Posts

Showing posts with the label Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim

Bersedia Untuk Dihitung (2) – Tanyalah Ustaz 06.06.13

Image
Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Al-‘Araf, ayat 179-180: Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang berusaha mencari ilmu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah mudahkan baginya jalan untuk masuk syurga”. Ayat yang dibaca menjelaskan bahawa mereka yang lalai – jin dan manusia – akan dimasukkan ke dalam neraka. Oleh itu, kita perlu jauh daripada termasuk dalam golongan yang rugi seperti ini. Allah menyeru kita agar saling memperingati kerana ianya akan membawa manfaat yang baik kepada orang yang beriman. Senarai soalan dan jawapan S: Ada orang suka buka aib suami-isteri di laman sosial. Mohon ulasan ustaz? J: Nabi SAW sangat tidak suka perkara sebegini. Bahkan, Allah sendiri suka menutup aib. Kita perlu tutup aib bukan sekadar daripada ahli keluarga, tetapi juga aib jirabn sahabat dan sesiapa sahaja. Ada beberapa tempat di mana aib dibenarkan untuk diceritakan iaitu doktor, hakim, peguam demi menda...

Bersedia Untuk Dihitung (1) - Tanyalah Ustaz 05.06.2013

Image
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim Surah Al-Isra’, ayat 34-38 Alhamdulillah diizinkan bertemu dalam majlis ilmu yang paling diminati ramai – Tanyalah Ustaz. Sebenarnya tuan-puan sudah menjadikan rumah sebagai “Raudhah” dengan hanya membuka rancangan ini. Tajuk hari ini agak berat kerana kita semua ingin melihat apakah amalan kita yang akan dihitung di akhirat nanti. Dalam ayat yang dibacakan ini, Allah menerangkan secara umum tentang perkara yang akan Allah hitung. Kita tidak sangka bahawa setiap langkah yang kita ambil – sama ada baik atau tidak – semuanya akan dihitung. Dalam ayat 34 – Allah berpesan agar kita tidak makan harta anak yatim. Nabi SAW bersabda yang baginda akan berada dekat dengan orang yang membela nasib anak yatim. Dalam ayat seterusnya, Allah berpesan agar kita terutamanya peniaga tidak menipu dalam timbangan mereka. Ini sebenarnya juga sebagai simbolik agar kita menjaga hubungan baik dengan manusia. Biasanya ramai yang boleh menjaga hubungan b...

Lambaian Kaabah (2) - Tanyalah Ustaz 14.03.2013

Image
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Ali-Fiil: Pesan ustaz bagi mereka yang ingin menunaikan umrah dalam masa terdekat iaitu: Bawa ubat lelah jika lelah kerana Mekah sangat berdebu sekarang ini Minum air zam-zam banyak-banyak Jangan beli makanan di tepi jalan kerana dikhuatiri tidak bersih dan boleh menyebabkan cirit-birit dan menjejaskan kesihatan untuk beribadah.  Dalam surah ini, Allah menceritakan kisah gajah Abrahah yang ingin mengancurkan Kaabah. Dikatakan gajah itu besar saiznya sehingga 2 kali ganda pohon tamar. Allah tidak izinkan perkara itu berlaku dan Allah hantar burung Ababil yang kecil sahaja untuk menghancurkan mereka. Burung ini membawa batu yang kecil sahaja, lebih kurang seinci saiznya. Apabila terkena balingan batu ini, tentera Abrahah terus jatuh berkecai kecuali Abrahah sendiri.  Batu yang mengenai Abrahah menembusi  keluar ke belakang badannya dan menjadikan badannya berlubang-lubang. Tenteranya...

Lambaian Kaabah (1) - Tanyalah Ustaz 13.03.2013

Image
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan ayat 96-97, surah Ali-Imran Daripada ayat ini dijelaskan bahawa Kaabah merupakan tempat ibadat pertama untuk umat Islam. Oleh itu, amatlah penting untuk kita berusaha pergi ke sana. Tempat ini juga adalah tempat yang boleh memberi hidayah, dan oleh kerana itulah ramai yang berubah menjadi lebih baik selepas menziarahi Mekah Al-Mukarramah. Dalam satu hadis, Nabi SAW menyebut bahawa diturunkan 120 rahmat di Kaabah. Rahmat ini dibahagikan kepada: 60 rahmat untuk orang yang tawaf. Oleh itu, disunatkan untuk memperbanyakkan tawaf dan bukan memperbanyakkan solat sunat seperti di masjid lain. 40 rahmat untuk mereka yang solat dalam kawasan Masjidil Haram. Oleh itu, jika tak sempat tawaf, kita banyakkan solat sunat. 20 rahmat lagi untuk mereka yang melihat Kaabah. Ada khilaf ulama dalam hal ini adalah melihat Kaabah secara langsung sahaja atau melalui gambar/TV juga. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang anta...

