Tipu Daya Syaitan (1) – Tanyalah Ustaz 31.12.2012


Ustaz Mohd Nizam Abdul Kadir


Bacaan ayat 4 dan 5, surah Yusuf:

Beperang dengan syaitan merupakan peperangan yang kita diikat matanya. Daripada ayat ini, diceritakan tentang mimpi Nabi Yusuf. Ayahnya, Nabi Yaakob berpesan agar Nabi Yusuf tidak bercerita tentang mimpi tersebut kepada adik-beradiknya. Yang menarik dalam ayat ini ialah bagaimana Allah menutup ayat ini dengan menyatakan tentang tipu daya syaitan.

Senarai soalan dan jawapan:

S: Apakah kaitan syaitan dan iblis?
J: Lebih kurang sama. Dalam Quran, cerita-cerita awal daripada zaman Nabi Adam a.s, dalam surah Al-'Araf, ayat 11, Allah menceritakan tentang iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Dalam surah yang sama juga, ayat 20, Allah menceritakan syaitan menjadikan Adam dan Siti Hawa was-was. Ulama mengatakan bahawa iblis itu ialah bapa syaitan, dan syaitan ialah anak-anaknya. Iblis cuma satu, tetapi syaitan ada jama'nya. Syaitan pula ada dua bentuk iaitu syaitan daripada kalangan manusia, dan daripada kalangan jin.

S: Apakah tujuan syaitan?
J: Ada beberapa tujuan iaitu:
  • Dia ingin mencari 'geng' untuk bersamanya di neraka. Setelah mendapat laknat Allah, iblis jamin akan dicampak ke dalam neraka. Dalam surah Fatir, ayat 6, Allah berfirman:

Dalam ayat ini jelas Allah nyatakan bahawa tujuan syaitan adalah mengajak manusia masuk ke dalam neraka. Oleh kerana kita tahu tujuannya, kita janganlah ikut.
  • Tujuan kedua syaitan ialah menyesatkan manusia. Oleh sebab itu, banyak timbul ajaran-ajaran sesat yang kadang-kadang juga menggunakan Al-Quran dan hadis pada laurannya. Dalam surah Fatihah, kita cuma mendoakan memohon jalan yang lurus, iaitu jalan yang diambil para Nabi dan solihin.
  • Tujuan ketiga, seperti yang disebut dalam ayat 91, surah Al-Maidah, ialah menimbulkan permusuhan antara sesama manusia. Syaitan banyak menghasut agar manusia mudah marah dan cepat bergaduh. Islam tidak membenarkan manusia tidak bertegur-sapa lebih daripada 3 hari. Syaitan juga melekakan manusia daripada solat.


S: Ada orang rajin buat perkara sunat, tetapi kurang ambil berat perkara wajib. Mohon ulasan ustaz.
J: Kadang-kadang ini termasuk tipu daya syaitain. Allah akan mengambil kira perbuatan yang wajib dahulu. Perkara wajib jika ditinggalkan tidak menyebabkan orang itu berdosa, manakala perkara sunat pula tidak mengapa jika ditinggalkan.

S: Bagaimana tipu daya syaitan dalam soal mencari harta?
J: Dalam Quran, kita diminta mengeluarkan sedekah dan zakat. Oleh itu, kita perlu berharta terlebih dahulu. Bila sudah berharta, ada 4 cara syaitan menipu daya:
  1. Tak peduli sumber harta itu datang dari mana - Syaitan akan menggalakkan mengambil yang halal dan haram.
  2. Tanam sifat bakhil dalam diri manusia
  3. Memujuk kita menjadi tamak dan membanyakkan harta – Dalam Al-Quran ada disebut bahawa manusia akan dilalaikan dengan harta, dan hanya sedar bila kita sudah masuk kubur.
  4. Berbelanja dengan boros dan membazir


S: Ada orang yang takut membaca Al-Quran kerana bimbang sebutannya salah. Apa komen ustaz?
J: Betul, apabila kita tak berapa pandai, akan ada bisikan daripada syaitan agar kita tak mengaji dan meninggalkan Al-Quran. Sedangkan dalam hadis Nabi SAW ada menyebut yang bermaksud, “Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala” ( Riwayat Muslim, no 1329, 1/550)

S: Ada orang beranggapan jika sudah banyak dosa, Allah takkan ampunkan. Apa komen ustaz?
J: Memang ada pujukan syaitan agar manusia kekal melakukan dosa sehingga ke akhirnya. Sebenarnya Allah menyatakan bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka sehingga sebelum meninggal dan Allah itu Maha Pengampun. Dalam hadis yang menceritakan kisah bagaimana seorang yang membunuh 99 dan kemudian menambah seorang lagi sehingga menjadi 100 juga diterima taubatnya. Oleh itu, jangan berputus asa pada Rahmat Allah dan kita perlu sentiasa bertaubat dan memperbanyakkan istighfar.

S: Bagaimana dengan orang yang membeli dan membaca bahan ilmu, tetapi tidak mengamalkan. Mohon ulasan ustaz.
J: Betul, ada banyak berlaku. Ilmu tanpa amal tiada manfaatnya seumpama keldai yang menanggung buku di belakangnya, tanpa boleh mengambil manfaat daripadanya.Ilmu perlu dibaca, difahamkan dan kemudian diamalkan dengan ikhlas. Ulama berkata, “Hidupnya ilmu ialah dengan bertanya, dan beramal. Matinya ilmu adalah dengan meninggalkan kedua-duanya”.

S: Bagaimana menghindarkan godaan dan tipu daya syaitan?
J: Syaitan itu banyak helahnya, sebab itu, Allah ajar manusia:
1. Memohon perlindungan dengan menyebut 'A'uzubillah hi minasshaitonnirrojim'.
2. Banyakkah menyebut “La ila ha illallah”.
3. Ikhlaskan ibadah semata-mata kerana Allah, kerana mereka yang ikhlas tidak boleh diganggu syaitan.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab