Wanita Dominan (1) - Tanyalah Ustaz 02.07.2012
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Alhamdulillah, semoga pertemuan kita mendapat rahmat dari Allah SWT. Wanita dalam Islam adalah sebagai peneman kepada kaum lelaki dan dominan pula bermaksud menonjol dalam sesuatu bidang yang diceburi. Memang kita lihat ramai wanita lebih menonjol daripada kaum lelaki dalam banyak bidang. Saya ingin membacakan satu surah yang amat elok diamalkan oleh kaum wanita: Bacaan surah Al-Inshirah, ayat 1-8: Cara membaca: Baca dengan mengangkat kedua tangan ke dada (seperti berdoa). Setelah baca ayat pertama, tiupkan pada tangan dan sapukan ke dada – semoga Allah melapangkan dada kita juga sepertimana dilapangkan dada Rasul SAW. Setelah bacaan ayat kedua, tiup pada tangan dan sapu pada bahu – semoga Allah meringankan beban di bahu kita sepertimana diringankan beban di bahu Rasulullah SAW. Kadang-kadang kita ada banyak masalah, jangan percaya yang kita boleh menyelesaikannya sendiri kerana itu memasukkan kita dalam golongan orang yang sombong. Or...