Posts

Showing posts with the label #mtdm

Tahan Marah, Maafkan dan Berbuat Ehsan - MTDM 21.08.2015 (Bah. 2 & 3)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin  Bab Tentang Santun, Sabar dan Ramah-Tamah, m/s 326 Hadis 1-5 Hadis-hadis ini bercerita tentang kesantunan, tenang dan tidak tergesa-gesa atau gopoh. Dan ini adalah sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang. Seseorang takkan sampai kepada tahap kesantunan kecuali mampu mengawal emosi dan marahnya Firman Allah, “Orang-orang yang menahan marah, dan memaafkan orang lain, berbuat ehsan pada orang yang menzalimi kamu. Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang berlaku ehsan.” Dalam ayat ini diletakkan menahan marah dahulu, kerana orang yang tak mampu tahan marah takkan mampu untuk memaafkan. Bila sudah mampu menahan marah, Allah ajak naik tinggi sikit dengan memaafkan orang lain. Bila sudah mampu memaafkan, Allah سبحانه و تعالى menawarkan na...

Permudahkan dan Berlemah-lembut - MTDM 28.08.2015 (Bah. 2 & 3 Hadis dan Sirah)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid* Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin Bab Tentang Santun, Sabar dan Ramah-Tamah, m/s 328 Hadis 6-11 Bab berlemah-lembut, tidak kasar baik melalui perkataan atau perbuatan. Antara konsep yang diambil baginda Rasulullah ﷺ ialah suka mengambil yang mudah selagi yang mudah itu tidak bercanggah dengan agama. Baginda melarang seseorang mengambil yang susah sedangkan ada pilihan yang mudah. Salah seorang isteri baginda, Saidatuna Zainab solat dengan bergantung pada tali kerana tidak mampu berdiri lama. Setelah Nabi ﷺ memgetahuinya, baginda menuuruh lepaskan tali dan solat duduk. Ini adalah mengambil yang mudah tapi bukan memudah-mudahkan. “Allah berkehendak untuk kamu kemudahan dan Allah tidak mahu menjadikan kesulitan kepada kamu.” Allah pun inginkan k...

Maulid Pembukaan MTDM 07082015 - Dakwah Dengan Kasih-Sayang & Keselamatan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza - Maulid Pembukaan 07082015 Tausiyah 1: Syeikh Ismail  Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al-Jauhari //Maaf, untuk tausiyah ini, kebanyakannya ringkasan sahaja kerana rakaman asal hilang dan juga tiada di Youtube MTDM untuk rujukan.  //Ucapan pembukaan Nama saya Ismail dari China, dan inilah sebuah peluang yang baik untuk kita semua الحمد لله رب العلمي, ini adalah sebuah peluang menghadiri majlis yang penuh mahabbah untuk berkenalan. Dulu di Tarim saya berkesempatan menghadiri majlis sebegini di Tarim bersama Habib Umar bin Hafiz. Saya juga الحمد لله رب العلمين, sempat belajari di bumi Damascus dan sempat belajar dengan ayahanda Syeikh Muhammad Soleh bin Abdul Latif Al-Hassani - dan sempat duduk dalam majlis seperti ini. Tahniah buat rakyat Malaysia yang dapat duduk dalam majlis sebegini, yang keadaan kami sangat berbeza di ...

Sifat Tawadhuk & Beriman Kepada Rasul - MTDM 20.03.2015 (Bhgn. 2&3)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 20.03.2015 Habib Naqjmudin Othman Al-Khered Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin Bab 71: Tawadhuk dan Merendah Diri Sesama Mukmin Hadis 3:   Tawadhuk itu adalah apabila kamu mulia, tapi kamu tak merasa dirimu mulia di hadapan orang lain, dan tidak pula menuntut untuk dimuliakan. Kalau begitu, tiada contoh insan yang lebih tawadhuk dari Nabi ﷺ. Bahkan kedudukan Nabi ﷺ  itu jelas kemuliannya, tetapi baginda tak mahu dimuliakan, dan baginda tidak merasa hina dengan melakukan perkara yang biasa yang juga dilakukan oleh orang biasa. Sayyidina Anas bin Malik berkhidmat dengan Rasulullah ﷺ tetapi baginda tak pernah cakap 'uff' padanya. Nabi ﷺ  tak cakap begitu walau kepada khadamnya. Kalimat ‘uff’ ialah kalimat paling halus untuk menyinggung. Baginda tak persoalkan jika Anas buat silap. Bahkan Anas sendiri rasa tak pasti siapa yang berkhidmat...

Saksi amal kita, larangan minum arak - MTDM 20.03.2015 (Bhgn. 1)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 20.03.2015 Habib Naqjmudin Othman Al-Khered Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 41-43 Ayat 41:   Siapa saksi yang dimaksudkan? Para Rasul kepada umat masing-masing. Mereka akan menjadi saksi kekufuran setiap umat mereka. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abdullah bin Mas'ud, dia minta diperdengarkan Al-Quran oleh baginda Rasulullah ﷺ. Abdullah pun berkata, "Bagaimana boleh aku membaca kepadamu sedangkan Al-Quran itu diturunkan kpdmu." Jawapan itu bukan menunjukkan keingkaran tetapi menunjukkan tawadhuknya beliau. Dari sini menjadi sunnah juga untuk mendengar bacaan Al-Quran. Oleh sebab itu dengan teknologi hari ini, kita juga boleh mendengar bacaan Al-Quran daripada kaset/CD/rakaman. Nabi saw juga suka mendengar bacaan Al-Quran Abu Ayyub Al-Ashaari kerana suaranya yang merdu. Sayyidina Abdullah pun membacakan surah An-Nisa sehingga sampai ...