Mencari Hidayah (1) - Tanyalah Ustaz 06.02.2013


Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim


Bacaan surah Al-Qasas, ayat 56-57:

Alhamdulillah dapat bertemu dalam majlis untuk saling ingat-memperingati.

Ayat yang dibacakan tadi menunjukkan jelas bahawa hidayah milik mutlak Allah. Tetapi hidayah boleh dicari jika kena caranya. Nabi Muhammad SAW sangat sedih kerana bapa saudaranya, Abu Talib, tidak masuk Islam walaupun bapanya itu sangat mengasihi dan menjaganya. Oleh sebab itu, diturunkan ayat 56, di mana Allah nyatakan bahawa Nabi SAW tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang dikasihnya. Hidayah juga boleh ditarik balik seandainya kita tidak menjaganya dengan baik. Dalam ayat 57 pula, Allah mengingatkan agar kita tidak menjadi seperti orang kafir Quraisy yang tidak mahu menerima Islam kerana takut kehilang harta-benda dan takut Islam menyusahkan kehidupan mereka dengan peraturan-peraturannya.

Senarai soalan dan jawapan:

S: Apakah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hidayah?
J: Imam Ghazali r.a. memberikan beberapa garis panduan iaitu:
1. Banyakkan berdoa – ini merupakan asas yang paling penting. Inilah pesan Allah SWT agar Nabi SAW memberitahu kepada kita bahawa Allah itu dekat dan Allah mengkabulkan doa hamba-hambanya. Oleh itu, amalkan doa berikut:

Maksudnya, “Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon kepadaMu hidayah daripada-Mu, dan kekal dengan ketaqwaan, dan suci daripada maksiat, dan kesenangan di dunia dan akhirat”.

Nabi SAW mengajar agar kita meminta kesenangan di dunia dan akhirat. (p/s: Maklumat lanjut tentang doa ada saya jumpa di sini)

2. Perlu mujahadah iaitu dengan memperbaharui niat untuk mendapat hidayah setiap masa.
3. Menunaikan suruhan dan meninggalkan larangan Allah SWT.

S: Ada orang kata untuk dapat hidayah, perlu istiqamah. Mohon ustaz jelaskan.
J: Betul. Antara yang perlu dilakukan ialah membaca Al-Quran. Kita perlu baca setiap hari, bukannya setahun sekali sahaja. Inilah satu bentuk mujahadah – berterusan melakukan ibadah yang Allah suka. Begitu juga dengan amalan lain yang wajib dan yang sunat. Kedua, perlu putuskan hubungan dengan segala perkara maksiat.

S: Bolehkah seseorang dapat hidayah sedangkan dia masih berterusan buat dosa?
J: Secara umumnya, Allah tidak beri hidayah kepada orang yang tak bersungguh-sungguh dan pada orang yang berterusan melakukan maksiat pada Allah, kecuali kepada mereka yang bertaubat kepada Allah dengan taubat Nasuha.

S: Adakah benar orang yang tidak mengenali Allah tidak akan mendapat hidayah?
J: Benar, buktinya, dalam surah Al-‘Araf, ayat 180:

Allah ada 99 nama. Contohnya: Ar-Rahman iaitu Maha Pengasih untuk semua makhluk. Ar-Rahim pula Yang Maha Penyayang dan khusus untuk orang Islam sahaja. Oleh itu, tak perlulah kita dengki dengan kelebihan yang Allah beri pada orang bukan Islam di dunia. Allah ingin menguji kita. Kadang-kadang Allah beri kekayaan, tapi Allah tak beri hidayah.

S: Apakah asas-asas terpenting untuk mendapat hidayah Allah?
J: Pertama: Taat kepada Allah, patuhi suruhan dan tinggalkan larangan. Kedua: taat kepada Rasulullah SAW. Dua ini pun sudah cukup jika betul-betul diamalkan.


Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)