"Kejarlah cahaya demi cahaya" - Pesanan kepada penuntuk ilmu


Habib Abdurrahman bin Ali Masyur bin Hafidz
Penyarah Pengajian Tinggi Darul Mustafa, Tarim, Yaman.


Istiqamahlah dalam menghadiri majlis ilmu. Di dalamnya ada banyak manfaat yang diberi Allah. Imam Ahmad ibnu Hambal, ketika janggutnya sudahpun memutih berjalan sambil membawa dakwat. Dia pun ditanya, Wahai Imam, kamu sudah tua tapi masih ingin mencari ilmu? Jawabnya, Aku akan masuk ke dalam kubur dengan membawa dakwat ini juga.

Perkara penting yang perlu diingati oleh penuntut ilmu, seperti yang dipesan oleh Habib Ali Al-Habsyi ialah jika ingin mendapatkan ilmu, perlukan kesungguhan, kerajinan dan meninggalkan kebiasaan yakni bersedia meninggalkan perkara yang menghiburkan. Semangat, rajin dan meninggalkan kebiasaan inilah 3 kunci utama pencari ilmu.

Kemudian, jika ingin supaya tak lupa ilmu yang dipelajari perlu banyak mengulang-ulang ilmu itu. Keldai, kalau diajar berkali-kali pun akan pandai, apatah lagi manusia. Lagi satu adab yang perlu dijaga ialah jangan sesekali merasa bosan atau mengambil remeh ilmu yang diulang-ulang dengarkan kepada kita. Salah satu aib pelajar ialah perasaan bosan. Pelajar tak boleh bosan, sama ada untuk menghadiri kelas atau mendengar perkara yang pernah didengari.

Itu ilmu cahaya. Kali pertama mendengar ilmu, seseorang itu akan diberi cahaya yang ada pada ilmu itu. Kali kedua mendengar, dia akan diberi cahaya yang melebihi cahaya kali pertama yang ada pada ilmu itu. Oleh itu, dengan diulang berkali-kali, maka akan lebih banyak cahaya ilmu yang menyerap masuk ke dalam hati seseorang itu. Oleh itu, tidak boleh menganggap sesuatu ilmu itu remeh.

p/s: Petikan daripada tausiyah pendek di Surau Nur-Shafie, USJ 1, Subang Jaya, 17.02.2013

Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)