Kemuliaan Rasulullah ﷺ Menebar Kasih Sayang ke Seluruh Alam

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 

Ustazah Aliyah Fuad Al-Musawa
Kuliah Khas Muslimat 29.08.2015



Nabi ﷺ diutus sebagai rahmat kepada sekalian alam - Baginda ucap ini ketika diberi ujian dikota Taif - saat dilempar batu, saat terluka, dan berjalan dengan susah-payah. Saat itu juga, malaikat Gunung Uhud datang dan bertanya - “ Ya Rasulullah ﷺ, jika kau inginkan, aku akan hempap mereka dengan Gunung Uhud.” Namun, Rasulullah ﷺ kata, “Jangan - aku diutus sebagai rahmat kepada semua makhluk.” Inilah akhlak Rasulullah ﷺ - menyebar agama dengan kasih-sayang

Jadi tidak benar dakwaan orang kafir bahawa Islam ini agama ‘terrorist’, sedangkan Rasulullah ﷺ tidak izinkan pun penduduk Taif dihempap dan disakiti gunung Uhud. Dalam perang pun, Rasulullah ﷺ masih berlemah-lembut. Hanya orang kafir yang memerangi Islam saja yang oleh dibunuh.

Rasulullah ﷺ tidak mewariskan sifat amarah, iri atau apa saja penyakit hati. Baginda mewariskan kasih-sayang, oleh itu kita kena jadi umat yang penuh cinta dan kasih-sayang. Dulu, tampak sangat jelas bila orang kafir Quraisy masuk Islam kerana akhlak mereka akan berubah 180 darjah sehingga jelas kelihatan walaupun mereka menyembunyikkan. Mereka berubah menjadi suka menolong orang - contohnya Sayyidina Umar - sebelum dia Islam, orang tidak berani pun untuk bercakap dengannya, tapi selepas Islam, beliau jadi sangat sabar.

Diceritakan suatu hari pembantu Sayyidina Umar tertumpahkan air panas kepada anak beliau. Pembantu itu pun ketakutan, dan membaca ayat Al-Quran yang maksduya, “Sebaik-baik manusia ialah yang memaafkan.” Mendengarkan, Sayyidina itu pun memaafkan dia. Kemudian dia baca lagi, “Sebaik-baik manusia ialah yang membebaskan hambanya.” Lalu dia pun dibebaskan oleh Sayyidina Umar selepas itu. 

Ketika kita mengaku menjadi muslim, maka kita perlu mengikut kepada akhlak Rasulullah ﷺ, tapi hakikatnya kita ini suka marah, suka mencaci dll, jadi bagaimana untuk kita bertemu dengan Rasulullah ﷺ nanti? :(

Dua hal yang tidak dapat ditandingi kemualiaannya ialah:
1. Iman
2. menjadikan diri bermanfaat kepada orang lain

Ketika kita mengaku sebagai umat Nabi ﷺ - adakah kita telah jadikan diri ini bermanfaat kepada orang lain? Bermanfaat kepada orang sekeliling? Atau adakah kita menjadi mudarat kepada orang sekeliling. Tanya diri dlalam bentuk apa pun yang kita bisa(boleh) bantu orang lain? Mungkin dalam betuk material, tenaga, nasihat atau apa saja?

Hari ni wujud kekeliruan dalam pemikiran orang: Bila orang suka minta tolong padanya, terdetik dalam hati - “Kenapa aku ini suka digunakan oleh orang lain?” Kenapa wujud persoalan ini  sedangkan Rasulullah ﷺ memang suruh kita agar menjadi manfaat kepada orang lain.

Kalau orang ramai datang kepada kita, itu tandanya Allah pilih kita untuk bantu mereka. Kita cuba bantu ikut kemampuan kita - mungkin kita bantu jiran dalam keperluan atau bantu dengar masalah rakan, atau kita bantu dari segi material dsb.

Kalau zaman Nabi ﷺ dulu, orang sedekah sebiji kurma pun boleh bawa ganjaran yang besar.

