Posts

Showing posts with the label 6 keadaan dibenarkan mengumpat

Kelebihan Selawat (2) – Tanyalah Ustaz 19.02.2013

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan surah Al-Inshirah: Allah menyatakan dalam ayat ini bahawa Nabi SAW telah ditinggikan kedudukannya dan sebutan namanya. Allah ingin mengingatkan kita bahawa Nabi SAW mempunyai tempat yang tinggi dan terpuji. Oleh itu, amatlah wajar untuk kita memuji dan berselawat ke atas Baginda Nabi SAW. Bagi orang yang tak faham, selawat ini nampak kecil. Selawat ini sebenarnya sangat besar, dan paling kurang diwajibkan kita berselawat sekali dalam seumur hidup. Semoga Allah menjadikan kita golongan yang sentiasa dan banyak berselawat ke atas Nabi SAW. Amalkan selawat Fateh, yang diamalkan oleh Syeikh Qadir Al-Jailani. Ali Zaenal Abidin bin Husin bin Ali, cicit Nabi SAW pula mengamalkan selawat Nariyyah. Dikatakan bahawa jin sangat takut dengan selawat ini. Walaupun Nabi SAW tidak buat, tetapi ini adalah amalan orang yang alim, yang juga ulama tasawwuf yang besar. Siapalah kita untuk mempersoalkan amalan ini. Akhir kata: Banyakkanlah be...

Bahaya Fitnah (2) - Tanyalah Ustaz 30.06.2012

Image
Ustaz Firdaus Subhi Bacaan surah Al-Hujurat ayat 6-9: Huraian ayat: Antara sebab ayat ini diturunkan, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Qurtubi mengisahkan tentang seorang sahabat bernama Al-Walid ditugaskan untuk pergi ke perkampungan Bani Mustaliq untuk mengambil zakat. Apabila sampai, beliau mendapati mereka mengejarnya lalu terlintas dalam hatinya bahawa mungkin mereka ingin membunuhnya. Lalu Al-Walid melarikan diri dan pulang bertemu Nabi SAW. Apabila ditanya Nabi SAW, dia menjawab bahawa dia tidak mampu mengambil zakat kerana mereka ingin membunuhnya. Lalu Khalid Al-Walid telah ditugaskan untuk menyiasat adakah benar ceritanya. Apabila disiasat didapati penduduk kampung itu mengamalkan Islam dengan baik – apabila azan dilaungkan mereka solat, maka tidak betullah apa yang diceritakan oleh Al-Walid. Ada satu lagi riwayat yang hampir serupa menceritakan, tetapi wakil Bani Mustaliq kemudian datang memberitahu Nabi SAW bahawa mereka mengejarnya bukan untuk mela...