Mencari Hidayah (2) - Tanyalah Ustaz 07.02.2013

Image
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Ali-Imran, ayat 1-4: Untuk mencari hidayah, kita perlu mujahadah beramal kepada Allah muqotaah (memutuskan, menghentikan) perbuatan maksiat dan berdoa kepada Allah Ta’ala. Hasan Al-Basri berkata untuk mendapat hidayah, kita perlu berkawan dengan ulama’. Beliau juga berkata, “Sahabat-sahabat kami lebih mulia daripada isteri dan anak-anak kami”. Kenapa beliau berkata begitu? Kerana keluarga akan mengingatkan kami untuk mencari harta yang lebih, tetapi rakan yang baik akan mengingatkan untuk menambah amalan kebaikan. Senarai soalan dan jawapan S: Adakah umat Muhammad SAW masih mendapat hidayah, sedangkan iblis sudah berjanji akan menyesatkan manusia? J: Memang, Allah SWT sudah menjelaskan bahawa iblis akan menyesatkan anak Adam. Pendindingnya Allah beri dalam ayat 200, surah Al-‘Araf: Allah suruh kita banyak beristighfar kepada-Nya apabila kita mula rasa terganggu dengan bisikan dan ajakan...

Mencari Hidayah (1) - Tanyalah Ustaz 06.02.2013

Image
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Al-Qasas, ayat 56-57: Alhamdulillah dapat bertemu dalam majlis untuk saling ingat-memperingati. Ayat yang dibacakan tadi menunjukkan jelas bahawa hidayah milik mutlak Allah. Tetapi hidayah boleh dicari jika kena caranya. Nabi Muhammad SAW sangat sedih kerana bapa saudaranya, Abu Talib, tidak masuk Islam walaupun bapanya itu sangat mengasihi dan menjaganya. Oleh sebab itu, diturunkan ayat 56, di mana Allah nyatakan bahawa Nabi SAW tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang dikasihnya. Hidayah juga boleh ditarik balik seandainya kita tidak menjaganya dengan baik. Dalam ayat 57 pula, Allah mengingatkan agar kita tidak menjadi seperti orang kafir Quraisy yang tidak mahu menerima Islam kerana takut kehilang harta-benda dan takut Islam menyusahkan kehidupan mereka dengan peraturan-peraturannya. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hidayah? J: Imam Ghazali r.a. memb...

Anak Tak Sah Taraf (2) – Tanyalah Ustaz 27.12.2012

Image
Anak Tak Sah Taraf (2) – Tanyalah Ustaz 27.12.2012 Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan ayat 2-4, surah An-Nur: Alhamdulillah kita saling ingat-mengingati kepada jalan Allah. Hukuman hudud bagi orang berzina adalah sangat berat. Hukuman ini jika dapat dijalankan, tanpa rasa belas kasihan, pasti tidak akan ada lagi kes zina, In sha Allah. Siapa yang menjaminnya? Allah SWT yang menjaminnya. Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana nak tahu anak dalam kandungan itu sah taraf atau tak? J: Pada zaman dahulu, jika sepasang teruna dan dara ditangkap khalwat, mereka akan dipaksa kahwin pada malam yang sama. Perbuatan ini bagus sebenarnya, kerana katakan wanita telah hamil selama 2 bulan sebelum bernikah. Maknanya anak itu akan berada dalam perut ibunya yang telah berkahwin selama 7 bulan (lebih daripada 6 bulan), dan anak itu menjadi sah tarafnya. Jika anak itu berada dalam perut ibunya yang berkahwin kurang daripada 6 bulan, dia menjadi tidak ...

Anak Tak Sah Taraf (1) - Tanyalah Ustaz 26.12.2012

Image
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan ayat 32-35, surah Al-Isra’: Alhamdulilah kita diberi izin untuk bertemu dan saling ingat-memperingati. Mengikut perangkaan JPN, hampir 170,000 anak tanpa bapa yang sah dilahirkan. Oleh sebab itu, Allah larang kita, keluarga, dan anak-anak daripada mendekati zina. Allah larang supaya tidak mendekati zina sekalipun. Perkara-perkara seperti arak, dadah dan seumpamanya juga boleh membawa kepada zina, dan perlu juga dijauhi. Zina juga boleh membawa kepada pembunuhan, bila mana ibu yang melahirkan anak tak sah taraf menghadapai tekanan emosi dan akhirnya berlaku banyak kes pembuangan bayi yang menyayat hati. Selain itu, ada kemungkinan ibu yang melahirkan anak tak sah taraf terjebak dengan pelacuran untuk mencari nafkah bagi membesarkan anaknya pula. Senarai soalan dan jawapan: S: Siapakah anak tak sah taraf? J: Ianya hasil daripada anak zina, rogol, perkahwinan yang tak sah atau teknologi moden yang memasukk...