Posts

Showing posts with the label Ayat pembatal sihir

Khurafat Dalam Rawatan Penyakit (2) - Tanyalah Ustaz 14.07.2012

Image
Ustaz Sharhan Safie Syukur, Alhamdulillah kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Nikmat terbesar adalah iman dan Islam. Kita juga dibekalkan dengan wahyu terbesar iaitu Al-Quran yang merupakan kalam Allah. Usahlah bergantung pada tangkal, azimat, wafak dan sebagainya kerana Al-Quran itu diturunkan dengan sempurna. “Barang siapa yang berkata-kata dengan Al-Quran, pastinya kata-kata itu benar.” “Barang siapa yang berjanji menggunakan Al-Quran, pasti janji itu ditepati.” “Barang siapa yang menghukum seseorang menggunakan Al-Quran, pasti hukuman itu adil” “Barang siapa minta penyembuhan dengan Al-Quran, maka Al-Quran itu menjadi penyembuh baginya.” Kita juga beruntung menjadi umat Nabi Muhammad SAW, kerana mendapat mukjizat Nabi yang terbesar iaitu Al-Quran. Isilah jiwa kita dengan ilmu agar dapat menghindari khurafat. Manusia itu terdiri daripada dua unsur - rohani dan jasmani. Sakit jasmani seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya ada rujukannya di hospita...

Khurafat Dalam Rawatan Penyakit (1) – Tanyalah Ustaz 13.07.2012

Image
Ustaz Sharhan Safie Bacaan surah At-'Araf ayat 54-56: Alhamdulillah bertemu pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Sedikit huraian ayat: Allah SWT Maha Berkuasa menciptakan bumi, langit bulan dan bintang. Allah menyediakan keperluan yang cukup untuk manusia tingal di dunia. Namun, masih ada manusia yang menyekutukan Allah. Allah berpesan agar jangan sekali-kali kita melakukan kerosakan di mukan bumi ini. Kerosakan ini boleh ditafsirkan sebagai menyekutukan Allah dan memilih selain Allah sebagai pelindung dan penyembuh. Khurafat bererti mengambil sesuatu makhluk, mempercayai dan meyakini makhluk itu mempunyai kuasa ajaib.  Dalam konteks perbincangan hari ini, makhluk ini dipercayai boleh memberi penyembuhan kepada penyakit yang dihadapi. Khurafat banyak berlaku dalam masyarakat hari ini kerana kurangnya ilmu dan iman. Pada zaman dahulu, jika anak kecil menangis, dicari tali kasut dan digantung pada bayi dan diyakini dengan tali itu, anak kecil akan berhenti m...