Posts

Showing posts from December, 2012

Tipu Daya Syaitan (1) – Tanyalah Ustaz 31.12.2012

Image
Ustaz Mohd Nizam Abdul Kadir

Bacaan ayat 4 dan 5, surah Yusuf:
Beperang dengan syaitan merupakan peperangan yang kita diikat matanya. Daripada ayat ini, diceritakan tentang mimpi Nabi Yusuf. Ayahnya, Nabi Yaakob berpesan agar Nabi Yusuf tidak bercerita tentang mimpi tersebut kepada adik-beradiknya. Yang menarik dalam ayat ini ialah bagaimana Allah menutup ayat ini dengan menyatakan tentang tipu daya syaitan.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah kaitan syaitan dan iblis? J: Lebih kurang sama. Dalam Quran, cerita-cerita awal daripada zaman Nabi Adam a.s, dalam surah Al-'Araf, ayat 11, Allah menceritakan tentang iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Dalam surah yang sama juga, ayat 20, Allah menceritakan syaitan menjadikan Adam dan Siti Hawa was-was. Ulama mengatakan bahawa iblis itu ialah bapa syaitan, dan syaitan ialah anak-anaknya. Iblis cuma satu, tetapi syaitan ada jama'nya. Syaitan pula ada dua bentuk iaitu syaitan daripada kalangan manusia, dan daripada kalangan jin.
S:…

Apa Ada Pada Nama (3) – Tanyalah Ustaz 30.12.2012

Image
Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz
Sumber grafik
Bacaan ayat 11-12, Surah Al-Hujurat:

Dalam ayat ini Allah melarang kita daripada memberi gelaran yang buruk kepada satu sama lain. Nama merupakan perkara yang penting kerana setelah Adam dicipta, perkara pertama yang dilakukan ialah Allah memperkenalkan dirinya-Nya kepada Adam melalui nama-nama-Nya seperti dalam Asma’ul Husna.
Sambungan daripada perbincangan semalam:
Perkara yang perlu dielakkan ketika memberi nama: Nama yang menunjukkan penghambaan kepada selain Allah.Memberi nama seperti nama Allah (tanpa menggandingkan perkataan ‘Abdu).Nama yang mempunyai tidak mempunyai makna atau makna yang buruk (tidak kisah dalam bahasa apa).Nama orang yang Allah cela seperti Firaun atau nama-nama binatang.Nama yang terlalu memuji diri sendiri. Nabi SAW pernah menukar nama Zainab yang bermaksud satu tanaman yang sangat harum baunya, daripada nama asalnya iaitu ‘Barrah’ yang bermaksud wanita yang sangat baik dan melarang seseorang terlalu memuji dirin…

Apa Ada Pada Nama? (2) – Tanyalah Ustaz 29.12.2012

Image
Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz
Sumber asal gambar hiasan
Bacaan surah Mariam, ayat 1-7:

Nama merupakan perkara yang penting dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk diberikan kepada anak. Semalam telah dibincangkan kepentingan nama. Hari ini akan dibincang lanjut kesan daripada nama yang diberi. Nama yang diberikan bukan sekadar untuk kehidupan di dunia, bahkan akan dibawa sehingga ke akhirat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraiarah ra , Nabi SAW bersabda,  “Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan nama kamu di  akhirat nanti”.
Pada nama terdapat fungsi doa. Dalam banyak kisah, Nabi SAW mengubah nama ramai sahabat kepada nama yang mempunyai makna yang lebih baik. Contohnya seorang sahabiah bernama ‘Asiyah yang bermaksud orang yang derhaka. Nabi SAW menukarkannya kepada Jamilah.
Pada nama juga terdapat keberkatan daripada orang yang dinasabkan nama itu. Oleh sebab itu, umat Islam sangat digalakkan menggunakan nama Muhammad SAW.
Nama merupakan tanggungjawab ibu bapa yang perlu …

"Cintalah , Rindulah dan Syukurlah Pada Allah SWT" - Jemputan Khas Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.12.2012

Image
Habib Kadzim Jaafar As-Saggof, Mufti Yaman Terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid
Photo credit to Darul Murtadza
Segala puji bagi Allah SWT yang memberikan hidayah kepada kita untuk berada di tempat yang penuh dengan barokah ini, untuk mendapatkan cahaya daripada Allah SWT, yang dengan cahaya itu akan menjadi sebab kita mengikut junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
Tidak diragukan lagi bahawa majlis seumpama ini ialah majlis yang amat disukai Allah SWT. Dalam hadis Nabi SAW bersabda,  “Amal yang paling disukai Allah SWT ialah amal yang dilakukan berterusan walaupun sedikit”. Anda semua adalah melakukan perkara tersebut dengan datang setiap minggu ke majlis ini secara istiqamah. Tentunya perbuatan anda amat disukai Allah Ta’ala.
Tidak diragukan lagi bahawasanya ilmu yang anda dipelajari adalah ilmu yang menjadi menjadi sebab membimbing dan hidayah yang menjadikan anda mendekatkan diri kepada Allah SWT. Keberadaan kita di atas muka bumi ini adalah tidak diragukan…

Manisnya....