Cinta kepada Rasulullah ﷺ itu sangat luas sekali. Ketika para Nabi lain ingin jadi umat Nabi Muhammad ﷺ, kita tanpa minta, diberi Allah سبحانه و تعالى untuk menjadi umat Nabi Muhammad ﷺ. Betapa beruntungnya kita. الحمد لله رب العلمين. Adalah menjadi satu kekeliruan apabila kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ tapi kita tak mahu ikut ajaran Nabi Muhammad ﷺ :(

Inilah warisan Rasulullah ﷺ: cinta dan kasih-sayang. Rasulullah ﷺ diutus untuk itu. Dalam setiap kehdidupan kita diuji, tapi jjika kita kembali kepada cara Rasulullah ﷺ, akan selesai segala masalah kita. 

Maka yang penting, hati kita kena bergantung pada Allah سبحانه و تعالى  dan Rasulullah ﷺ. 
Jadi kita akan dapat kekuatan yang kita tak tahu datang dari mana. Jangan bergantung pada suami atau orang tua, lepaskan itu semua, dan bergantunglah hanya pada Allah سبحانه و تعالى. 

Allah Maha segala-galanya, bila kita letak Allah dalam hati, maka hati akan jadi pemurah, penuh kasih sayang kerana Yang Maha Besar ada di dalamnya. Hati boleh jadi sempit bila kita sempitkannya. Tapi akan jadi luas jika kita meluaskannya.Yang sempit atau luas itu kita sendiri yang tentukan.

Bila hati sempit, kita akan pening fikirkan masalah yang ada, contohnya jika ada orang tak suka dengan kita, buat apa pening-pening sedangkan Rasulullah ﷺ ajar untuk kita senyum. Ini kerana pastinya hanya dengan izin Allah orang itu jadi tak suka pada kita. Jadi, mungkin ada pelajaran yang  Allah ingin beri pada kita atau mungin Allah ingin beri kita pahala yang banyak tanpa buat susah-payah buat apa-apa. Oleh sebab itu,  bila ada orang tidak suka kita, jangan marah sebaliknya kita beri dia hadiah sebab kerana dia kita dapat pahala percuma.

Rasulullah ﷺ sendiri selalu buat begitu - ketika disakiti orang, beliau bawakan hadiah atau makanan untuk orang itu sampai lama-lama orang yang buat jahat itu malu sendiri. jadi, kita pun tak perlu pening-pening fikirkan masalah, tak perlu ‘stress’, itu hanya akan buat syaitan senang.

Rasulullah ﷺ pesan, “Jangan marah”. Marah dalam hal tak berkaitan dengan agama tidak dibenarkan Rasulullah ﷺ kerana kita sudah termasuk perangkapnya syaitan. Senyum saja dan ingat bahwa Allah beri peluang untuk kita dapat ganjaran tanpa perlu buat apa-apa.

Kita kena ubah ‘mindset’ - lihat positif pada apa jua keadaan. Kalau kita negatif, orang yang datang dengan niat baik pun jadi terkesan menjadi negatif.

Mudah sebenarnya untuk jadi orang islam kerana kita sentiasa letak Allah dalam hati.
Boleh cinta kepada anak, suami, tapi jangan mereka letak dalam hati,kerana itu semua tak kekal. Jika suatu hari mereka hilang, kita akan ‘lost’ juga tapi kalau kita bergantung pada Allah, Allah sentiasa ada. Bila-bila pun, di tempat seperti apa pun, Allah ada. Bila kita meninggal pun, tiada yang ikut kecuali amal kita.

Akhlak Rasulullah ﷺ juga merupakan warisan yang kita perlu ambil, sebelum ini kita cuma tahu yang  ilmu itu warisan Rasulullah ﷺ.

