Anak Bapak (1) – Tanyalah Ustaz 17.04.2013

Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek


Bacaan surah Al-Fatihah:

Surah ini ialah surah yang kita semua hafal. Hari ini ramai ayah berjaya mendidik anak berjaya dalam akademik. Tetapi alangkah malangnya jika ayah dan ibunya berperangai tidak baik, dan 'berjaya' mendidik anak menjadi seperti mereka juga. Anak ialah kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Oleh itu, amalkan surah Al-Fatihah ini, in sha Allah akan dapat menyelesaikan banyak masalah. Inilah cara rawatan yang kami gunakan dalam menangani masalah remaja mengandung anak zina, remaja ketagih seks, dadah dan seumpamanya. Kami minta ibu bapanya membaca surah Al-Fatihah (di luar solat), dan selepas ayat 5, doakan daripada hati, “Ya Allah, tolong lembutkan hati suami/isteri/anak sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud”. Isteri tidak perlu banyak berleter, sebaliknya banyakkan berdoa. Anak-anak akan lebih mudah mengikut apa yang ditunjukkan ibu bapa, bukannya apa yang ibu bapa cakap. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan dan akhlak yang baik.

Ada kisah masyhur Luqman Al-Hakim dan anaknya, mereka keluar berdua bersama seekor keldai. Apabila bapanya menunggang keldai, orang berkata kenapalah tidak diberikan anak kecil menunggangnya. Kemudian, apabila anaknnya menunggang keldai, orang berkata kenapalah tidak dihormati ayahnya dan diberikan ayahnya menunggang keldai itu. Apabila kedua-dua tidak menunggang keldai, orang berkata mereka bodoh kerana tidak menggunakan kedai yang ada. Apabila kedua-dua menunggang keldai, orang berkata mereka menyeksa keldai itu pula. Oleh itu, Luqman pun menasihatkan anaknya - Apa sekalipun yang dilakukan, pasti akan ada manusia yang tidak setuju. Oleh itu, yang perlu diutamakan kata-kata Allah yang mulia daripada Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

Ibu jangan mudah mendoakan yang tidak baik ketika marah-marah. Banyakkan menyebut Alhamdulillah dan bersangka baik pada anak. Contohnya jika anak suka melompat, katakan Alhamdulillah suatu hari nanti akan membuat rekod lompat tinggi suatu hari nanti :). Paling penting adalah untuk ibu bapa mendidik anak dengan agama dan kasih-sayang.

Senarai soalan dan jawapan
S: Ada ramai bapa memanjakan anak lebih daripada isterinya. Adakah itu baik?
J: Ada bapa yang memanjakan anak sehingga anak tidak mampu berdikari. Sebenarnya tidak salah memanjakan anak, bahkan boleh dapat pahala sekiranya perkara yang dilakukannya itu betul Manjakan dia dengan mengajarkan Al-Quran, bukan dengan mainan semata-mata. Jangan sampai bapa memanjakan anak sehingga ibu tidak boleh menegur dan mengecilkan hati ibu yang bersusah-payah mengandung dan menjaganya. Ajar anak agar rapat dengan ibu juga kerana ibu lebih bersikap mendidik. Elakkan daripada memanjakan anak dengan perkara dunia sahaja.

S: Apa komen ustaz sekiranya bapa memanjakan anak sehingga anak sukar dinasihati?
J: Anak tidak boleh terlalu dimanjakan sehingga tidak dibenarkan keluar bermain di luar rumah dan tidak pandai berdikari. Biasakan membawa anak ke masjid dan ajar anak adab bersosial bersama orang yang lebih tua. Ajar juga anak berdikari biarpun mereka masih kecil. Jaga adab anak perempuan dengan ayah.

S: Apa komen ustaz tentang pepatah 'Bapa borek anak rintik' atau 'Like father like son'?
J: Sedikit sebanyak akan ada persamaan disebabkan unsur genetik antara anak dan bapa. Jika ingin mendidik anak biaralah daripada kecil lagi. Jika bapanya baik, in sha Allah anak akan baik juga. Tapi jika bapa tak solat, mana mungkin anak akan mendengar kata apabila diminta mendirikan solat. Namun begitu, hidayah milik mutlak Allah. Oleh sebab itu, walaupun bapanya pengukir berhala, Nabi Ibrahim adalah seorang Rasul. Nabi Ibrahim pula mendapat anak yang soleh seperit Nabi Ismail. Oleh itu, jika lihat ada orang yang baik tapi mendapat anak yang tidak baik, kita jangan pula cepat mencela. Mungkin itu ujian Allah kepadanya. Kita tak tahu bagaimana kita menghadapai keadaan sekiranya Allah memberikan kita ujian yang sama. Oleh sebab itu, banyakkan berdoa agar kita semua diberi hidayah.

S: Apakah tanggungjawab bapa untuk mendidik anak supaya tidak menjadi anak bapak?
J: Bapa perlu mendidik anak dengan kasih-sayang. Ada 7 langkah iaitu:
  • Memberikan perhatian – Bila anak bercakap, kita dengar dengan minat. Jika tidak anak akan mencari-cari perhatian kita dan mula menunjuk perangai pada masa yang tidak sesuai contohnya ketika ada tetamu datang ke rumah. Perhatikan dengan siapa anak berkawan dan tegur jika tidak sesuai.
  • Ambil perhatian anak – Ibu bapa perlu menjadi idola kepada anak-anak. Jangan dibiarkan anak mengambil penyanyi, pelawak, ahli sukan sebagai idola mereka.
  • Puji dan peluk anak – Puji anak apabila mereka melakukan kebaikan sebagai motivasi agar mereka rasa dihargai dan ingin melakukannya lagi. Zaman sekarang ini ramai ibu bapa yang tidak peduli apa anak buat.
  • Pendidikan – Bapa perlu memberi pendidikan agama dan akademik yang baik kepada anak-anak. Ajar anak solat ketika masih kecil lagi.
  • Beri penghargaan kepada anak-anak apabila mereka berjaya ataupun atas usaha baik yang mereka lakukan
  • Periksa dengan siapa anak berkawan.
S: Apa maksud 'Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari'?
J: Pepatah ini merujuk kepada perkara buruk yang dilakukan oleh ayah secara tersembunyi akan dilakukan oleh anak tanpa segan-silu pula. Contohnya perbuata merokok. Zaman dahulu, ketika muda, ayahnya menyorok dalam tandas untuk merokok, tetapi anak-anak zaman sekarang tidak lagi segan-silu merokok di hadapan ibu bapa atau guru. Anak-anak zaman sekarang tidak malu berbuat dosa bahkan bangga pula dengan dosa yang dilakukan itu.

p/s: "Yang baik jadikan amalan, yang tak baik, berikan teguran" ;)

Popular Posts