Majlis Mawlid Bulanan Darul Murtadza - November 2012
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL - 02.11.2012 Bismillahirrahmanirrahim, Kita berdoa semoga majlis ini menjadi sebab turunnya rahmat dari Allah, dipandang dengan pandangan pilihan untuk menjadi golongan istimewa di sisi Allah, semoga semua berada dalam linkungan golongan yang mencintai Rasulullah SAW dan semoga Allah memberkati dan memberi hidayah kepada kita semua. Amin, Allahumma Amin. Sambungan perbahasan bulan lalu iaitu huraian akhlak dan adab Nabi SAW. Kitab “Akhlak Nabi dan adabnya”, tulisan Al-Imam Al-Asfahani. “Walaupun seorang itu mengucapkan pujian sebanyak mana pun kepada Rasulullah SAW, masih akan ada sifat mulia Baginda yang tidak mampu dihuraikan oleh manusia”. Akhlak baginda SAW, jika ingin dihuraikan semuanya tetap akan tidak akan berjaya kerana akan masih ada sifat-sifat mulia baginda yang tak akan dapat disampaikan oleh manusia. Bulan lepas telah dibincangkan berkaitan solat malam N...