Allah سبحانه و تعالى suka bila kita meminta pada-Nya, dan Allah suka bila meminta banyak-banyak. Berbeza dengan manusia, kalau ada orang datang minta sekali, kemudian dia datang lagi, maka manusia akan mula rasa rimas, sedangkan yang buat dia datang ialah Allah سبحانه و تعالى.
Kita perlu sedar bahawa ada kalanya kita cuma perantara. Allah beri pada kita untuk kita beri pada orang sekitar kita pula, bukan untuk peribadi kita semuanya. Oleh itu, jika ada orang perlukan bantuan, kita bantu semampunya, kerana di situ ada kemuliaan yang Allah ingin beri pad kita. Rasulullah ﷺ sudah berpesan supaya jangan takut miskin dengan sedekah kerana Allah dah sediakan ganti berpuluh kali ganda.

Jika kita rasa kesusahan - tanya diri balik, adakah kita sudah bersedekah? Adakah kita sudah beri hak pada orang lain? Jangan buruk sangka pada Allah - jangan ada rasa iri hati bila lihat orang yang tidak taat mendapat banyak nikmat. Kita kena ingat adanya konsep istidraj, iaitu Allah beri banyak-sebelum sebelum mereka dihukum, seumpama haiwan korban, akan diberi makan banyak-banyak sehingga gemuk, tetapi kemudiannay akan menjadi korban. Oleh itu, jangan iri hati dengan orang yang tak punya ibadah tapi diberi banyak nikmat. Kita perlu hati-hati. Jika ada doa kita yang tak diqabulkan atau lambat diqabulkan, ertinya Allah ingin kita lebih banyak berdoa lagi.  Jangan takut untuk meminta kerana Allah senang mendengarnya. Hanya manusia bosan bila orang banyak kali meminta.

Tapi kita jangan pula ingat Allah bila kita susah saja. Jangan bila susah baru nak bangun malam, nak solat dhuha, mengaji dsb. 

Anggap ujian itu sebagai hiburan. Para ulama - jika 3 hari tak dapat ujian, mereka rasa takut dan menangis. Apabila diuji maknanya Allah perhatikan dia, jadi bila tak diuji, maknanya mereka rasa tak diperhatikan lagi oleh Allah سبحانه و تعالى. Bila iman seseorang tinggi, ujian yang datang akan rasa manis seperti madu. Ujan boleh jadi pahit seperti jamu atau manis seperti madu, semuanya terpulang pada kita bagaimana menghadapinya.

Beliau, baginda Rasulullah ﷺ tidak marah bila diuji, tapi terima ujian sebagai tanda rahmat dari Allah - enjoy saja! Tak perlu stress. Tapi kita manusia biasa ada kalanya iman naik dan turun. Sebab itu kita perlu cari ubat untuk ‘recharge’ - yakni dengan menghadiri majlis-majlsi ilmu. Oleh sebab itu perbanyakkan hadir dalam majlis ilmu dan majlis zikir. Oleh tu bila rasa ‘down’ - pergi ‘hospital iman’ yakni majlis-majlis ilmu dan zikir. Beruntunglah jika kita buka pintu-pintu rumah kita untuk majlis ilmu. Jom jadikan rumah kita sebagai hospital iman.

Baca quran dalam rumah - jangan jadikan rumah seperti kubur. Walaupun bukan kita sendiri yang mengaji, ‘play’ CD/audio Quran pun tidak mengapa. Syaitan, jin memang selalu ada di rumah-rumah, oleh sebab itu, walaupun hanya Quran yang dipasang di radio, itu pun dapat bantu untuk buat suasana rumah lebih sejuk, tenang, sakinah. Sakinah itu yang menjadijan orang nyaman tinggal di dalam sesebuah rumah.

