Suara Hati - Perbahasan tafsir ayat 284, surah Al-Baqarah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 30.11.2012
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL.
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL.
Rakaman video kuliah ini ada di Majlis Ta'lim 30.11.2012 - Tafsir
Ayat 284, surah Al-Baqarah:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah
kepunyaan Allah…
Ayat ini dimulakan dengan perkataan – ‘Hanya milik Allah
segalanya’ membawa maksud bahawa makhluk lain tidak boleh memiliki apa-apa sekalipun.
Walaupun nampak pada zahirnya sesuatu harta itu milik manusia, tetapi
hakikatnya pemilikan itu kembali kepada Allah dan harta itu sebenarnya hanyalah
dinisbahkan kepada orang tersebut.
Apabila yang memiliki ialah Allah, maka Allah berhak menarik
balik atau memberi pada bila-bila masa saja. Oleh sebab itu, seseorang yang
mempunyai harta ataupun kuasa boleh dengan serta-merta kehilangan harta/kuasanya
itu melalui muflis contohnya. Inilah bukti yang kuasa itu bukan miliknya kerana
pada bila-bila masa dia boleh terpisah dengan kuasanya itu. Bahkan manusia juga
tidak memiliki hatta nyawanya sendiri. Pada bila-bila masa saja nyawa itu boleh
dicabut oleh Allah.
Allah adalah pemilik yang yang mutlak. Hanya Allah yang berkuasa
menjadikan seseorang itu memiliki sesuatu. Oleh itu, manusia mesti menyedari hakikat
tentang pemilikan ini dan menjaga amanah harta, takhta, keluarga, bahkan
anggota badan yang diberi pinjam oleh Allah. Dalam setiap perkara yang ingin
dilakukan, manusia seharusnya menilai dahulu adakah perkara yang ingin
dilakukan oleh anggota badannya itu sesuai dengan kehendak pemilik hakiki
anggota badan tersebut? Sy. Abu Bakar As-Siddiq meletak batu di dalam mulutnya.
Apabila ingin mengatakan sesuatu, dia akan mengeluarkan batu itu dan pada masa
yang sama dia akan sempat berfikir adakah perkara yang ingin diucapkan itu baik
atau tidak. Seandainya tidak baik, beliau akan membiarkan batu itu terus berada
dalam mulutnya.
… dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau
kamu menyembunyikannya,…
Pemilikan Allah tak terhenti kepada alam nyata yang nampak
dengan mata sahaja, tetapi termasuk juga suara dan isi hati manusia. Sesungguhnya Allah adalah pemilik
segala-galanya. Allah adalah pemilik zahir dan batin.
… nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada
kamu. ...
Perhitungan tentang suara dalam hati – manusia sebenarnya
susah untuk mengawal apa yang terlintas dalam hatinya. Dalam alam hati, ada 5 peringkat
suara dalam hati sebelum ianya dilafazkan kepada bentuk lisan atau perbuatan. Sebahagian daripada suara ini akan
dihisab(hukum), dan sebahagiannya lagi akan dimaafkan.
Lima peringkat suara di dalam hati ialah:
No.
|
Nama
|
Huraian
|
1
|
‘Hajis’
|
-
suara yang datang begitu cepat, dalam sekelip
mata saja
-
jika ilham kebaikan, maka datangnya daripada
malaikat, sebaliknya bisikan kejahatan pula datang daripada syaitan
-
suara hati ini belum lagi dihukum oleh Allah
|
2
|
‘Khatir ‘
|
-
suara dalam hati yang terlintas secara
perlahan-lahan (dalam keadaan sedar dan boleh fokus kepada isi hati itu)
-
suara hati ini belum lagi dihukum oleh Allah
|
3
|
‘Hadidun
nafsi’
|
-
suara hati yang terlintas secara berulang-ulang
-
suara hati ini belum lagi dihukum oleh Allah
|
4
|
‘Alham’
|
-
suara hati yang mendorong kepada melakukan
sesuatu perkara dan sempat berfikir bagaimana untuk melakukan perbuatan itu
-
suara hati ini belum lagi dihukum oleh Allah
|
5
|
Azam
|
-
kecenderungan yang kuat untuk melakukan
sesuatu, yang diyakini benar, dan diikuti langkah melakukannya, tak kira perbuatan
yang baik atau yang jahat
-
peringkat suara hati ini akan dihukum oleh
Allah.
|
Setelah turun ayat ini, sahabat datang kepada Rasul SAW dan
memberitahu yang mereka tak mampu untuk mengawal hati dan perasaan mereka
sendiri. Suara dalam hati muncul dengan sendirinya, tanpa boleh dikawal. Nabi SAW lalu mengingatkan kepada
mereka, “Adakah kamu ingin menjadi
seperti orang Bani Israel yang apabila menerima perintah Allah berkata - Kami
dengar tapi kami tak nak patuh?" Kemudian, barulah mereka mengucapkan “Kami
dengar dan kami patuh”. Dengar itu taat dengan telinga, manakala patuh itu taat dengan hati.
Peringkat suara 1-4 tidak
akan dikira oleh Allah, tapi sekiranya suara hati sampai pada tahap ‘azam’ (5),
ianya akan dihukum oleh Allah, sekalipun suara hati itu dizahirkan atau kekal disembunyi
dalam hati. Contoh: Jika seseorang ingin menyakiti seseorang, dan keluar dari rumah
untuk melakukannya – langkah yang diambilnya itu sudah dihisab oleh Allah. Jika
‘azam’ tersebut disimpan tanpa dizahirkan secara lisan atau perbuatan, tetapi suara
hati itu diyakini benar dan bukan lintasan semata-mata, maka ianya tetap dikira
Allah. Tiada percanggahan antara ulama dalam hal ini.
Mengapakah dikatakan suara hati itu diambil kira? Contohnya
– perasaan hasad. Bukankah perasaan itu hanya ada di dalam hati? Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hasad itu
akan memakan ganjaran kebaikan seseorang seperti api membakar kayu”.
Jelas daripada hadis ini menyatakan bahawa hasad ini adalah
satu bentuk dosa dalam hati. Allah juga berfirman dalam surah An-Nur, ayat 19:
Kepada siapa azab pedih ini ditujukan? Kepada orang yang gembira (suka) dengan perbuatan itu – gembira
itu ialah perbuatan hati, dan perbuatan itu juga akan dihisab Allah. Seterusnya
dalam surah Al-Hujurat, ayat 12, Allah berfirman:
Allah menyuruh orang beriman menjauhkan diri daripada
prasangka (sangkaan) kerana ianya membawa dosa. Prasangka juga adalah amalan di dalam
hati. Seterusnya, Nabi SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, "Cukup seseorang
itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya." Sifat menghina juga adalah amalan di dalam hati. Jadi, tiada
keraguan lagi bahawa amalan-amalan di dalam hati juga akan dihisab oleh Allah
SWT.
Jika lintasan hati itu berlaku tanpa disedari saja yang
tidak di ambil kira. Tetapi oleh kerana Allah itu Maha Pemberi Rahmat, lintasan
hati yang tidak baik saja yang Allah tidak ambil kira, lintasan hati yang baik
akan dihisab sebagai kebaikan walaupun tak mencapai tahap azam. Dalam hadis
sahih Muslim, bagindaNabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencatit semua perbuatan baik dan tak
baik. Kemudian diperincikan. Orang
yang berazam, mempunyai kecenderungan untuk berbuat baik, tapi perbuatatan baik
itu tak dibuat, akan dicatit baginya satu ganjaran sempurna. Tapi kalau ada
kecenderungan untuk buat baik dan dilakukan perbuatan itu, Allah mencatit
untuknya 10 kebaikan. ...(bersambung) ”
Bagaimana perincian dilakukan? Orang yang berazam dan
cenderung untuk buat baik tapi tak dibuat akan diberi 1 ganjaran sempurna. Tapi
jika berazam dan cenderung untuk buat baik dan dilakukan kebaikan itu, maka
akan diberi ganjaran 10 kebaikan. Adakah ganjaran 10 itu maksimum? Tidak! Minimum
10 ganjaran, tetapi jika kualitinya tinggi, maka boleh dilipatgandakan menjadi
700, bahkan boleh menjadi lebih banyak lagi. Berapa banyak? Dalam surah
Al-Baqarah, ayat 261, Allah berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma)
orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti
sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi
Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Allah boleh memberi sebanyak yang dikehendaki-Nya. Kekayaan
Allah tidak boleh digambarkan dengan fikiran manusia. Ada seeorang berkata, “Sedikit
bagi-Mu Ya Allah, itu bukan sedikit bagiku”. Dalam surah Al-Isra’, ayat 85,
Allah berfirman:
Oleh itu, sehingga kini, ilmu tidak akan habis dituntut dan
akan sentiasa terbuka rahsia ilmu baru kepada manusia, dengan izin Allah. Nabi
Khidir mengatakan kepada Nabi Musa, “Ilmu aku dan ilmu engkau, apabila
dicampurkan seumpama setitis air yang diminum seekor burung kecil berbanding ilmu
Allah yang seluas lautan”.
Jika sedikit disisi Allah itu banyak di sisi kita, bagaimana
pula jika banyak di sisi Allah? Ini sebenarnya sebagai peluang bagi orang-orang
beriman untuk meraih ganjaran ini. Inilah ‘big sale’ daripada Allah SWT. Hanya
orang yang kedekut kepada dirinya saja yang tidak mahu meraih ganjaran yang
ingin diberi Allah SWT.
Sambungan hadis..
“… Kalau ada orang yang berazam, mempunyai kecenderungan
untuk berbuat maksiat, tapi perbuatatan itu tak dibuat, akan dicatit baginya
satu ganjaran sempurna. Tapi kalau kecenderungan tidak baik itu dilakukan,
Allah mencatit untuknya 1 dosa.”
Jika seseorang itu berazam untuk buat jahat, tetapi
kemudiannya sedar bahawa perbuatan itu tidak baik, maka Allah beri ganjaran 1
pahala sempurna. Jika dibuat juga perbuatan jahat itu barulah Allah tulis
sebagai 1 dosa. Begitulah Rahmat-Nya Allah kepada kita. Oleh sebab itu, baginda Rasulullah SAW berkata, “Tiada orang yang binasa di sisi Allah kecuali mereka yang membinasakan
dirinya sendiri”.
Dengan tawaran ‘big sale’ sebegini daripada Allah (rujuk rajah di bawah), maka hanya mereka yang bakhil kepada dirinya sahaja yang
melepaskan peluang mendapatkan ganjaran ini.
.. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
Ada perbezaan antara ulama tentang hukum ayat ini.
Sebahagian ulama mengatakan ayat ini dimansuhkan setelah peristiwa sahabat
datang kepada Nabi SAW seperti diceritakan diatas, kerana diturunkan pula ayat
285 dan 286 yang meringankan bahawa Allah tidak menghisab apa yang ada dalam
hati. Pendapat kedua pula mengatakan ayat tidak dimansuhkan kerana bentuk ayat
ini bukanlah ayat perintah atau larangan, tetapi dalam bentuk pemberitahuan (khabar).
Jika berita dimansuhkan, maknanya ada kesilapan pada berita itu. Tidak mungkin
berita yang datang daripada Allah ada kesilapannya. Oleh itu, ayat ini memberi penjelasan
bahawa ada sebahagian suara hati yang akan dihisab dan ada yang tidak,
bergantung kepada tahap suara hati tersebut.
Nota: Dua ayat terakhir surah Al-Baqarah (285 dan 286) mempunyai
kedudukan yang tertingi di sisi Allah. Setiap kali Nabi SAW membaca ayat ini, baginda
akan tersenyum kerana ayat ini dibawa khas dari bawah Arasy Allah. Bahkan ada
riwayat menyatakan yang ayat ini mempunyai keistimewaan as-syifa’ iaitu kesembuhan
kepada penyakit, In sha Allah akan dibahaskan tafsir, kelebihan dan fadhilatnya
dengan panjang lebar nanti. - Jangan lupa temujanji anda di Masjid Muadz bin Jabal, Jumaat bermula jam 9:30 malam, In sha Allah.