Tuntutan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah (2) - Tanyalah Ustaz 6 Ramadhan 1433H (26.07.2012)
Ustaz Firdaus Subhi Alhamdulillah bertemu lagi untuk perbincangan bahagian kedua. Bacaan surah At-Taubah ayat 18-20: Huraian ayat 18: Ayat ini menunjukkan perkara yang Allah minta kita lakukan untuk menjadi orang yang beriman ialah dengan memakmurkan rumah Allah iaitu masjid. Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang ringkasannya bermaksud, “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperoleh ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan nama mereka disebut Allah dalam kalangan malaikat.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Daud). Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah hukum menangguh mengerjakan amal kebajikan kerana ingin mendapatkan pahala besar? Mohon pendapat ustaz? J: Dalam bulan puasa, amalan sunat yang dilakukan mendapat ganjaran seperti amalan wajib, manakala amalan wajib pula digandakan sebanyak 70 kali. Oleh itu, contohnya mungkin ada orang ...