Bersedia 'perang' dengan ILMU - MTDM 24.10.2014
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد واله و صحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Bahagian 1 - Tafsir Al-Quran Video MTDM - Tafsir Surah Ali-Imran 196-200 Ayat 196: ‘Al-Ghurur’ – ertinya tipudaya, muslihat orang kafir. Perpindahan atau gerakan orang-orang kafir dalam hal-hal keduniaan menunjukkan bahawa mereka perantau ulung kerana semua tempat mereka sudah sampai. Tiada yang mampu buat sebegini kecuali dia punya semangat tinggi untuk berpindah – yakni orang itu punya semangat, matlamat dan kekuatan yang tinggi. Akan tetapi kekuatan, tenaga yang dikeluarkan hanya untuk keduniaan – Allah berkata bahawa itu adalah pencapaian yang menipu atau kejayaan yang tidak kekal dan kenikmatan yang sedikit saja. Maka Rasulullah ﷺ diseru agar tak terpedaya, kerana apa yang mereka usahakan hanya untuk dunia. Pencapaian mereka tinggi tapi tidak kekal. Ayat 197: Pencapaian mereka tinggi tapi tidak kekal (kesen...