Posts

Showing posts with the label Diet Rasulullah

Diet dan Sunnah Rasulullah (1) – Tanyalah Ustaz 25 Ramadhan 1433H (14.08.2012)

Image
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Al-An'am, ayat 141: Alhamdulillah kita dapat beramai-ramai berkumpul melihat rancangan 'Tanyalah Ustaz'. Selain daripada sunnah berpakaian dan akhlak, sunnah tabiat makan Nabi SAW juga sangat elok diamalkan. Ayat yang dibacakan tadi menunjukkan bahawa Allah menjadikan pelbagai bentuk tumbuhan dan haiwan untuk menjadi makanan kita. Daging yang paling disukai Nabi SAW ialah daging kambing. Ada banyak hadis yang diriwayatkan menyebut bahawa Nabi SAW suka makan kambing pada bahagian peha, kaki atau dadanya. Antara buah yang Allah sebut ialah buah zaitun. Kenapa Allah sebut zaitun? Kerana zaitun itu ada banyak khasiatnya. Saya dibesarkan di negara Arab dan kami diajar untuk memulakan hari dengan makan susu masam asli dan buah zaitun. Gabungan makanan ini baik untuk percernaan perut. Begitu juga buah tamar yang juga mempunyai banyak khasiatnya. Tidak ketinggalan ialah buah delima. Bukan setakat buahnya, kulitnya juga boleh di...