Menghargai Nasab (2) – Tanyalah Ustaz 13.04.2013


Ustaz Muhammad Abdullah


Sambungan keadaan bagaimana seorang anak boleh menjadi anak tidak sah taraf:

6. Pernikahan yang dilakukan oleh wali tahkim. Setelah mengetahui, perkahwinan itu perlu diputuskan.
7. Wanita yang menyembunyikan kandungannya ketika berkahwin dengan orang lain. Allah larang wanita menyembunyikan apa yang ada didalam rahimnya kerana ianya melibatkan persoalan nasab.
8. Seseorang yang menyembunyikan keadaan talaknya. Begitu juga dengan taklik – orang lelaki tidak sewenang-wenangnya melafazkan. Contohnya: “Kalau kau balik rumah mak kau, jatuh talak”. Mengikut majoritit ulama, taklik berbentuk sumpah tidak boleh ditarik semula.

Kesan kepada anak tak sah taraf:
1. ‘Ayah’nya tidak boleh mewalikan ‘anak’ perempuannya. Jika anak lelaki pula, dia tidak boleh menjadi wali kepada adik-adiknya.
2. Tidak boleh mewarisi harta ibunya
3. Tidak boleh menjadi mahram kecuali jika telah disusukan ibunya.
4. Tidak boleh dibinkan/dibintikan kepada suami ibu.

Perihal Anak Angkat
  • Anak angkat ini merujuk kepada anak yang dibela ketika kecil (di bawah  umur 18 tahun). Pastikan anak itu ada surat beranaknya. Jika tiada, daftarkan juga di Pejabat Pendaftaran. Orang yang ingin mengambil anak angkat mesti berumut 25 tahun jika orang luar, jika ingin mengambil anak saudara, had umur ialah 21 tahun.
  • Mereka tak boleh dibinkan kepada ayah angkatnya dan tidak oleh mewarisi harta pusaka. Tetapi, jika ingin beri juga, beri sebagai hibbah ketika hidup. Ataupun adik-beradik boleh berbincang dan jika bersetuju melepaskan hak faraid masing-masing, maka boleh dibahagi dengan sama rata antara semua adik-beradik.
  • Aurat juga perlu dijaga sekiranya anak itu tidak disusukan.
  • Anak angkat tidak mempunyai hak mewalikan adik-beradiknya.


Perihal Anak Susuan
  • Anak yang disusukan sehingga kenyang dengan 5 kali susuan bagi anak lelaki, dan 3 kali bagi anak perempuan ketika berusia di bawah 2 tahun.
  • Auratnya sama seperti anak sah taraf
  • Tidak boleh dibinkan kepada ayah angkat.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Apa beza wali hakim dan wali tahkim?
J: Wali hakim ialah orang yang diberi tauliah oleh Raja bagi menggantikan wali seorang wanita yang wali sebenarnya sudah tiada, atau berada jauh da seumpamanya. Wali tahkim ialah wali yang tidak layak contohnya wali yang telah tamat tempoh lantinkannya dan seumpamanya.

S: Bagaimana pula dengan wali fasiq. Ada yang mengatakan perlu akad nikah lagi sekali?
J: Takrif fasiq ialah orang yang berterusan berbuat dosa dan kemaksiatan. Contohnya orang yang tidak solat. Wali sebegini perlu mewakilkan perwalian kepada orang yang lebih baik amalannya. Namun, hak walinya tidak gugur. Oleh itu, jika dia tetap ingin mewalikan, biasanya kadi akan mengajak beristighfar terlebih dahulu.

S: Adakah beza kedudukan anak zina dan anak sah taraf di sisi Allah?
J: Allah berfirman bahawa semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Oleh itu, jika kita seorang anak zina, jangan rasa rendah diri atau menjaga anak zina, didiklah mereka dengan didikan agama. Jangan diungkit hal asal kejadian mereka.

S: Adakah keistimewaan anak tak sah taraf sama seperti anak yatim?
J: Anak tak sah taraf termasuk orang yang dalam kesusahan kerana mungkin ibu bapanya tidak mahu membela mereka dan membantu orang yang disusah dituntut dalam agama Islam.

S: Sekarang ramai umat Islam berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam secara sivil sahaja. Apakah sah perkahwinan ini dan kesannya kepada akidah.
J: Orang Islam tidak boleh berkahwin dengan orang kafir selagi orang kafir itu tidak memeluk Islam. Pengecualian hanya diberi kepada ahli kitab yang mengtauhidkan Allah dan berpegang pada ajaran kitab Taurat/Injil yang asli. Ada ulama mengatakan masih ada ahli kitab dan ada ulama yang mengatakan sudah tiada. Di negara ini, kita dibenarkan mendaftarkan perkahwinan sebegini.

S: Apakah kelebihan orang yang suka mengambil tahu keturunannya dan ahli keluargnya?
J: Dalam hadis riwayat Tirmidzi disebut bahwa orang yang suka menyambung silaturrahim akan diberi 2 kelebihan:
  • Diberi umur yang panjang – Umur yang panjang boleh jadi dalam bentuk badan atau amalan.
  • Dimurahkan rezeki.

S: Apa maksud wali hakim?
J: Wali hakim bukan sekadar jurunikah biasa, tetapi ialah orang yang diberi tauliah oleh Raja untuk menikahkan orang. Kemudian dia diminta mewakilkan sebagai wali oleh wali yang sah. Permohonan perlu dibuat di mahkamah.

S: Bagaimana pula dengan hal mahram anak tak sah taraf?
J: Jika ibunya berkahwin, dan ketika dilahirkan di disusukan ibunya, maka dia menjadi adik-beradik susuan dengan anak-anak ibunya yang lain. Maka, aurat adalah seperti aurat adik-beradik biasa.

S: Mohon penjelasan tentang taklik yang dilafazkan ketika akad nikah iaitu apabila isteri tidak diberi nafkah selama 3 bulan maka akan jatuh talak.
J: Taklik itu tidak jatuh secara automatik. Isteri perlu pergi kepada kadi dan kadi akan menyiasat kesahihannya terlebih dahulu. Tambahan pula wanita zaman sekarang yang berpendapatan lebih tinggi daripada suaminya. Jika dakwaannya benar, isteri boleh bayar RM1 dan talak akan jatuh.


Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)