Sifat Warak, Sifat Nafsiyyah & Tausiyah Tetamu Istimewa - MTDM 16.01.2015 (Bhgn 2 & 3)
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin, Bab Warak, Hadis 3, 4 Majlis Ta’lim Darul Murtadza 16.01.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* ‘Al-Bir’ (Kebajikan/kebaikan) itu akhlak yang baik. Kalimat ‘Al-Bir’ digunakan untuk pelbagai makna dalam Al-Quran. Kepelbagaian makna menunjukkan Al-Bir itu sendiri merangkumi segala nilai murni atau perbuatan yang baik, termasuk masuk rumah melalui pintu merupakan Al-Bir. Masuk rumah bukan melalu pintu sudah dikira bukan bahagian daripada Al-Bir. Jangan masuk rumah melalui tingkap, masuk ikut pintu! Nabi ﷺ menghadkan dalam hadis ini Al-Bir itu akhlak yang baik. Sama seperti ungkapan baginda bahawa “Haji itu Arafah” sedangkan ada lagi rukun lain haji seperti Tawaf, Saiei, Cukur dsb, untuk menunjukkan pentingnya kedudukan Arafah dalam ibadah haji! Seperti juga “Ad-din itu nasihat”, walaupun ada yang lain. Dos...