Tafsir ayat 18 dan 19, surah Ali-Imran, MTDM 22.02.2013MTDM 22.02.2013


Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid
Tafsir ayat 18-19, surah Ali-Imran, MTDM


Perbahasan ayat 18:

Kesaksian Allah kepada Zat-Nya – dimulakan dengan diri-Nya sendiri, yakni  Ketuhanan Allah tidak bergantung kepada penerimaan makhluk kepada Allah sebagai Tuhan. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, baginda mengaku kerasulan dirinya terlebih dahulu, barulah orang lain mengakui kenabian baginda. Musailamah bin Kadzab mendapat gelaran Nabi kerana diberi oleh kaumnya, kemudian barulah dirinya sendiri pula menerima gelaran itu.

Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW mengaku Nabi dan  mampu mendatangkan mukjizat sebagai bukti. Nabi SAW dicabar untuk oleh seorang Badawi untuk memanggil sebatang pokok dan beriman dengannya. Nabi SAW pun menyuruh Badawi itu memanggil pokok itu. Pokok itu mencabut akarnya dan datang mengaku syahadah kepada Rasul SAW. Kemudian pokok itu kembali ke tempat asalnya. Perlakuan pokok itu kembali semula ke tempatnya adalah sebagai bonus, kerana Badawi itu cuma meminta pokok itu datang kepada Nabi SAW :). Selain itu, Baginda juga boleh membanyakkan air yang sedikit. Baginda juga pernah membaiki mata orang yang sakit. Musailabah bin Kazzab pula gagal mendatangkan mukjizat sebagai bukti. Dia pernah diminta membanyakkan air di perigi, tetapi setelah diludahnya, air menjadi semakin surut. Begitu juga dengan orang sakit mata sebelah sahaja, setelah berjumpa Musailamat, kedua-duanya matanya menjadi sakit.

..dan malaikat-malaikat, serta orang-orang yang berilmu. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana.
Setelah Allah, malaikat, Allah letakkan orang yang berilmu. Ini menunjukkan ketinggian kedudukan orang yang berilmu (ulama). Mereka ialah orang yang paling takut daripada kalangan hambanya kepada Allah. Ulama takut kepada Allah berdasarkan ilmu yang dimilikinya. Jantung kepada ilmu ialah rasa takut kepada Allah. Nak tengok sejauh mana seseorang itu berilmu, tengok sejauh mana takutnya dia kepada Allah.

Perbahasan Ayat 19:

Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam…
Apabila diberi maklumat oleh orang yang ‘ahli’ dalam sesuatu bidang – contohnya apabila polis memberitahu jangan lalu MRR2 kerana jalan sesak, hanya orang yang ‘stupid’(jahil) saja yang tak nak percaya. Jadi dalam ayat ini, setelah Allah beritahu diri-Nya Tuhan, Malaikat pun bersaksi dengannya, orang berilmu pun sama – maka segala hukum-hakamnya pastilah juga benar. Hanya Islam yang diredhai Allah. Barangsiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima Allah. Firman Allah dalam surah Al-Kafirun, ayat terakhir:


Dalam ayat ini: ‘agama kamu’ merujuk kepada agama kaum Yahudi dan Kristian, dan menunjukkan bahawa adanya agama lain yang dinisbahkan kepada orang bukan Islam. Tetapi, agama yang Allah terima Allah  hanyalah Islam. Seorang Profesor dari Malaysia, Prof. Syed Naquib Al-Attas membahaskan bermuka-muka surat tentang perkataan ‘din’ ini. Ada beberapa makna:

  • Kembali – kembali kepada Allah
  • Hutang (dain) – hutang budi kepada Allah - > Allah yang mewujudkan kita, jadi kita ‘berhutang’ pada Allah dan perlu ‘membayarnya’.
  • Hari pembalasan – Hari kiamat
Apa itu Islam? Islam ialah nama agama yang diberi kepada ajaran yang dibawa Nabi SAW, dan tidak diberi kepada agama yang dibawa oleh Nabi-nabi sebelum ini. Kalimat Muslim telah wujud sebelum ini disebut tentang nama Islam. Kaum Yahudi dan Nasrani menyandarkan agama mereka kepada Nabi mereka, tetpai kita tak pernah kata kita beragama Muhamadiyyun. Allah beri nama agama ini Islam kerana tiada lagi Nabi selepas Nabi SAW. Walaupun sifatnya ada pada agama sebelum ini, tapi gelaran itu diberi kepada agama yang dibawa Nabi SAW.

Islam ertinya:
  1. Taat dan patuh
  2. 'Sin lam mim’ bererti selamat, damai untuk diri sendiri dan damai dengan orang sekeliling, makhluk sekeliling termasuk alam, haiwan. Ada beberapa contoh ayat dalam Al-Quran yang mengajar manusia berdamai dengan alam  dengan tidak melakukan kerosakan. Sesungguhnya Al-Quran bercakap tentang alam 14 abad yang lalu lagi. Betullah yang agama Islam ini merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.
  3. berserah diri - Hakikat kembali kepada yang menurunkan Islam iaitu Allah kepada yang menerima Nabi Muhammad SAW. Maka kena patuh pada kedua-dua baru lengkap.
Agama Islam memang agama yang membawa kedamaian – damai kepada diri sendiri dengan tidak melakukan dosa dan kezaliman kepada diri, damai kepada orang lain dengan tidak melakukan kejahatan, damai dengan alam dengan tidak melakukan kerosakan dan damai dengan Allah, dengan tidak melakukan kemungkaran kepada Allah.

Semua di atas adalah makna menurut bahasa. Secara hakikatnya, agama Islam ini perlu dikembalikan kepada siapa yang menurunkan dan siapa yang menerima agama ini sendiri. Oleh itu, Islam ialah wahyu yang Allah turunkan dan diterima Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada kita. Oleh itu, tidaklah seseorang itu Islam jika dia sekadar berserah diri tetapi tidak mengikut ajaran Rasulullah SAW. Makna seorang Islam tidak cuma pada bahasa, tapi mesti mengikut makna syar’inya juga.

..Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan Kitab itu tidak berselisih melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya, semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka..
Ayat ini, walaupun ditujukan kepada Ahlul Kitab, iaitu mereka yang menerima kitab yang bertulis. Al-Quran juga merupakan kitab bacaan (qiraah) dan tulisan. Orang yang berselisih faham kerana tak punya ilmu adalah biasa tetapi apa yang berlaku ialah mereka berselisih faham setelah mendapat  ilmu. Di sini dinyatakan ‘ilmu’, dan tidak setelah turunnya kitab. Mengapa? Ada beberapa cara untuk mengetahui sesuatu, iaitu:
  • berdasarkan sangkaan -> tak pasti dan syak, tanpa bukti.
  • berasarkan ilmu –> maka benar, jelas dan dengan bukti.
Ahlul kitab berselisih setelah datang ilmu yang benar tentang kenabian Rasulullah SAW. Segala maklumat tentang kenabian Nabi Muhammad SAW telah diberikan di dalam kitab-kitab mereka, tetapi mereka tetap menolak. Apa yang menghalang mereka mempercayainya? Itulah hawa nafsu -> Inilah yang dimaksudkan dengan orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan mereka. Mereka tahu akan kebenaran tetapi mereka ini jugaah yang memutar-belitkan ilmu dan menidakkan kebenaran. Inilah yang ulama Kristian dan Yahudi lakukan. Mereka mengubah tafsir .Ilmu itu akan datang kepada ulama, apabila ulama menukar ilmu yang benar, maka semua yang lain akan mengikut kepada yang tidak benar.

.., dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.
Ayat ini sebagai amaran kepada ulama Yahudi dan Nasrani yang hisab Allah menanti perbuatan mereka yang menukar ayat-ayat Allah.

Akan bersambung minggu seterusnya, In sha Allah. Oleh itu, pengajarannya untuk kali ini ialah dalam menyampaikan ilmu, perlu berhati-hati agar tidak menyampaikan sesuatu yang menurut hawa-nafsu sendiri. Jangan berasa diri sendiri sahaja yang benar. Imam Ghazali berkata ada 2 golongan yang penting iaitu ulama’ dan umara’. Jika baik kedua-duanya, makan baiklah seluruh masyarakat.

Semoga Allah menjaga kita dengan ilmu yang diberikan agar tak tertipu dengan hawa nafsu. Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi dibimbing oleh Allah Ta’ala dan kita menyedari dan berani untuk mengakui kesilapan dan menarik balik ilmu tidak betul yang kita sampaikan.


Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)