dalam bentuk peringatan iaitu agar kita menjaga solat.
Satu lagi kisah berlaku ketika Sy. Aisyah dihadiahkan seekor kambing, lalu dia pun menyedekahkan semua bahagian kecuali bahagian kaki untuk dimasak dan diberi makan kepada Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW mencicip hidangan kambing itu, baginda berkata, "Semua kambing yang diberikan kepada orang telah menjadi milik kita, kecuali bahagian kaki ini". Begitulah tingginya sifat kasih-sayang Rasulullah SAW terhadap umatnya.
Antara ibu dan anak, ibu lebih mengasihi. Antara Rasulullah SAW dan umatnya, baginda lebih mengasihi. Antara Allah dan hamba-hambanya, maka pastilah tiada bandingan kasih-sayangnya kerana Allah adalah Yang Maha Pengasih. Allah sangat banyak memberi sehingga dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa manusia tidak akan mampu menghitungnya. Bahkan, Allah memberi tanpa kita meminta dan sebelum kita memintanya juga. Contohnya kita mendapat oksigen, penglihatan, pendengaran, dan lain-lainnya tanpa perlu meminta. Kalaulah kita perlu meminta, alamatnya matilah kita kerana kita mungkin akan banyak terlupa untuk meminta apa yang kita perlukan.
Kasihnya Allah tidak terhad kepada itu, bahkan Allah juga memberi tanpa mengharapkan balasan. Walaupun Allah meminta kita bersyukur, dan melakukan ibadah, tetapi itu bukanlah dilakukan sebagai balasan kepada apa yang Allah berikan. Manfaat perbuatan syukur dan ibadah itu adalah untuk diri kita juga, bukan untuk Allah. Allah memberi tanpa ingin dibalas.
Sebagai peminjam nikmat yang banyak diberikan Allah, maka seharusnyalah kita membalas dengan kebaikan. Di dunia, jika kita berhutang dan tidak membayarnya semula, maka kita akan disenarai-hitamkan. Tetapi Allah tidak melakukan begitu. Walaupun ramai manusia yang tidak membalas kebaikan Allah, Allah tetap terus memberi.
Allah juga memberi kita sesuatu yang berulang-ulang. Contohnya - ketika kita bercakap ini, berapa banyak proses yang berlaku dalam tubuh kita - pernafasan, penghadaman, perkumuhan dan sebagainya, semuanya diberikan berulang-ulang dan konsisten oleh Allah SWT. Dalam alam sekitar dan haiwan juga berlaku berjuta-juta proses yang Allah tidak pernah lalai atau mengantuk sekalipun untuk mengendalikannya. Semua alam ini juga diatur demi kepentingan manusia. Subhanallah. Jika kita perhatikan semuanya ini, malu kita dengan Allah dengan tingginya kasih sayang Allah.
Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu menurut jejak langkah orang yang berjaya, dan siapa orang yang paling berjaya? Tentulah Rasulullah SAW. Oleh kerana baginda Rasulullah SAW banyak memberi, maka kita juga perlu banyak memberi. Termasuk dalam tugas kita sebagai khalifah juga adalah memberi kebaikan kepada diri dan alam sekeliling. Jika di rumah, kita beri kebaikan kepada keluarga. Jika di pejabat, kita beri kebaikan kepada rakan sekerja. Jika di jalan raya, kita bertimbang-rasa dan memberi kemudahan kepada orang lain.
Kenapa kita sukar memberi? Kerana manusia berasa, jika memberi, ianya akan berkurangan. Tetapi ianya tidak benar! Allah telah berjanji bahawa jika suatu harta diberi kepada jalan Allah, maka satu biji akan menumbuhkan 7 tangkai, manakala satu tangkai akan membuahkan seratus biji, maka dengan kata lain sesuatu pemberian itu akan digandakan sehingga 700 kali. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Rasulullah SAW juga menegaskan bahawa bersedekah itu tidak akan menjadikan seseorang itu papa. Jadi, kita perlu yakin kepada Allah dan kepada Rasulullah SAW dan mangamalkan untuk memberi.
