Posts

Showing posts with the label Ustaz Roslan Mohamed

Rahsia Ayat Al-Kursi (2) – Tanyalah Ustaz 21.02.2013

Image
Ustaz Roslan Mohamed Stop! Baca ayat Al-Kursi dulu usai solat, bukannya habis 3 jam setengah pun!  Bacaan ayat 255, surah Al-Baqarah: Sahabat ditanya oleh Nabi SAW apakah ayat Al-Quran yang paling tinggi kedudukannya. Mereka terdiam kerana bagi mereka semua ayat Al-Quran mempunyai kedudukan yang tinggi. Nabi SAW pun memberitahu bahawa ayat Al-Kursi mempunyai kedudukan yang paling tinggi antara kesemuanya. Ayat ini perlu diamalkan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Syaitan paling tidak suka kepada orang yang membaca ayat ini. Ketika ayat ini diturunkan, diriwayatkan bahawa syaitan bertempiaran lari. Ayat kursi ini boleh merawat penyakit berkaitan akidah kepada Allah, dan juga menghalang  gangguan syaitan, jin dan iblis. Tapi sebelum diamalkan perlu difahamkan maknanya dahulu. Allah tidak kirimkan Al-Quran untuk dibaca semata-mata.  Nabi SAW berkata semulia-mulia surah dalam Al-Quran ialah Al-Baqarah, dan semulia-mulia ayat dalam s...

Rahsia Ayat Kursi (1) – Tanyalah Ustaz 20.02.2013

Image
Ustaz Roslan Mohamed Bacaan ayat 255, surah Al-Baqarah: Semoga kita berada dalam keredhaan Allah dalam setiap inci kehidupan kita. Semoga bertambah ilmu dan bertambah amal. Al-Quran merupakan nadi dan jantung kita, dan kita perlu cuba memahaminya. Dalam Al-Quran terkandung berbagai 1001 makna, rahsia dan hikmah. Ayatul kursi mengandungi tarbih (peringatan) untuk menggambarkan tentang keesaan, kehebatan dan kemulianNya. Sekiranya kita semakin memahami Al-Quran, maknanya kita semakin dekat dengan Allah. Jika sebaliknya, maknanya kita mengabaikan makanan dan minuman untuk rohani kita dan menjadikan kita ‘lapar’ denagn peringatan Allah. Ayat ini diturunkan sebagai panduan kepada Nabi SAW dan umatnya. Amalkan sentiasa untuk membaca ayat ini bersama maknanya, sehingga kita boleh menghafalnya. Ada satu kisah: Dalam satu riwayat dikatakan syaitan akan duduk di muka pintu rumah untuk menanam perasaan ragu-ragu antara suami dan isteri. Oleh sebab itu, dikatakan Nabi...

Rahsia Al-Fatihah (2) – Tanyalah Ustaz 15.01.2013

Image
Ustaz Roslan Mohamed Kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang beriman dan diredhai Allah. Amin. Surah ini merupakan nikmat besar kepada umat Muhammad SAW. Ulama berpendapat bahawa surah Al-Fatihah ialah surah yang akan memenangkan kita, di dunia lagi sebelum berada di akhirat. Memahami Al-Fatihah akan membuka ruang-ruang kemenangan dalam kehidupan.  Dalam hidup ini, ada 3 perkara yang kita inginkan dan singkatannya ialah RHB: Redha – kita ingin Allah redha dalam apa jua apa yang kita lakukan (rezeki, makanan, anggota badan dll) Hidayah – minta ditunjukkan jalan yang lurus Berkat – berkat dalam semua hal iaitu keluarga, pekerjaan, anak-anak. Rezeki tak banyak tak apa, tapi mesti berkat.tannya ialah RHB :) Ulama mengatakan bahawa ada 2 bentuk hidayah iaitu: Hidayah Mutlaqah  - hidayah yang sebenar-benarnya iaitu apabila kita dilahirkan sebagai Islam Hidayah Irsyad – hidayah yang diberi kepada orang yang bukan dilahirkan se...

Hidup Sihat Tanpa Maksiat (1) – Tanyalah Ustaz 21 Ramadhan 1433H (10.08.2012)

Image
Ustaz Roslan Mohamed Bacaan surah As-Sajadah, ayat 12-14: Kita perlu yakin yang kehidupan ini hak mutlak Allah Taala. Oleh itu, kita perlu berada dalam keadaan yang diredhai dan dirahmati-Nya. Tambahan pula kita sedang berada dalam bulan Ramadhan iaitu waktu yang sangat baik untuk kita merintih, berdoa dan bermunajat kepada Allah. Dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah merakamkan keadaan pengakhiran bagi orang yang tidak taat kepada Allah. Ketika itu Allah dedahkan kepincangan dan dosa yang dilakukan hambanya. Walaupun hamba kemudiannya merayu, namun, selal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Bisanya kita dengar pepatah kesihatan dikaitkan dengan makanan, namun hari ini kita ingin ubah untuk mengaitkan kesihatan dan maksiat. Saya sendiri banyak berdosa dan tidak layak bercakap tajuk ini, namun dengan semangat untuk saling ingat-mengingati, semoga Allah buka pintu hati agar yang berdosa akan tersedar dan kembali ke pangkal jalan, manakala yang baik akan te...

Mengapa Jahil (3) – Tanyalah Ustaz 27.05.2012

Image
Ustaz Roslan Mohamed Alhamdulillah kita telah mulakan pagi hari ini dengan merintih pada Allah ketika menunaikan solat Subuh tadi. Antara doa yang kita pohon dalam solat Subuh tadi “Allahhummah dina fiman hadait” yang maksudnya “Ya Allah berikanlah kami hidayah”. Jadi di pagi-pagi hari kita sudah memohon agar Allah jauhkan kita daripada kejahilan. Kita Imam Al-Shihab berkata “Beruntunglah orang-orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajari.” Ilmu akan menjauhkan kita daripada kejahilan, atau menjadi orang yang ego, keras hatinya. Ada beberapa bentuk kejahilan manusia. Pertama: Manusia jahil yang dia dijadikan daripada sesuatu yang hina (air mani). Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Haj, ayat 5 yang bermaksud: ‪[5]
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air ...

Manisnya Iman - Tanyalah Ustaz 03.04.2012

Image
Ustaz Roslan Mohamed Bacaan Surah al-Hujurat ayat 15: Maksud ayat: Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Berpagi-pagi dengan ibadah, majlis ilmu, Nabi mohon keberkatan kepada kita semua, InsyAllah. Iman bermaksud kata ucapan yang elok, keyakinan hati yang benar dan tingkah-laku menepati syariat. Fokus : Bagaimana untuk kekal dalam iman agar mati dalam iman. Kita nak mati disambut malaikat dengan baik bukan dikeji. Untuk jaga iman, Pertama: perlu percaya tanpa syak-wasangka dengan Allah, yakin sebulat-bulatnya dengan segala kekuasaan Allah, redha dengan kurniaan Allah biar yang baik atau tidak. Sebab itu orang yang betul-betul beriman sentiasa bersangka baik dengan Allah walaupun ditimpa musibah. Kedua: o...