Menghargai Nasab (3) – Tanyalah Ustaz 14.04.2013

Menghargai Nasab (3) – Tanyalah Ustaz 14.04.2013
Ustaz Muhammad Abdullah


Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 180-183:

Perihal Anak Tiri
Dalam surah An-Nisa', ayat 22, Allah berfirman:

Dalam ayat ini diterangkan bahawa seseorang tidak mengahwini ibu tirinya. Daripada sudut aurat antrara anak dan ibu bapa tiri adalah sepertid dengan anak sendiri, tetapi mereka tidak mewarisi harta. Antara adik-beradik tiri yang lain ibu dan lain bapa pula adalah seperti orang asing dan mereka boleh saling berkahwin. Contohnya, sebelum berkahwin kali kedua, seorang wanita telah berkahwin dan mempunyai anak. Dia kemudian berkahwin dengan lelaki yang juga telah mempunyai anak dengan isteri sebelumnya. Anak-anak mereka bukan mahram, dan perlu menjaga batas aurat masing-masing.

Perihal Anak Menantu
Aurat anak menantu dan mertua sama seperti anak sendiri, tetapi mereka tidak mewaris harta. Menantu dan ipar-duai perlu menjaga aurat kerana mereka bukan mahram.

Ada 3 bentuk pengurusan harta dalam Islam:

A. Wasiat
Allah tekankan dalam ayat yang dibacakan tadi untuk setiap orang membuat wasiat. Ada 3 syarat wasiat iaitu:
  1. tidak boleh diberi kepada orang kafir,
  2. tidak boleh diberi kepada orang yang mendapat hak faraid, dan
  3. maksimum wasiat ialah 1/3 daripada harta.
Oleh itu, jika ibu-bapa ingin memberikan harta kepada anak angkat, anak susuan, anak tiri atau anak menanti, boleh membuat wasiat.

Wasiat perlu dibuat ketika pemilik harta masih waras, sedar dan tidak dipaksa/ dipengaruh oleh orang lain. Wasiat yang ditulis perlu disimpan oleh seorang yang tiada kaitan dengan keluarga untuk dilaksanakan setelah meninggal.Wasiat yang ada boleh dimansuhkan dengan menulis wasiat yang baru, tapi perlu ada saksi.

Ada banyak syarikat menyediakan perkhidmatan membuat wasiat. Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati dan memastikan wasiat yang mereka buat itu sah dan boleh dilaksanakan setelah mereka meninggal nanti.

B: Hibbah
Jika wasiat berlaku selepas kematian, hibbah pula dijalankan sebelum kematian. Jumlah maksimum yang dibenarkan ialah 1/3 bahagian daripada harta.
Ada dua bentuk hibbah – transaksi ketika hidup atau hibbah amanah.
Jika kita risau anak akan jual terus harta yang diberi, maka boleh dilakukan hibbah amanah. Pertama, boleh dilakukan lafaz pemberian hibbah kepada penerima. Kemudian, penerima membuat lafaz menjadikan pemilik harta sebagai pemegang amanah tersebut, dan penerima tidak dibenarkan buat apa-apa selagi pemiliknya masih hidup.

C: Pembahagian Harta Faraid
Sebelum dibahagikan, ada 7 perkara yang perlu dilihat sebelum dilakukan:
  1. Kos pengkembumian
  2. Hutang dengan manusia – oleh sebab itu, Allah minta kita tulis apabila berhutang agar ada rekod untuk rujukan.
  3. Hutang dengan agama, contohnya fidyah, zakat yang belum ditunaikan
  4. Kenal pasti bahagian harta persendirian untuk isteri (harta yang lahir sepanjang perkahwinan berlangsung)
  5. Melaksanakan wasiat (maksimum 1/3 sahaja)
  6. Kenal-pasti waris untuk harta faraid – oleh itu, jika ada berkahwin di luar negara dan belum didaftarkan di Malaysia, perlu segera berterus-terang agar hak semua dapat dijaga. Untuk pembahagian harta faraid – Jika semua waris bersetuju setelah mengetehui hak faraidnya, harta boleh dibahagi sama rata antara mereka
Kesimpulan:
Perkara paling penting dalam kehidupan kita ialah keredhaan Allah. Dari Allah kita datang, kepadanya kita akan kembali. Oleh itu, kita perlu berusaha semaksima mungkin untuk menjadi hamba-Nya yang soleh, solehah dan mempunyai rsifat ehsan iaitu memberikan apa yang hak dan melepaskan kerana Allah SWT.

Untuk lanjutan kuliah boleh kunjungi www.ustazamin.com

Senarai soalan dan jawapan:
S: Janda mempunyai anak perempuan dan duda mempunyai anak lelaki berkahwin. Bolehkah anak mereka berkahwin?
J: Boleh, kerana ibu dan ayah mereka berbeza. Pergaulan antara adik-beradik tiri itu perlu dijaga, antara anak dan ibu/bapa tiri seperti anak sendiri.

S: Ayah baru meninggal, bolehkah ibu keluar pergi ke tempat lain kerana saya perlu berkursus dan meninggalkan bu tinggal sendirian di rumah. Bolehkan ibu keluar rumah dan menumpang tidur di rumah kakak atas tujuan keselamatan? Bolehkah ibu keluar menziarahi kubur ayah?
J: Tujuan iddah ialah untuk menjaga agar orang tidak tertarik wanita tersebut untuk terus diajak berkahwin. Perempuan yang dalam iddah dibenarkan keluar rumah untuk sebab-sebab yang baik dan penting, cuma jangan berpakaian yang terlalu menarik perhatian orang ramai. Oleh itu, boleh menumpang tidur di rumah kakak dan menziarahi kubur.

S: Jika seseorang mengandung di luar nikah dan kemudian berkahwin dengan lelaki yang dia berzina dengannya. Anak zina yang dilahirkan itu perempuan. Kemudian pasangan itu mendapat seroang lagi anak lelaki selepas kelahiran anak zina yang pertama. Bolehkan adik lelaki itu mewalikan kakaknya?
J: Tidak boleh, ayah tidak boleh, dan adik-beradik lelaki pun tidak boleh. Jika ingin berkawin, perlu menggunakan wali hakim. Namun begitu, dalam soal aurat, saya yakin anak-anak itu semuanya disusukan ibunya. Oleh itu, antara mereka sudah menjadi adik-beradik susuan dan aurat seperti adik-beradik betul.

S: Bolehkan anak tiri meminta bahagian harta yang sama rata dengan anak yang lain?
J: Dalam Islam, anak tiri ada bahagiannya yang tersendiri dan dia tidak

S: Bagaimana aurat anak angkat dengan ibu bapa angkatnya?
J: Anak angkat bukan mahram maka jika telah baligh, perlu dijaga aurat dan pergaulan dengannya.

S: Bolehkah anak zina yang lelaki mewalikan adik-beradik perempuannya?
J: Tidak boleh.

S: Bolehkah anak zina yang telah besar dan mempunyai anak sendiri yang sah mewalikan anaknya?
J: Boleh.

S: Saya ada anak tiri dan pasangan anak angkat cina. Jika bertemu, mereka suka bersalam dan memeluk kerana menganggap saya seperti ibu sendiri. Saya sudah cuba terangkan tidak boleh, tetapi mereka tetap melakukannya. Mohon nasihat ustaz.
J: Kena teruskan cuba untuk memberi dia faham. Memang susah, tapi perlu terus berusaha menerangkan. Wallahu'alam.

p/s: Saya mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga yang baik ada manfaat untuk kita amalkan bersama, in sha Allah.

Popular Posts