Si Tanggang Moden – Tanyalah Ustaz 29.05.2013
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Fatihah: Ayat Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca di dalam solat, bahkan mempunyai seribu satu kelebihan. Seorang sahabat Nabi menggunakan surah ini untuk mengubati seorang ketua kampung tanpa mengetahuinya dan Nabi SAW pun bertanya bagaimana dia tahu yang surah ini adalah satu bentuk ruqyah. Dalam mengamalkan surah ini, setelah dibaca ayat 6, mohonlah dalam hati agar Allah beri panduan untuk mendidik anak dengan baik. Si Tanggang ialah kisah seorang anak dibela dengan ibunya dengan penuh kasih-sayang, tetapi setelah berjaya dan mengahwini anak raja, dia menderhaka ibunya kerana malu dengan keadaan ibunya yang miskin. Dia akhirnya disumpah menjadi batu oleh ibunya. Wallu’alam, kisah ini benar atau tidak. Tetapi kita meyakini bahawa doa seorang ibu itu mustajab. Kisah derhaka sebegini masih ada berlaku di zaman ini. Contohnya ada pelajar yang belajar di bandar, dan malu dengan ibu di kampung yang miskin, atau cacat yang i...