Gandaan 700 kali yang dijanjikan pula perlu dilihat dalam 2 bentuk - pandangan mata hati dan bukan sekadar pada pandangan fizikal sahaja. Pertama, Allah boleh ganti dalam bentuk serupa yang ketara dengan gandaan harta. Mungkin kerana kita beri duit kepada ibu bapa kita, Allah ganti dalam bentuk lebih banyak iaitu mendapat bonus ditempat kerja. Allah boleh juga beri dalam bentuk lain seperti kesihatan. Antara kesihatan dan kekayaan, saya pasti ramai antara kita yang akan pilih kesihatan. Allah juga boleh beri dalam bentuk anak-anak yang soleh, isteri yang setia dan rumah-tangga yang bahagia. Allah mampu memberi lebih daripada apa yang kita keluarkan.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah simboliknya perlakuan dalam solat?
J: Pada prinsipnya, solat merupakan satu bukti kehambaan kita kepada Allah SWT. Jadi, apa saja perlakuan atau ucapan di dalam solat adalah untuk menzahirkan kehambaan kita kepada Allah. Contohnya - ketika berdiri betul, mata kita ditundukkan dan diarahkan kepada tempat sujud, dan kita mengangkat takbratul ihram - ini adalah sebagai tanda ta'zim, menyerah diri kepada Allah. Ketika rukuk pula, kita menghormati Allah sebagai Tuhan, dan kita juga dilarang merukuk kepada selain Allah. Ketika rukuk, akal, mulut dan perut kita berada pada kedudukan yang sama, dan kita menghinakan diri di depan Allah. Ketika sujud pula, kita meletakkan kepala - iaitu anggota yang biasanya kita jaga dan muliakan, ke tanah yang dipijak oleh sesiapa sahaja. Ini juga sebagai tanda hinanya kita di hadapan Allah. Ketika solat ada 4 rasa kehambaan kepada Allah SWT iaitu rasa kehebatan Allah SWT, hinanya kita didepan Allah, rasa takut (khauf) kepada Allah, dan rajak (berharap) pada Allah ketika duduk tahiyyat akhir dan bacaannya. Wallahu'alam.
S: Bagaimana pula jika kita tak henti memberi, tetapi dibalas sebaliknya?
J: Jika berlaku begitu, kita biasanya rasa tidak adil, rasa diperalatkan dan seumpamanya. Sebenarnya ada 2 bentuk pertimbangan - pertama ialah memberi itu memang digalakkan dalam Islam, namun dalam pada itu seseorang itu juga perlu berhati-hati. Itulah sifat mukmin profesional - memberi kerana bersifat pemurah, dan bijaksana dalam melakukannya (berhati-hati). Contoh mudah - Jika sudah jelas ada sindiket yang meminta sedekah, maka tidak salah untuk kita tidak memberi kepada mereka. Tetapi jika kita berasa asyik kita saja yang memberi, dan tidak mendapat balasan atau perhargaan daripada orang yang diberi, kita takkan bahagia. Mengikut ahli psikologi, manusia ini memang spesis yang tidak tahu berterima kasih. Oleh itu, jika kita mengharapkan ucapan terima kasih atau penghargaan ke atas kebaikan yang kita lakukan, kita akan menjadi orang yang sakit jiwa. Adakah kita akan berhenti memberi kerana kita tidak dihargai? Tidak. Kita memberi kerana Allah. Perhatikan sifat Allah yang Maha Pemberi. Bandingkan berapa banyak nikmat yang Allah berikan, dan berapa kerat sahaja manusia yang bersyukur. Allah sendiri sudah menjelaskan bahawa sedikit sekali manusia yang bersyukur padanya. Walaupun telah tahu, Allah tidak berhenti memberi bahkan terus memberi sehingga tak terhitung oleh kita. Jesteru, jika kita yang memberi sedikit saja ingin berhenti kerana tidak dihargai, kita adalah sangat ego. Sebenarnya apa yang kita beri bukan hak kita pun, kita hanya peminjam. Oleh itu, jika memberi, berilah kerana Allah SWT, dan bukan kerana mengharapkan penghargaan manusia. In sha Allah, walaupun manusia tidak pandai membalasnya, Allah pasti membalasnya. What you give, you get back.
S: Mengapa suami sukar meluahkan kata-kata sayang kepada isteri, sedangkan isteri sebaliknya?
J: "Kita membina rumah dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina rumahtangga dengan apa yang kita berikan". Rumah dibina dengan kayu, batu-bata, sebaliknya rumahtangga dibina dengan kasih sayang, rindu, sifat kemaafan dan sebagainya. Hukum mudahnya ialah membina rumahtangga dengan memberi. Suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak dan peranan tersendiri. Jika masing-masing menjalankan peranan masing-masing, hak kedua-duanya akan dipenuhi. Namun, manusia tidak fokus kepada peranan yang perlu dimainkannya, sebaliknya mereka fokus kepada hak yang perlu diterimanya. Hak ialah apabila kita berfikir - 'how to get', manakala peranan pula apabila kita berfikir - 'how to give'. Suami-isteri perlu mengubah 'mindset' untuk memberi, bukan untuk menerima sahaja. Siapa yang lebih menyayangi, dialah yang lebih banyak memberi. Kasih sayang berkadar terus dengan iman - semakin beriman seseorang kepada Allah, maka semakin tinggi jugalah kasih sayangnya kepada manusia, dan paling banyak memberi. Tentang sifat lelaki yang sukar melafazkan kata-kata itu adalah kerana cinta pada lelaki adalah perbuatan - 'love is a verb'. Sebaliknya bagi perempuan - 'love is a word' dan mereka pula sangat sensitif dengan pujukan mesra, perkataan-perkataan yang indah dan hadiah. Oleh sebab itu jugalah, anak perempuan lebih wajar didahulukan dalam memberi hadiah berbanding anak lelaki. Untuk mendapatkan kesamaan dalam perbezaan ini, mari kita pegang nasihat Nabi SAW kepada seorang sahabatnya. Sedang Nabi SAW dan sahabat tersebut duduk bersama, lalu seorang sahabat lain di hadapan mereka. Lalu, sahabat tersebut pun berkata, "Aku sangat mencintai sahabat itu kerana Allah SWT". Rasulullah SAW pun berkata, "Pergilah kepadanya dan katakan apa yang kamu ucapkan tadi kepadanya". Oleh sebab itu, kepada para suami, walaupun 'love is a verb', apa salahnya lafazkan juga kata-kata sayang kepada isteri.
S: Saya mohon ulasan ustaz tentang hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa 'Sebaik-baik manusia ialah mereka yang banyak memberi kebaikan', dan bukannya mereka yang sekadar berjubah dan berserban.
J: Rasulullah SAW merupakan pemimpin yang paling agung. Walaupun kita cuba untuk meniru baginda SAW, namun pada hakikatnya kita takkan berjaya. Untuk meniru Rasulullah SAW, kita perlu melihat sifat dan kelakuan baginda dalam semua dimensi. Baginda tidak sekadar solat sehingga bengkak kakinya, bahkan baginda turut berperang sehingga patah giginya. Baginda juga tidak sekadar romantik bersama isterinya, bahkan baginda juga berjuang, berjihad dan berdakwah di luar rumah. Begitu juga dengan minuman susu kambing. Jika kita ingin ikut sunnah Nabi, kita bukan berhenti sekadar pada minum susu kambing sahaja, tetapi kita juga perlu tambah ilmu, perlu mujahadah dan beribadah agar menjadi lebih baik. Begitu dengan cara berpakaian. Semua yang Nabi SAW buat merupakan contoh teladan yang baik. Tetapi, dalam pada itu, jika kita tak mampu buat semua, jangan kita tinggalkan semuanya sekali pula. Jika mampu untuk berserban, maka pakailah serban sebagai cara menunjukkan kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW. Begitu juga dengan pakaian yang putih, bersih, berwarna hijau dan banyak lagi. Namun, daripada segi keutamaannya, berakhlak dengan akhlak Nabi SAW adalah lebih penting berbanding meniru fizikal dan penampilannya. Apalah gunanya jika berpakaian mengikut sunnah, tapi berperangai seperti serigala. Meniru akhlak Nabi SAW adalah lebih utama berbanding meniru penampilannya.
Kesimpulan:
Jangan merasakan kita tidak ada untuk memberi. Selagi kita hidup di dunia, kita adalah orang yang berada(kaya) untuk memberi. Berilah dalam bentuk yang kita mampu sama ada harta, tenaga, senyuman ataupun setidak-tidaknya doa. Saya tutup dengan kata-kata Dr. 'Aid Al-Qarni dalam buku 'La Tahzan' iaitu: "Orang pertama yang mendapat manfaat daripada satu kebaikan adalah orang yang melakukannya". Sebagai tambahan, "Tangan yang menghulurkan bunga, pastilah tangan itu akan berbau harum". In sha Allah.