Posts

Showing posts with the label Lembutkan hati anak

Membentuk Peribadi Anak (2) – Tanyalah Ustaz

Image
Ustaz Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-Fatihah: Sebelum mulakan sesuatu pekerjaan – mendidik anak, memasak, bermesyuarat mulakan dengan membaca Al-Fatihah. Para ulama telah banyak membuat kajian dan InsyaAllah akan ada keberkatan kerana kita memohon bantuan Allah. Cara terbaik adalah dengan membaca Al-Fatihah dan selepas ayat 6, berdoa, “Ya Allah, lembutkanlah hati anakku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”. Kemudian sambung baca sehingga habis surah. Inilah kaedah yang digunakan oleh sahabat Nabi SAW yang pernah menggunakan Fatihah untuk mengubati ketua kampung yang disengat binatang berbisa. Hari ini, ramai orang berpendidikan tinggi melangit, namun sayangnya sebesar biji sawi pun tiada keyakinan terhadap ayat-ayat Allah. Ibu bapa cuba buat sekurang-kurangnya sekali - peluk anak, baca Fatihah dan usap ubun-ubunnya. Banyakkan mengamalkan membaca surah ini walau apa yang dilakukan dan bersama siapa sahaja. Mohonlah pertolongan Allah d...