Posts

Showing posts with the label Ustaz Haslin Baharim

Batasan Bersosial (3) – Tanyalah Ustaz 02.09.2012

Image
Ustaz Haslin Baharim Bacaan surah Al-Hajj ayat 41: Alhamdulillah bertemu lagi, saya doakan semua yang mengikuti rancangan ini agar sentiasa berasa dalam kebaikan. Dalam surah As-Shams, ayat 9 dan 10, Allah berfirman: Allah tidak pernah meninggalkan kita terumbang-ambing. Allah berikan petunjuk melalui Al-Quran dan Rasul-Nya. Manusialah yang membuat pilihan sama ada untuk mengikutinya dan bersyukur ataupun menjadi hamba yang kufur. Ramai manusia beradab dengan manusia, namun biadab dengan Allah bila mana dia tidak menghiraukan perintah dan larangan Allah. Hasil daripada pergaulan sosial yang baik akan melahirkan anak-anak yang soleh dan manusia yang bertaqwa. Seterusnya, amanah juga dapat ditegakkan dalam masyarakat. Paling minimum, setiap lelaki merupakan pemimpin keluarganya sendiri. Oleh itu, pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik agar seluruh keluarganya juga boleh menjadi baik. Perangai baik bermula daripada rumah. Imam Ghazali ada me...

Batasan Bersosial (2) – Tanyalah Ustaz 01.09.2012

Image
Ustaz Haslin Baharim Bacaan surah Al-Fajr ayat 15-19: Semoga Allah memberi kita keamanan yang berkekalan, mendapat rahmat Allah dan seluruh rakyat mendapat keampunan Allah SWT. Fitrah manusia perlu hidup bermasyarakat. Manusia perlu menjaga bukan saja hubungan dengan manusia, namun hubungan Allah ljuga perlu dipelihara. Oleh itu, segala batasan yang Allah tetapkan perlu dipatuhi dalam bersosial. Kita perlu ingat yang kita akan kembali kepada Allah bila-bila masa saja. Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Dunia ini dicipta untuk manusia dan manusia pula diciptakan untuk akhirat”. Antara tip-tip bersosial menggunakan ‘Facebook’, ‘Twitter’: Jangan dedahkan aib pasangan Jangan burukkan anak-anak Ibu-ibu, adik-adik yang ustaz sayangi, jangan letak gambar yang dedahkan aurat. Jangan letak gambar yang menayang kecantikan atau keintiman suami-isteri. Jangan menipu – contohnya mengaku belum berkahwin dan sebagainya. Tujuan bersosial adalah untuk: ...

Batasan Bersosial (1) - Tanyalah Ustaz 31.08.2012

Image
Ustaz Haslin Baharim Bacaan surah Al-Furqan ayat 27-31: Alhamdulillah kita berjumpa dalam keadaan sihat, tiada bersengketan dan kita baru sahaja menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Alhamdulliah negara kita aman, tidak seperti negara Islam lain yang umatnya ditindas. Marilah bersama menjaga keamanan dan kemakmuran negara kita yang tercinta. Petikan daripada hadis Nabi SAW, "Jika sekiranya kamu belakangkan Al-Quran (Allah, Islam), dan kamu letakkan wang dihadapan, maka kamu belum lagi merdeka yang sebenar-benarnya." Setiap pagi kita semua perlu memerdekakan diri daripada belenggu kemaksiatan dan kemungkaran dengan bangun dan mendirikan solat Subuh. Ketika tidur, kita akan diikat dengan 3 simpulan oleh syaitan. Hanya dengan bangun dan menyebut nama Allah, berwudhuk dan solat Subuh akan terungkai ketiga-tiga simpulan tersebut. Dengan itu, barulah seseorang itu boleh memerdekan diri daripada belenggu syaitan yang mendorong kepada kemaksiatan ...

Persoalan Di Alam Barzakh (2) – Tanyalah Ustaz 24 Ramadhan 1433H (13.08.2012)

Image
Ustaz Haslin Baharim Bacaan surah Al-Mu'minun, ayat 98-105: Jika ditanya apa khabar – jawapannya mesti “Alhamdulillah” dahulu. Fokus pada positif dan ingatlah bahawa tiada apa yang milik kita, semuanya milik Allah. Oleh itu, apa jua yang kita lakukan, perlulah penuh berhati-hati agar kita semua mati dalam keadaan beriman. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 132: Sayyidina Uthman bin Affan pernah mengiringi jenazah ke kubur. Tiba-tiba apabila sampai ke kubur, dia pengsan dan diusung balik ke rumah pula. Lalu, sahabatnya bertanya apakah yang menyebabkan beliau pengsan. Jawab Uthman, aku teringat yang Rasulullah SAW pernah bersabda “Sesungguhnya kubur itu adalah penginapan yang pertama antara penginapan akhirat, sekiranya seseorang itu terlepas dari siksaannya maka apa yang akan datang kemudiannya adalah lebih mudah lagi. Seandainya seseorang itu tidak terlepas daripada siksaannya, maka yang akan mendatang adalah lebih sukar”. Terdapat lagi satu hadis ri...

Persoalan Di Alam Barzakh (1) – Tanyalah Ustaz 23 Ramadhan 1433H (12.08.2012)

Image
Ustaz Haslin Baharim Bacaan surah Qaaf, ayat 16-32: Alhamdulillah bertemu dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Malanglah umatku yang Ramadan datang kepadanya, tetapi setelah Ramadhan berlalu, dia masih dalam keadaan berdosa.” Hadis lain pula berbunyi, “Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi cuma mendapat lapar dan dahaga sahaja”. Inilah yang kita amat takuti. Hari ini sudah 22 Ramadhan dan merupakan minggu terakhir Ramadhan. Minggu ini merupakan minggu kesedihan bagi Nabi SAW. Bila ditanya sahabat mengapa Nabi menangis, jawab Baginda, “Aku tak tahu adakah aku akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan”. Mendengar jawapan Nabi SAW yang sebegitu rupa membuatkan sahabat-sahabat lain pun turut menangis. Cuba kita perhatikan sekeliling, berapa ramai rakan, saudara, kenalan atau jiran yang sudah meninggal? Jadi, apakah persediaan yang telah kita sediakan untuk dibawa pulang menghadap Allah? Allah beri kita macam-macam peluang untuk bawa bekalan m...