“Nak, Jom Solat” – Tanyalah Ustaz 02.06.2013
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Ustaz Muhidin Mokhter Bacaan surah Mariam, ayat 54-58: [ Nota: Ayat (58) diatas merupakah salah satu daripada ayat sujud tilawah (sujud sejadah). Jom kita sujud sebentar usai membaca ayat ini. Maklumat lanjut di sini ] Jika kita betul sayangkan anak kita, kita perlu jaga agar mereka terselamat daripada azab api neraka. Diri kita sendiri pun kita tidak sanggup biarkan masuk ke neraka, inikan pula anak-anak kita. Di akhirat, Allah akan memandang orang tidak solat dengan pandangan yang murka. Jika solat bermasalah, maka segala amalan lainnya akan diperincikan Allah dan disoal-siasat. Dalam satu hadis, Nabi SAW menegaskan bahawa anak perlu dilatih solat ketika berumur 7 tahun, dan jika mereka enggan solat pada umur 10 tahun, maka mereka boleh dipukul dengan tujuan mendidik. Mula-mula kita ajar anak solat-solat wajib. Kemudian, ajar anak bangun...