Mukjizat Al-Quran (3) – Tanyalah Ustaz 07.03.2013


Ustaz Sharhan Safie


Bacaan ayat 19-21, surah Al-Hashr (59):


Alhamdulillah dapat bertemu lagi dalam agenda majlis ilmu. Ayat yang dibacakan menyuruh manusia bertaqwa kepada Allah. Dalam surah Al-Isra’, ayat 88:

Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa manusia takkan mampu untuk membuat ayat yang sebanding dengan Al-Quran,  walaupun seluruh mereka bekerjasama bersama jin sekalipun. Itulah tinggi mukjizat ayat Al-Quran.

Fokus hari ini ialah kelebihan ayat Al-Quran sebagai penyembuh penyakit. Ini sesuai dengan isipati ayat 82, surah Al-Isra’:

Kisah Sy. Umar dan adiknya
Pada mulanya, Umar sangat benci kepada dakwah yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Dia selalu mengintai untuk melihat perkembangan dakwah Nabi SAW. Suatu hari, dia sangat terkejut apabila diberitahu bahawa adiknya sendiri, yang bernama Aisyah, telah masuk Islam. Dengan pedang di tangannya, dia meluru pergi ke rumah Aisyah dengan tujuan untuk membunuhnya. Setibanya di sana, dia menggeledah rumah Aisyah dan mencari-cari Aisyah. Kemudian Sy. Umar terdengar adiknya itu membaca surah Ta-ha, ayat 1-6 dan pedang  pun terlepas daripada tangannya. Inilah mukjizat ayat surah Taha yang dapat melembutkan hati yang keras. Inilah ayat yang mujarab untuk mengubat penyakit hati terutamanya penyakit ego dan yang seumpamanya. Kata ulama, Al-Quran itu ubat untuk rohani dan jasmani manusia.

Kisah Abu Said Al-Kudri
Beliau ialah seorang sahabat Nabi SAW. Dia pergi musafir bersam rombongannya dan ketika hampir senja, dia meminta izin bermalam di satu kawasan Badawi, tetapi tidak dibenarkan. Mereka pun bermalam di sebalik bukit, bersebelahan dengan kampung Badawi itu. Setelah beberapa hari, orang kampung Badawi itu datang dan bertanya jika ada antara rombongan yang pandai mengubati orang yang dipatuk kala jengking (ada riwayat mengatakan ular). Demi peluang bermalam di kampung mereka, Abu Said memberanikan diri untuk mencuba. Beliau kemudian membacakan surah Al-Fatihah kepada ketua kampung itu. Ada riwayat yang mengatakan dia mengusap tempat yang dipatuk, ada yang mengatakan dia menghembus pada tempat dipatuk. Dengan izin Allah, penyakit ketua kampung itu pun sembuh. Apabila sampai berita ini sepada Nabi SAW, Nabi SAW bertanya bagaimana Abu Said boleh mengetahui yang surah Al-Fatihah itu sebagai ayat syifa’. Jawabnya, dia tidak tahu dan dia cuma mencuba nasibnya sahaja.

Pesan Abu Darda’ – Jadilah kamu orang yang alim. Jika tak dapat, jadilah kamu orang yang belajar. Jika tak dapat, jadilah orang yang mendengar ilmu. Janganlah kamu menjadi orang yang tidak belajar.

Kesimpulan:
Telah banyak ayat ruqyah yang saya berikan sepanjang 3 hari bersiaran. Namun, ramai yang mengadu tidak sempat menyalin ayat-ayat yang diberikan. Bagi mereka ini, bolehlah tonton semula di tonton.com.my atau dapatkan buku-buku ustaz di pasaran. Ada 17 judul semuanya. Banyak ilmu yang diberikan, jika tak dapat semua, ambil dan amalkan satu pun cukuplah. Kata ulama, jika kita berjalan dan terjumpa seguni emas. Nak angkat semua, kita tak larat, tapi kalau tinggal semua, rugi pula. Oleh itu, ambillah apa yang termampu dan letaklah di dalam poket, dalam beg kita. Inilah umpamanya ilmu, ambillah dan amalkan walau sedikit agar dapat merawat sekurang-kurangnya diri dan keluarga.

Bagi yang ingin mengikuti kelas untuk belajar cara menjadi perawat, boleh hubungi: 019-2445043 (En. Naim) di KL atau 012-4474322 (En. Zaini) untuk kawasan utara dan selatan.

Setiap penyakit ada ubatnya dan rawatan terbaik ialah rawatan daripada Al-Quran.

Senarai soalan dan jawapan
S1. Bolehkan berubat dengan perawat alternatif (bukan doktor)?
J1: Dalam merawat penyakit berkaitan sihir, ada satu kisah yang sangat mashyur, iaitu kisah Nabi SAW disihir oleh Lubaik bin A’sam. Lubaik meletakkan sihir di dalam perigi Zarwan yang biasanya digunakan Nabi SAW. Setelah menggunakan air perigi itu, Nabi SAW pengsan. Jibril yang kerisauan segera bertemu Allah untuk meminta bantuan. Allah mengarahkan Jibril membaca surah Al-Falaq kepada Nabi SAW. Setelah Jibril membisikan surah tersebut pada telinga Rasulullah SAW, baginda pun tersedar. Inilah sejarah penurunan surah Al-Falaq. Surah ini amat elok untuk kita amalkan sentiasa.
Ulama mengatakan bahawa Lubaik meletakkan bungkusan berisi jarum dan benda-benda tajam kedalam telaga tersebut. Rupa-rupanya ilmu sihir itu sampai hari ini masih lagi diamalkan manusia. Semoga kisah ini  dapat menjauhkan kita daripada amalan sihir, dan mendekatkan kita dengan Al-Quran.

S2. Bagaimana untuk mendoakan anak yang berada jauh di mata?
J2: Allah itu berada di mana-mana, oleh itu seorang ibu boleh mendoakan anak walaupun mereka berada jauh dari pandangan. Lakukan solat sunat hajat dan berdoa memohon bantuan Allah. Doa ibu bapa kepada anak-anak adalah sangat mustajab. Ayat-ayat Al-Quran boleh melembutkan hati anak-anak, In sha Allah.

S3: Saya pernah belajar agama, tetapi saya rasa was-was dan takut tersilap. Kemudian saya bermimpi melihat ayat  Al-Quran berada di awan-awangan. Mohon penjelasan ustaz?
J3: Mimpi ayat Quran ialah mimpi yang benar dan boleh diamalkan. Tambahan pula ayat itu tersenarai sebagai ayat ruqyah. Namun, sebelum diamalkan untuk merawat penyakit, saya minta agar belajar membaca dengan betul tajwid ayat tersebut. Ini adalah mimpi yang baik dan merupakan satu anugerah daripada Allah.

S4. Minta ustaz huraikan ayat 72, surah Al-Isra’?
J4: Ayat ini menceritakan tentang orang yang buta hatinya. Buta di sini bermaksud mereka tidak cuba memahami dan mengamalkan ayat-ayat Allah.

Popular Posts