FEZ… dari kaca mata seorang Murabbi...
Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid
Main Auditorium UIA, Gombak, 06.01.2013
Berikut ialah 8 pengajaran yang dirumuskan oleh Habib Mahdi daripada tayangan filem 'FEZ City of Saint' di UAI semalam:
1
|
Dalam satu
dialog, Habib Umar mengatakan: “Kemenangan yang utama seorang insan adalah
kemenangan ke atas dirinya sendiri”, iaitu kemenangan unsur kebaikan ke atas
unsur kejahatan yang ada pada dirinya. Ini adalah kaedah yang sangat-sangat
penting, kerana kejayaan dan kemenangan yang kita cari-cari selama ini adalah
kejayaan dan kemenangan perkara kebaikan di dalam diri sendiri mengalahkan perkara kejahatan, dan bukannya kemenangan satu puak ke atas puak yang lain, atau
satu negara ke atas negara yang lain. Apabila kebaikan dalam diri mengatasi
kejahatan dalam diri, barulah pertolongan Allah akan tiba. Inilah rahsia di
sebalik ayat yang dibacakan oleh Habib Umar, daripada firman Allah SWT yang
bermaksud, “Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka
mengubah apa yang ada di dalam diri mereka”.
|
2
|
Niat
Maulana Idris II yang terakam dalam filem ini menyatakan yang niatnya membina
Bandar itu bukanlah untuk bermegah-megah, tetapi supaya ianya menjadi Bandar
di mana Allah SWT disembah, sunnah Nabi SAW dihidupkan dan seumpamanya.
Perkara inilah yang amat-amat perlu difahami oleh para pemimpin masyarakat
Islam. Masalah umat Islam yang berlaku hari adalah kerana kebanyakannya
terlepas pandang akan hal ini. Kita memang perlu menbangunkan masyarakat,
tetapi bukannya untuk menunjuk-nunjuk, atau bermegah-megah tetapi kerana
menjalankan perintah Allah. Kalau kita membina semata-mata untuk
bermegah-megah atu bersaing, maka kita sama saja dengan orang bukan Islam,
dan hilanglah keistimewaan yang sepatutnya ada pada orang Islam.
|
3
|
Semasa
Habib Umar duduk di kerusi dan memberi sedikit tazkirah, beliau menekankan
kepentingan kasih-sayang sesama ummah. Apabila umat Islam yang berada di
Timur atau di Barat menghayati tentang prinsip kasih-mengasihi sesama Islam,
barulah mereka akan mampu untuk mentajdidkan umat ini. Apabila ciri-ciri
politik seperti puak, bangsa, negeri dan sebagainya tidak menjadi keutamaan,
yang tinggal hanyalah ciri-ciri iman yang kita kongsi bersama. Jika ini dapat
dicapai, ianya akan menjadi ubat dan penawar yang sebenar bagi segala masalah
perpecahan dan permusuhan sesama Islam.
|
4
|
Menghayati
ilmu dengan kefahaman dan acuan yang sebenar, seperti yang dihuraikan oleh
Syeikh Abdullah bin Bayya. Menghayati ilmu dengan ‘wasati’ – iaitu yang
bererti menguasai seluruh aspek ilmu tanpa mengira aspek kecenderungan, dan
menghormati sudut kepakaran masing-masing. Antara yang Habib Umar tekankan
sebagai syarat untuk menguasai ilmu ialah dengan menghafaz Al-Quran, menghafaz hadis, dan mantan-mantan ilmu yang utama, sebelum masuk pengajian di
universiti. Universiti mana di dunia yang masih mengamalkan proses ini
sebelum menerima pelajarnya? (Jawapannya ada dalam filem!). Oleh kerana kita
meninggalkan inilah, maka kita terpaksa menghadapi kelompongan yang besar dalam
dunia ilmu hari ini. Kita nak mencapai keistimewaan tetapi kita masih penuh
kelemahan.
|
5
|
Perlunya
ada hubungan antara generasi awal dan generasi yang akhir (kita). Tanpanya,
tidak akan ada kejayaan, kerana pada generasi awal ada rahsia-rahsia yang tidak
terdapat pada generasi kita. Lihatlah bagaimana Habib Umar menjadikan
matlamat untuk menziarah tokoh-tokoh besar yang terbukti telah berbakti
kepada pembinaan umat dan masyarakat, demi mendapatkan manfaatnya. Saya
sangat berharap semua dapat menghayati kata-kata yang diucapkan Habib Umar
ketika menziarahi maqam-maqam dalam filem tadi. Sebahagian yang saya sempat
catitkan ialah:
Inilah
antara rahsia yang perlu kita dapatkan daripada generasi awal. Mereka bukan
sekadar ulama biasa, bahkan mereka ulama Rabbani. Oleh sebab itu, mereka
menjadi sumber keberkatan.
|
6
|
Menghayati
prinsip wasatiyyah yang sebenar. Hari ini, apabila timbul isu pejuang
ekstrem, semua mendakwa yang mereka ialah wasatiyyah. Tetapi sebenarnya
wasatiyyah ialah apa yang berada di jalan kita. Seperti yang Syeikh Abdullah
bin Bayyah tekankan iaitu meliputi wahyu, akal, ilmu dan memahami isu-isu
semasa. Memerlukan kesungguhan
yang biasa agar kita berjaya melahirkan ulama Rabbani.
|
7
|
Mengagungkan
apa yang diagungkan Allah SWT, dan meremehkan apa yang diremehkan Allah SWT.
Kita hari ini melakukan yang tebalik. Contohnya, tidak kisah apabila
meninggalkan solat, tetapi riuh sekampung apabila kehilangan duit seringgit
dua. Ada terlalu banyak contoh lain lagi.
|
8
|
Hari ini
ulama yang berkemampuan untuk membina umat wujud, tetapi mereka tak diberi peluang.
Ini menunjukkan ada pemisah antara
ulama dan umara’(pentadbir). Banyak juga berlaku hari ini di mana
umara’ mendekati ulama yang memberi keuntungan peribadi kepada mereka, dan
sebaliknya. Hanya apabila ulama' dan umara' bebas daripada mengharapkan kepentingan
peribadi, barulah akan berhasil apa yang mereka usahakan untuk membimbing ummah.
|