Kita minta Allah beri rumahtannga yang sakinah, mawaddah, iaitu dapat rasa nyaman/tenang bila berada di rumah. Tak perlu buat ‘black magic’ untuk suruh suami/anak-anak suka duduk di rumah - hanya baca Quran. Kalau kita bawa anak-anak kecil ke majlis yang didalamnya ada bacaan Quran pun, mereka akan jadi lebih tenang. Oleh sebab itu, jika rasa suami, anak tak suka duduk rumah, bacakan Quran atau ‘play’ pun boleh. Ini mudah saja untuk dilakukan :)

Cinta bukan untuk suami dan anak-anak saja tapi untuk seluruh umat - untuk siapa saja yang datang ke rumah .Jangan risau jika tak dapat jamu makanan sedap-sedap pada tetamu tapi hati yang ikhlas dengan cinta itu yang menjadikan hidangan itu sedap, biarpun cuma nasi dan garam. Makanan tak semestinya yang mahal baru sedap, tapi makanan yang dimasak dengan penuh cinta dan kasih sayang itulah yang sedap.

Untuk masak - ‘secret recipe’-nya ialah bacakan selawat sambil masak. alau anak tak mahu solat - mulakan dengan makanan mereka - baca selawat bila masak untuk mereka. Orang-orang Tarim buat apa pun dengan selawat - basuh pinggan pun sambil berselawat! Baca selawat saja bukanny baca yang susah-susah pun.

Molekul air akan berubah dengan apa yang dibacakan. Dalam masakan juga ada air, jadi bila kita baca, maka molekulnya akan berubah. Oleh itu baca selawat atau Fatihah sambil buat susu untuk anak-anak.

Cinta datang dari Allah bukan cinta yang dibuat-buat. Dalam Al-Quran Allah سبحانه و تعالى berfirman maksudnya, “Barangsiapa yang mencintai-Ku, ikutlah Rasulullah ﷺ.” Orang yang mencintai Rasulullah ﷺ akan diberi cinta orang-orang sekelilingnya. Jadi kita tak perlu susah payah buat orang lain cinta kepada kita. Kata ulama - untuk cari keredhaan mnausia itu adalah mustahil tapi bila kita cari redha Allah, Allah yang akan senangkan hati orang lain dengan kita.

Oleh sebab itu biasakan membaca Al-Quran dalam rumah

Cinta tanpa kasih-sayang takkan kekal. Kita nak cipta kasih-sayang dalam rumah kita. Baginda Rasulullah ﷺ tak simpan dendam dalam hatinya, baginda mudah memaafkan. Dan ini jadi pelajaran bagi kita. Jadi kita jangan suka ingat kesalahan suami apatah lagi yang 20 tahun lepas!Lupakan saja kesalahan suami - selesaikan dan lupakan terus.

Anak-anak perlu diajar untuk saling sayang-menyayangi. Kalau anak bergaduh, tanya mereka, “Nak ikut Rasulullah ﷺ, atau nak ikut syaitan. Kalau nak ikut syaitan beerti bukan anak mama.” Mendidik anak-anak sekarang, kita tak boleh keras-keras, perlu dididik dengan lembut.  Katakan pada mereka, “Nak ikut Rasulullah ﷺ tak? Kalau tak nak, nanti di akhrat nak ikut siapa? Kita nak berkawan dengan Rasulullah ﷺ atau dengan syaitan? Kalau bersama Rasulullah ﷺ tempatnya di syurga. Tapi kalau berkawan dengan syaitan, tempatnya di neraka. Kalau kita tegas sangat sudahnya mungkin kita yang bergaduh dengan anak.


Kenalkan anak-anak dengan Rasulullah ﷺ. Ajar mereka untuk senangkan hati Rasulullah ﷺ. Cuba tanya mereka setiap hari - “Hari ini apa yang kamu nak buat untuk senangkan hati Rasulullah ﷺ?” Nanti bila mereka dah buat, beri pujian . Tanya mereka soalan, “Kamu dah buat Rasulullah ﷺ senang hari ini? Nak buat apa untuk senangkan hati Rasulullah ﷺ hari ini?” Nanti  lama-lama mereka akan terbiasa buat tanpa disuruh. Ingatkan mereka untuk niatkan apa yang mereka lakukan untuk senangkan hati Rasulullah ﷺ. 

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Rakaman tidak dibenarkan, jadi saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam. 

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab