Posts

Showing posts with the label waktu doa mustajab

Kuliah Maghrib Bersama Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Image
Lokasi: Masjid As-Sobirin, AU5 pada 24.06.2012 Masjid ini selalu terlintas di hati saya kerana terletak berdekatan dengan rumah adik ipar. Masjid ini juga adalah satu-satunya masjid yang sukar untuk saya mendapat saf pertama. Apabila saya telah berpindah ke Madinah, jemputan pertama yang saya terima untuk memberi ceramah apabila pulang adalah daripada masjid ini dan saya amat gembira untuk menerimanya. Saya sekarang mengajar di Universiti Taibah, Madinah dan sedang bercuti musim panas selama 2 bulan. Di Madinah, rumah saya terletak di kaki bukit Uhud, berdekatan tempat dilakukan hukuman Qisas. Sebelum balik, saya ada menyaksikan sendiri hukuman pancung dan pengalaman itu memang sesuatu yang lain daripada yang lain. InsyaAllah akan saya kongsikan dalam blog nanti. Ketika mula mengajar di Madinah, antara pengalaman ganjil yang dialami ialah saya mengajar pelajar lelaki sahaja. Wanita tidak dibenarkan masuk ke kawasan universiti kami. Bahkan setiausaha kami pun lelaki...