Rahsia Al-Fatihah (2) – Tanyalah Ustaz 15.01.2013

Ustaz Roslan Mohamed


Kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang beriman dan diredhai Allah. Amin.

Surah ini merupakan nikmat besar kepada umat Muhammad SAW. Ulama berpendapat bahawa surah Al-Fatihah ialah surah yang akan memenangkan kita, di dunia lagi sebelum berada di akhirat. Memahami Al-Fatihah akan membuka ruang-ruang kemenangan dalam kehidupan. 

Dalam hidup ini, ada 3 perkara yang kita inginkan dan singkatannya ialah RHB:
  1. Redha – kita ingin Allah redha dalam apa jua apa yang kita lakukan (rezeki, makanan, anggota badan dll)
  2. Hidayah – minta ditunjukkan jalan yang lurus
  3. Berkat – berkat dalam semua hal iaitu keluarga, pekerjaan, anak-anak. Rezeki tak banyak tak apa, tapi mesti berkat.tannya ialah RHB :)

Ulama mengatakan bahawa ada 2 bentuk hidayah iaitu:
Hidayah Mutlaqah  - hidayah yang sebenar-benarnya iaitu apabila kita dilahirkan sebagai Islam
Hidayah Irsyad – hidayah yang diberi kepada orang yang bukan dilahirkan sebagai Islam

Kita baca Al-Fatihah siang dan malam, tetapi di manakah kesan Al-Fatihah ini dalam kehidupan kita? Sepatutnya jiwa kita semakin mantap, luhur dan akhlak semakin baik. Jika itu bukan kesannya, maknanya Fatihah itu sekadar di bibir sahaja.

Kesimpulan:
Ulama mengatakan - Apabila kita bangun pagi dan dapat membaca Al-Fatihah di dalam solat, itulah nyawa kita yang sebenarnya. Kemudian, sebelum tidur, ditutup nyawa kita dengan membaca Fatihah dalam solat Isyak pula. Oleh itu, orang yang tidak solat, dia sudah ‘mati’ jiwa dan hatinya.


Senarai soalan dan jawapan:

S: Apakah makna ayat:

J: Maknanya – 'Segala Puji Tertentu Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara alam semesta'. Ada 3 perkara utama dalam ayat ini:
  • Pujian-pujian yang mutlak – ini bukan sekadar pujian yang biasa-biasa saja. Semua makhluk, baik tumbuhan, haiwan, batu-batu, semua di alam ini memuji Allah, dan bukannya manusia sahaja. Hatta binatang yang melata pun memuji Allah. Oleh itu, jika kita tak memuji Allah, maka binatang itu lebih mulia daripada kita.
  • Rabb – bermaksud ‘Tuan Punya’. Jadi, ini bermakna yang kita ini makhluk yang daif, dan tak perlu untuk sombong. Haiwan seperti lipan yang kecil saja pun boleh memudaratkan kita.
  • Al-‘Alamin - Allah berkuasa terhadap seluruh alam ini – Semuanya dijadikan Allah, jadi kenapa kita masih kuruf kepada Allah, sedangkan takkan terhitungkan nikmat yang Allah berikan.
Ayat ini mengajar 3 benda utama iaitu beriman, beramal dan tunduk-patuh kepada Allah Ta’ala. Oleh itu, bacalah ayat ini dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Kesan ayat ini perlu juga dibawa sehingga ke luar solat agar kita meninggalkan perkara yang dimurkai Allah.

S: Apakah erti dan pengajaran daripada ayat:

J: Inilah adalah dua kalimat yang sangat suci. Ar-Rahman bermaksud Yang Maha Penyayang dan Ar-Rahim bermaksud Yang Maha Mengasihani.
  • Sifat Ar-Rahman merupakan sifat abadi Allah – dengan sifat inilah semua makhluk mendapat rezeki dan bahagiannya masing-masing. Bahkan nikmat ini juga diberi kepada orang kafir, orang yang mengingkari perintah Allah dan seumpamnya.
  • Sifat Ar-Rahim pula terhad kepada orang yang beriman SAHAJA. Siapa orang ini? Orang yang sentiasa bersyukur pada Allah, menggunakan nikmat kehidupan untuk beribadat kepada Allah. Dalam surah Ibrahim, ayat 7:


S: Mohon perincian maksud:

J: Maknanya – 'Allah ialah Raja Yang Berkuasa di Hari Akhirat' nanti. Perkataan ‘Malik’ menggambarkan Raja Yang Paling Berkuasa. Oleh itu, diakhirat nanti, semua orang, yang muda, yang tua, yang berdosa, yang beriman, akan datang menyerah dan menyebah Allah SWT. Manusia menemui Allah untuk diadili bersama malaikat dan anggota tubuh badannya sendiri sebagai saksi terhadap segala perbuatannya ketika didunia. Kesimpulannya, ayat ini menunjukkan kebesaran Allah, dan kita adalah manusia yang sangat daif, yang mengharapkan kepada Allah dan syafaat Nabi SAW.

S: Apakah pengajaran ayat:

J: Ada 2 bahagian juga dalam ayat ini:
  • Hanya Engkau kami sembah (ibadah)
  • Hanya Engkau tempat meminta pertolongan //(to be continued later, In shaAllah)
S: Apakah erti dan pengajaran ayat:

J: Ertinya: 'Tunjukilah kami jalan yang lurus'. Barangsiapa yang berpegang pada jalan Allah, dia akan berada pada jalan yang lurus. Ikhlaskan hati kita dengan Allah, jangan mudah putus asa, jangan mudah merengek, mengeluh. Orang yang beriman takkan mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Ada kalanya nampak seolah-oleh doa kita tak dimakbulkan, tetapi sebenarnya Allah makbulkan untuk keturunan kita. Oleh itu, teruskan berdoa memohon petunjuk yang lurus daripada Allah.

S: Apakah erti dan pengajaran ayat:
J: Ini sambungan ayat sebelumnya – Dalam hidup ini, sebenarnya kita perlu menteladani Nabi-nabi. Namun yang berlaku hari, majoriti ibu bapa dan anak-anak mengambil artis dan bintang sukan sebagai teladan. Di mana Nabi-nabi dalam hidup kita? Nabi-nabi diutuskan untuk mengajar kita tentang agama, dan untuk dijadikan pedoman untuk ikutan kita. Jadi tak munasabah, jika kita mohon jalan lurus, tapi mengikut jejak langkah orang yang bukan di jalan Allah pula.

S: Bolehkah ustaz terangkan maksud ayat:

J: Ada 2 bahagian yang besar dalam ayat ini:
Kita mohon Allah jangan jadikan kita sebagai 'orang yang Allah murkai' dan 'orang yang Allah sesatkan'.

Inilah 2 golongan yang sangat teraniaya. Jika manusia marah kepada kitapun, kita boleh runsing dan tidak senang duduk, inilah pula jika Allah murka kepada kita. Orang yang Allah murka ialah orang Yahudi yang banyak membunuh ramai para Nabi dan umat Islam lain. Orang yang disesatkan pula ialah orang Kristian yang menyatakan bahawa Nabi Isa ialah anak Tuhan dan menyelewengkan agama.

Oleh itu, kita perlu menjaga diri agar bersih hati, jiwa, perbuatan dan semuanya. Moga-moga Allah berkati dan tidak murkan kepada kita.

S: Mohon ustaz berikan tip agar dapat beramal dengan makna surah Al-Fatihah?
J: Teruskan membaca Al-Fatihah, setiap hari, sepanjang masa.


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab