Posts

Showing posts with the label Ustaz Mohd Salahuddin Mohammad

Tentang Haji (3) - Tanyalah Ustaz 18.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Salahuddin Mohamed Sumber: My Islam Media Bacaan surah Al-Baqarah ayat 197: Fokus hari ini ialah manfaat setelah mengerjakan haji seperti yang dicatat oleh Syeikh Dr. Mohd Zulhairi* dalam kitabnya yang berjudul Fiqh Islami*. Sabda Nabi SAW dalam hadis baginda, “Barangsiapa yang mengerjakan haji dan didalamnya dia tidak mengucapkan kata-kata yang tidak senonoh, tidak berbuat fasiq, maka dia kembali sebagaimana dia dilahirkan.” Antaranya catatan Syeikh Dr. Mohd Zulhairi ialah: Allah menghapuskan dosa kecil. Setelah ulama lain mengatakan dosa besar juga akan dihapuskan Membersihkan diri dan menjauhkan diri daripada maksiat Jiwa menjadi bersih dalam tajdid (meneruskan) kehidupan Menambah sifat ehsan dengan Allah SWT dengan menjaga keikhlasan kepada Allah Meneguhkan dan menguatkan cita-cita melalui cabaran yang dilalui ketika mengerjakan ibadah haji Mengukuhkan sangkaan baik kepada Allah – walaupun ada sangat ramai oran...

Tentang Haji (2) - Tanyalah Ustaz 17.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Salahudin Mohamed Bacaan surat At-Taubah, ayat 3: Ayat ini diturunkan ketika Abu Bakar r.a. memimpin para jemaah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 9H. Ini bertujuan menunjukkan kepada kaum musyrikin cara melakukan haji mengikut Islam. Para musyrikin dahulu melakukan tawaf tanpa berpakaian, lelaki di siang hari dan wanita di malam hari. Inilah cara Nabi SAW mengubah mereka secara berperingkat. Falsafah ini perlu kita ambil dalam membentuk perubahan kepada kebaikan dalam keadaan kehidupan yang penuh ujian hari ini. Syeikh Ahmad Al-Fatani menggunakan masa ketika jemaah Tanah Melayu menunaikan haji untuk melatih dan menanam semangat untuk mempertahankan negara dan menghalau penjajah. Inilah kaedah yang diajar oleh para ulama kita. Ketika berhimpun di Arafah, kita perlu ingatkan diri bagaimana keadaaan kita nanti di padang Masyar. Sebagaimana dijelaskan oleh Nabi SAW, padang Masyar hanyalah seluas bumi Syam yang ...

Tentang Haji (1) - Tanyalah Ustaz 16.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Salahuddin Mohamed Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 144: Matlamat utama mengerjakan haji ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Alhamdulillah kepada mereka yang telah terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Dalam slot ini, kita akan membincangkan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum, ketika mengerjakan haji. Ayat yang dibacakan menceritakan tentang pertukaran kiblat ke Mekkah setelah 17 bulan berhijrah ke Madinah. Nabi SAW dipersendakan orang kafir kerana walaupun baginda benar, tetapi baginda tetap berkiblatkan Baitulmaqdis. Setelah itu Allah menurunkan ayat untuk menukar kiblat ke Mekah. Inilah sejarah yang perlu diketahui bakal haji. Sebelum pergi haji, fahami juga sejarah haji dan yang berkaitan dengannya agar Jemaah tidak melakukan apa yang tidak sepatutnya. Pertukaran kiblat ini menjadi ujian kepada kedua-dua golongan – umat Islam dan orang kafir. Kiblat milik Allah, jadi Allah berhak menentukan seperti yan...

Kerja Berkira (2) - Tanyalah Ustaz 10 Ramadhan 1433H (30.07.2012)

Image
Ustaz Mohd Salahuddin Mohammad Bacaan surah Al-Baqarah ayat 264: Dalam ayat ini, Allah jelaskan agar apa saja bentuk pemberian yang telah kita berikan tidak diungkit-ungkit sehingga orang yang menerimanya terasa hati kerana Allah boleh membatalkan pahala pemberian tersebut. Apa saja yang ingin dilakukan perlulah ada keseimbangan. Dalam bekerja, seorang suami perlu juga memberi hak masa bersama keluarganya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi Tuhanmu atas dirimu ada hak, bagi keluargamu atas dirimu ada hak, dan bagi dirimu sendiri atas kamu ada hak, maka berikanlah setiap hak itu kepada yang empunyanya." Pernah berlaku pada zaman Umar, seorang gabernor dilaporkan kerana didapati dia lewat datang kerja dan kadang-kadang tidak datang langsung. Umar pun terus melakukan penyiasatan dan mengintip gabernor tersebut. Didapati rupa-rupanya isteri gabernor sakit dan dia perlu memandikan dan menguruskan anak-anak sebelum datang kerja. Apabil...

Kerja Berkira (1) - Tanyalah Ustaz 9 Ramadhan 1433H (29.07.2012)

Image
Ustaz Mohd Salahuddin Mohammad Bacaan surah At-Taubah ayat 105: Jangan berkira dalam beribadat kerana Allah sentiasa memerhatikan. Kalau orang lain tadarrus, kita jangan pula tidur terus. Jika bersedekah, jangan pula pilih duit yang paling kecil dalam dompet. Jika solat tarawikh pula, janganlah berkira dan merungut apabila imam baca panjang sedikit. Buatlah apa saja ibadat, asalkan mengikut sunnah dan ikhlas kerana Allah SWT. Jangan buat amalan yang menyalahi syariat, contohnya amalan melenggang perut seperti yang pernah di amalkan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Sama-samalah kita mohon keampunan kepada Allah atas perlakuan masa lampau yang kita tidak sedar menyalahi syariat. Dalam tugas seharian, ramai yang tidak melihat segala pekerjaan seperti menghantar anak, mengambil anak dan sebagainya itu sebagai amalan yang boleh mendatangkan pahala. Oleh itu, janganlah kita merungut kepenatan dan sematkan perasaan ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilak...