Posts

Showing posts with the label Perang Uhud

"Kenali & tutup pintu kelemahan diri agar tak diganggu syaitan" - MTDM 25.04.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Majlis Ta'lim Darul Murtadza 25.04.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakaman MTDM - Tafsir Sumber rakaman MTDM - Riyadhus Solihin Sumber rakaman MTDM - Kitab Bidayatul Hidayah BAHAGIAN 1 - Tafsir Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 155-159 Ayat 155: ”Mereka yang lari telah digelincirkan syaitan” Allah SWT menceritakan tentang kekalahan yang dialami kaum muslimin dalam Perang Uhud, sebab larinya kaum Muslimin, sebab terbunuhnya 70 orang daripada   kaum Muslimin dalam Perang Uhud. Sesungguhnya punca khilaf dan pelanggaran yang dilakukan adalah kerana tipu daya syaitan. Syaitan yang meminta kamu supaya tergelincir. Syaitan yang menipu daya kamu untuk berbuat khilaf, sehingga dengan itu kamu melanggar perintah Rasulullah ﷺ, dan dengan pelanggaran itu Allah Ta'ala memberi kekalahan kepada kamu. Jadi, ayat ini bukan sekadar bercerita tentang kalah, sebab permasalahan kalah ...

“Kemenangan dan pertolongan datang hanya daripada Allah”

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ MTDM 14.02.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Pautan rakaman video:  10 minit pertama**   Darul Murtadza Tafsir Quran Surah Ali-Imran ayat 123-128. Ayat 123: Ayat ini walaupun menceritakan tentang Perang Badar, hakikatnya mempunyai kaitan dengan ayat sebelumnya yang menceritakan tentang Perang Uhud. Oleh kerana Perang Uhud berlaku pada tahun ke-2 Hijrah, manakala Perang Uhud berlaku tidak sampai setahun selepas itu, pada tahun ke-3 Hijrah. Dalam ayat-ayat yang lalu, diceritakan Allah Ta'ala tentang Perang Uhud yang terjadi di mana kaum muslimin mengalami kekalahan. Allah Ta'ala ingin mneghibur dan pada masa yang sama ingin memberitahu kenapa boleh menang dalam Perang Badar, dan kalah dalam Perang Uhud. Dalam Perang Badar – jumlah kaum muslimin lebih kurang 313, berbanding 1000 orang musyrikin, tetapi kaum Muslimin menang dan dapat membunuh pembesar Quraisy, dapat menawan oran...