"Jadilah kamu orang yang berilmu." - Burdah Pembukaan MTDM 22.08.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Pembukaan Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22.08.2014 Rakaman audio Burdah dan Tausiyah Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah (Terengganu) Seandainya kita memuji Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ daripada kita hidup sehingga kita mati sekalipun, sesungguhnya pujian itu tidak cukup kerana sesungguhnya baginda Rasulullah ﷺ sudah sempurna dengan pujian Allah SWT. Allah SWT memuliakan Rasulullah ﷺ, maka ketahuilah sesiapa yang memuliakan baginda Rasulullah ﷺ, sudah pasti dia akan dimuliakan Allah SWT, sudah pasti Allah Ta'ala memberi rahmat kepadanya, bahkan Nabi ﷺ bersabda, “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan menurunkan rahmat kepadanya 10 kali” dan Allah Ta'ala sendiri menunjukkan kasih-sayang Allah Ta'ala kepada Rasulullah ﷺ mengatasi para Rasul yang lain. Allah Ta'ala telah muliakan Nabi Adam a.s, firman Allah Ta'ala dalam ayat 35, surah A-Baqarah: ...