Tahan Marah, Maafkan dan Berbuat Ehsan - MTDM 21.08.2015 (Bah. 2 & 3)

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 

Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.08.2015

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin 
Bab Tentang Santun, Sabar dan Ramah-Tamah, m/s 326
Hadis 1-5


Hadis-hadis ini bercerita tentang kesantunan, tenang dan tidak tergesa-gesa atau gopoh. Dan ini adalah sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang. Seseorang takkan sampai kepada tahap kesantunan kecuali mampu mengawal emosi dan marahnya

Firman Allah, “Orang-orang yang menahan marah, dan memaafkan orang lain, berbuat ehsan pada orang yang menzalimi kamu. Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang berlaku ehsan.”

Dalam ayat ini diletakkan menahan marah dahulu, kerana orang yang tak mampu tahan marah takkan mampu untuk memaafkan. Bila sudah mampu menahan marah, Allah ajak naik tinggi sikit dengan memaafkan orang lain. Bila sudah mampu memaafkan, Allah سبحانه و تعالى menawarkan naik lagi iaitu ‘tunjukkan ehsan kepada orang yang kamu marah padanya’, yakni mulakan berlaku ehsan. Balasan orang yang berbuat ehsan ialah ehsan kepada Allah سبحانه و تعالى. Jangan tanya berapa besar ehsan daripada Allah سبحانه و تعالى.

Allah suruh ambil sifat maaf. Apa maksudnya? Kena ada usaha daripada diri kita. Jadi, maaf ialah satu sifat yang kita kena berusaha mengambilnya. Jangan tunggu maaf itu datang sendiri. Paksa diri ambil (beri) maaf walaupun geram, sakit hati. Ketika ayat ini turun, Rasulullah ﷺ tanya apa maksudnya ‘ambil maaf’ pada Jibril. Jibril pun naik semula untuk bertanya Allah سبحانه و تعالى. Maksudnya adalah seperti berikut:

  1. Maafkan orang yang zalim pada mu
  2. Beri pada orang yang tak beri kepada kamu
  3. Sambung silaturrahim pada orang yang putuskan silaturrahim denganmu

Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril m/s 43
Mukjizat Rasulullah ﷺ

Semua mukjizat yang diberi kepada nabi-nabi lain akan diberi juga kepada Rasulullah ﷺ bahkan dalam bentuk yang lebih hebat lagi. Contohnya akan diberikan pada kelas berikutnya, InshaAllah. 

Mukjizat teragung yang kekal hingga hari ialah Al-Quran 

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam. 



Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)