Posts

Showing posts with the label Prof. Dr. Muhaya

Kelembutan Dalam Kehidupan – Islam Itu Indah 28.09.2011*

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Prof. Dr. Muhaya Muhamad Pagi tadi saya mendengar ‘audio book’ saya daripada buku bertajuk “Bimbingan Mukminin” yang menyebut – “Apabila seseorang itu bernasib baik, Allah akan memberikan dia sifat lemah-lembut. Siapa yang tidak bernasib baik, dia tidak ada sifat lemah-lembut ini.” Saya jadi takut mendengarnya dan tertanya-tanya adakah saya ini orang yang bernasib baik atau tidak. Sambungan audio book: “Apabila Allah ingin beri rahmat pada seseorang itu, Allah akan berinya sifat lemah-lembut. Jika Allah ingin beri rahmat kepada sesebuah keluarga, seluruh ahli keluarganya Allah akan buka pintu hati mereka berikan mereka sifat lemah-lembut.” Jadi, hari ini kita ingi merenung diri kita – adakah kita termasuk dalam golongan orang yang kasar ataupun yang lemah-lembut? Allah jadikan kita daripada tanah yang sifatnya lembut pada asalnya. Kemudian dimasukkan roh oleh Allah yang bersifat suci. Sebab itu, kita lih...

“Belajar Menerima Cinta” - Celik Hati (2) TV9

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Prof. Dr. Muhaya Muhammad   Sumber video di My Islam Media Segmen 1: Refleksi Diri Video tadi menunjukkan abang berusia lingkungan 4 tahun mengajar adik perempuan berusia lingkungan 2 tahun mengaji. Sungguh comel gelagat mereka. Pada usia begitu, semua orang gembira, tidak tertekan, tiada yang sakit hati. Walaupun mereka berebut, tetapi tidak sampai bergaduh. Kita mesti belajar daripada mereka. Dahulu kita pun begitu, tetapi setelah meningkat dewasa, kita semakin ‘stress’ dan ingin dicintai. Jadi, saya ingin kenalkan rancangan ini yang bertujuan mencelikkan mata hati – agar dapat mengubah pandangan kita terhadap sesuatu dan agar kita melihat kepada Pencipta sesuatu dan bukan semata-mata kepada ciptaannya sahaja. Mari bayangkan, apabila bangun pagi dan lihat dalam cermin, apa yang kita nampak? Adakah kita suka dengan apa yang kita lihat dalam cermin? Adakah kita rasa bahagia bila tengok diri dalam cermin?...

"Aku Tidak Bersendiri" - Celik Hati (1) TV9

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Prof. Dr. Muhaya Muhammad Sumber video asal daripada My Islam Media Sebentar tadi ditunjukkan klip seorang remaja yang terasa dirinya sendirian dan amat gundah gulana. Tetapi, adakah kita benar-benar bersendirian? Mari kita renungkan semula, 20 tahun yang lampau, di manakah remaja tadi? Ketika itu, dia masih bayi yang comel dan ditatang dengan penuh kasih-sayang. Sembilan bulan sebelum itu, berlaku persenyawaan dalam rahim ibunya. Daripada 360 juta sperma ayahnya, cuma 1 yang terpilih untuk bersenyawa dengan ibunya untuk membentuk dirinya yang istimewa. Daripada 2 sel menjadi 4, 16 sehingga 100 billion sel kita sekarang ini – Siapakah yang menjaga sel itu? Siapakah yang menjaga sel itu untuk membentuk organ-organ yang tertentu? Itulah Allah bagi umat Islam dan Pencipta bagi penganut ugama lain. Ketika di alam roh, kita taat pada Pencipta kita dan tidak pernah menyoal mengapa belum dijadikan jantung atau te...