Image

Anak Tak Sah Taraf (2) – Tanyalah Ustaz 27.12.2012

Image
Anak Tak Sah Taraf (2) – Tanyalah Ustaz 27.12.2012 Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Bacaan ayat 2-4, surah An-Nur:
Alhamdulillah kita saling ingat-mengingati kepada jalan Allah.
Hukuman hudud bagi orang berzina adalah sangat berat. Hukuman ini jika dapat dijalankan, tanpa rasa belas kasihan, pasti tidak akan ada lagi kes zina, In sha Allah. Siapa yang menjaminnya? Allah SWT yang menjaminnya.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Bagaimana nak tahu anak dalam kandungan itu sah taraf atau tak? J: Pada zaman dahulu, jika sepasang teruna dan dara ditangkap khalwat, mereka akan dipaksa kahwin pada malam yang sama. Perbuatan ini bagus sebenarnya, kerana katakan wanita telah hamil selama 2 bulan sebelum bernikah. Maknanya anak itu akan berada dalam perut ibunya yang telah berkahwin selama 7 bulan (lebih daripada 6 bulan), dan anak itu menjadi sah tarafnya. Jika anak itu berada dalam perut ibunya yang berkahwin kurang daripada 6 bulan, dia menjadi tidak sah tarafnya. Jika ibu yang berzina kekal tid…

Anak Tak Sah Taraf (1) - Tanyalah Ustaz 26.12.2012

Image
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Bacaan ayat 32-35, surah Al-Isra’:
Alhamdulilah kita diberi izin untuk bertemu dan saling ingat-memperingati.
Mengikut perangkaan JPN, hampir 170,000 anak tanpa bapa yang sah dilahirkan. Oleh sebab itu, Allah larang kita, keluarga, dan anak-anak daripada mendekati zina. Allah larang supaya tidak mendekati zina sekalipun. Perkara-perkara seperti arak, dadah dan seumpamanya juga boleh membawa kepada zina, dan perlu juga dijauhi.
Zina juga boleh membawa kepada pembunuhan, bila mana ibu yang melahirkan anak tak sah taraf menghadapai tekanan emosi dan akhirnya berlaku banyak kes pembuangan bayi yang menyayat hati. Selain itu, ada kemungkinan ibu yang melahirkan anak tak sah taraf terjebak dengan pelacuran untuk mencari nafkah bagi membesarkan anaknya pula.
Senarai soalan dan jawapan: S: Siapakah anak tak sah taraf? J: Ianya hasil daripada anak zina, rogol, perkahwinan yang tak sah atau teknologi moden yang memasukkan benih lelaki ke dalam rahim wanita. Con…

Lindungilah pandangannya dengan...

Image
Update* - Saya minta maaf, ada kesilapan ejaan huruf pada 'post' sebelum ini, InsyaAllah yang ini betul. 


Memberi Dengan Kasih Sayang - Mukmin Profesional 10.12.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd  Juoi



Syukur kepada Allah, dengan nikmat paling berharga iaitu iman, dan semoga kita dapat mempertahankan dan mempertingkatkan iman sehingga kita kembali bertemu Allah SWT, In sha Allah.

Mari muhasabah bersama, setakat hari ini sebanyak mana kita telah memberi? Adakah kita lebih banyak memberi atau menerima? Memberi tidak terhad kepada bentuk wang ringgit dan harta benda, tetapi boleh juga dalam bentuk tenaga, fikiran, masa atau sekurang-kurangnya doa, senyuman dan memberi salam. Jika kita lebih banyak memberi, tahniah! Itulah petanda kita seorang yang ceria, kerana hanya orang ceria saja yang boleh memberi.

Orang yang ceria juga merupakan orang yang produktif, kerana kajian menunjukkan orang sebegini akan mengeluarkan hormon endorphin yang akan memberi ilham-ilham yang baik. Jika sebaliknya iaitu kita merasa sukar untuk memberi, itu petanda yang kita tidak ceria dan merembeskan hormon kortisol. Hormon ini juga akan menjadikan seseorang itu buntu dan terhijab daripada m…

Siapa ibu yang ‘clever’? - Tafsir Quran ayat 1 surah Ali-Imran, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.12.2012

Image
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Semoga kita diberikan ilmu yang bermanfaat, In sha Allah. Semoga dapat menerangi hati dan jiwa kita dengam cahaya Al-Quran nul Qarim, semoga digolongkan oleh Allah dalam golongan orang-orang yang membaca Al-Quran, yang faham kepada Al-Quran, yang mengamalkan isi kandungan Al-Quran dan bersama dengan Al-Quran di dunia, saat meninggal dunia, di barzakh dan saat dibangkitkan serta masuk dalam syurga. Al-Fatihah.

Bacaan ayat 1-2, surah Ali-Imran:
Setiap ayat dan surah Al-Quran yang diturunkan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Ayat dalam surah Ali-Imran ini mempunyai kaitan dengan bahagian hujung ayat terakhir (286) surah Al-Baqarah.

Bahagian ayat yang tersebut ialah:  Engkaulah Penolong kami, oleh itu, berikan kepada kami pertolongan ke atas orang-orang yang kafir. 
Orang kafir secara amnya merujuk kepada semua bukan Islam, yang kufur kepada Nabi SAW. Dalam surah ini, Allah menceritakan salah satu golongan yang kafir ialah ahli k…