Sifat Warak, Sifat Nafsiyyah & Tausiyah Tetamu Istimewa - MTDM 16.01.2015 (Bhgn 2 & 3)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin, Bab Warak, Hadis 3, 4
Majlis Ta’lim Darul Murtadza 16.01.2015
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*


‘Al-Bir’ (Kebajikan/kebaikan) itu akhlak yang baik.

Kalimat ‘Al-Bir’ digunakan untuk pelbagai makna dalam Al-Quran. Kepelbagaian makna menunjukkan Al-Bir itu sendiri merangkumi segala nilai murni atau perbuatan yang baik, termasuk masuk rumah melalui pintu merupakan Al-Bir. Masuk rumah bukan melalu pintu  sudah dikira bukan bahagian daripada Al-Bir. Jangan masuk rumah melalui tingkap, masuk ikut pintu!

Nabi ﷺ menghadkan dalam hadis ini Al-Bir itu akhlak yang baik. Sama seperti ungkapan baginda bahawa “Haji itu Arafah” sedangkan ada lagi rukun lain haji seperti Tawaf, Saiei, Cukur dsb, untuk menunjukkan pentingnya kedudukan Arafah dalam ibadah haji! Seperti juga “Ad-din itu nasihat”, walaupun ada yang lain.

Dosa itu menimbulkan ragu-ragu – malu kalau orang lain nampak – itu maknanya benih daripada dosa. Orang, kebiasaannya, kalau buat baik nak orang lain tahu, tapi kalau dia buat tak baik, kebanyakannya, dia tak mahu orang tahu. Contohnya, remaja yang ingin lihat media-media tidak senonoh di internet takkan buat begitu di ‘cybercafe’ kerana takut orang lain nampak. Allahu Ta’ala ‘alam bissowab.


Bahagian 3: Syarah Hadis Jibril m/s 24

Sebahagian sifat terpenting Allah SWT ialah sifat Nafsiyyah seperti Wujud (Ada, existence) dan ini hanya boleh diyakini dengan mengenali dengan tanda-tanda atau makhluk Allah SWT. Kita tidak dapat mengenali Allah SWT dengan Zat-Nya kerana itu diluar jangkauan akal manusia untuk mencapainya. Apa yang akan difikir dalam fikiran, adalah terbatas, kerana fikiranjuga  ialah makhluk. Kenalilah Allah melalui makhluk-makhluk ciptaan-Nya.


Tauisyah Istimewa 1: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Kaff



//Ucapan salam, hamdalah, doa dan kata-kata aluan.

Allah SWT berikan nikmat luar biasa untuk kita terus menerus mencari ilmu
Allah berikan taufiq untuk kalian dipermudahkan berada di tempat yang paling dicintai Allah SWT iaitu masjid-masjid Allah SWT, dan diberikan guru-guru yang mulia, yang ilmunya bersambung dengan Rasulullah ﷺ.

Kata Habib Abu Bakar al-Attas, “Kalau kalian benar-benar ingin menuntut ilmu, guru kalian yang akan datang kepada kalian, bukan kalian datang kepada guru kalian.” Semoga Allah SWT berikan istiqamah daripada pemberian karamah luar biasa ini. Rasulullah ﷺ pernah berpesan, “Barangsiapa yang Allah ingin kebaikan pada dirinya, Allah akan permudahkan jalan untuk dia menuntut ilmu.” Kata ulama, jika Allah tidak inginkan kebaikan pada seseorang, Allah akan persulitkan jalannya untuk menuntut ilmu. Marilah berjuang bersama-sama untuk mendidik anak-anak kita mencintai majlis-majlis ilmu seperti ini dan mereka menjadi qurratu ain kepada Rasulullah ﷺ.
//Ucapan penutup.


Tauisyah Istimewa 2: Habib Hussain Al-Haddar dari kota Madinah
Diterjemah oleh Ustaz Ali Zaenal Abidin (Madrasah At-Tazkiyah)


//Ucapan salam, hamdalah, doa dan kata-kata aluan.
//Hadis tentang bagaimana malaikat hadir di majlis zikir/ilmu dan melaporkan kepada Allah SWT.

Kisah ketika Habib Hassan bin Soleh al Bahar wafat, pada ketika itu Raja negeri itu membahagi-bahagikan daging kepada fakir miskin, dan di antara mereka yang mendapat daging itu, ada seorang yang hadir solat jenazah Habib Hassan bin Soleh al Bahar. Selepas solat jenazah, dia pun pulang dan perintahkan ahli keluarganya untuk masak daging tersebut. Mula dari malam hari, sehingga esoknya, daging itu masih tidak masak lagi, bahkan tidak berubah bentuk sekalipun. Maka, mereka pun bertanyakan ulama perihal daging itu. Ulama itu bertanya jika dia ada pergi kemana-mana setelah mengambil daging itu. Jawabnya tidak kecuali ke solat jenazah Habib Hassan bin Soleh al Bahar. Ditanya lagi dimana dia letakkan daging itu ketika solat – di atas tanah dan dibawa dibelakangnya ketika solat. Jawabnya dibawakan di bawah bajunya dibelakang ketika solat itu. Maka, ulama pun mengatakan, “Ketahuilah bawah Allah telah mengampunkan dosamu dan dosa daging yang berada di belakangmu.” Sebab itulah, daging itu tidak dapati disentuh api di dunia sehingga hari qiamat nanti.

Dan disebut oleh Habib Abdullah bin Hussin bin Tohir dalam sebuah bait qasidah yang beliau karang, di mana beliau mengatakan majlis ilmu janganlah ditinggalkan. Di penghujung bait syairnya, dia mengatakan menghadiri majlis ilmu lebih baik daripada engkat melakukan solat 1000 rakaat, dan lebih utama daripada kau menghantar 1000 jenazah dan lebih utama daripada engkau menziarahi 1000 orang yang sakit. Jadi, dalam kehidupan kita, adakah kita pernah solat jenazah untuk 1000 jenazah? Maka, bertuahlah kita yang dapat hadir dalam majlis ini di mana di ajarkan kita mengenal dan mengikut kepada syariat Allah SWT.

Dikisahkan ada seorang wanita menghadiri majlis ilmu dan dia berkhidmat dalam majlis ilmu tersebut untuk membersihkan tempat-tempat dalam majlis ilmu tersebut. Dia meninggal dunia dan Sayyidina Sufian Ats-Tsauri bermimpi berjumpa dengannya dalam keadaan dia melenggang dengan luasnya di dalam syurga Allah SWT.  Di dunia dulu, wanita itu miskin, jadi dia dipanggil ‘Miskina’. Maka, Imam Sufian Ats-Tsauri memanggilnya, “Ya Miskina,  Ya Miskina” Maka wanita itu pun menoleh dan mengatakan, “Ketahuilah bahawa si Miskina telah pergi dan sekarang yang tersisa ialah kejayaan dan kekayaan.” Imam Sufian As-Sauri pun bertanya, “Dengan amal apakan engkau mendapat kedudukan dan darjat tinggi sehingga kau masuk ke syurga Allah SWT?” Maka, jawabnya, “Dengan aku melazimi dan berkhidmat dalam majlis-majlis ilmu. Maka ditanya Imam Sufian Ats-Tsauri, “Apakah yang membuat engkau berjalan melenggang begitu hebatnya di syurga ini?” Maka, dia menjawab, “Inilah keadaan seorang yang dulunya berkhidmat di dalam majlis ilmu di syurga Allah SWT”.

//Ucapan penutup.

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallu'alam. 






Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab