Posts

Showing posts with the label Ustaz Mohd Amri Abdullah

Tarbiyah Halal (3) – Tanyalah Ustaz 12.05.2013

Image
Ustaz Mohd Amri Abdullah Hari ini sudah masuk 2 Rejab dan hari Ibu, tetapi hari ibu sepatutnya diraikan setiap hari. Jangan lupa mendoakan kebaikan di dunia dan akhirat untuk ibu-ibu kita. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa mencari makanan yang halal itu adalah kewajipan di atas kewajipan yang lain. Mereka yang hidup sebagai minoriti di negara bukan Islam sanggup bersusah-payah demi menjaga akidah dan mencari makanan yang halal. Oleh itu, kita di sini tidak boleh terlalu berbaik sangka dan perlu juga memeriksa dan mengambil tahu perihal halal/haram makanan dan minuman seharian. ‘Rennet’ ialah bahan yang digunakan untuk membuat keju dan berasal daripada usus haiwan. Oleh itu, cari keju yang ada logo halal sebelum membeli dan memakannya. Perbuatan menghalalkan yang haram, dan sebaliknya sewenang-wenangnya adalah salah dan pihak pengguna perlu memeriksa dengan pihak berwajib untuk mendapat kesahihan. Nabi SAW bersabda bahawa yang halal itu jela...

Tarbiyah Halal (1) – Tanyalah Ustaz 10.05.2013

Image
Ustaz Mohd Amri Abdullah Bacaan ayat 168-170, surah Al-Baqarah: Tarbiyah ialah proses pendidikan dan mengubah daripada apa yang salah kepada yang betul. “You are what you eat” - untuk melahirkan generasi yang hebat, ianya bergantung kepada apa yang kita makan. Oleh itu, jika memakan sesuatu boleh mendatangkan penyakit, ianya tidak menepati konsep toyyibah. Ibnu Abbas mengatakan bahawa tidak akan diterima solat orang yang makan daripada sumber yang haram. Doa seseorang juga akan ditangguhkan maqbulnya jika seseorang makan makanan tidak halal. Makanan haram juga akan memberi kesan kepada rohani seseorang. Kajian kami menunjukkan, antara punca orang mempunyai penyakit rohani ialah gaya pemakanan. Ramai orang hari ini yang ingin cepat saja dan makan makanan 'fast food'. Jika pasti halal tiada masalah, tetapi jika tidak bagaimana? Tambahan pula ada banyak bahan kimia yang digunakan sebagai penambah perisa ataupun perisa tiruan hari ini Senar...

Makanan Shubhah (2) - Tanyalah Ustaz 20 Ramadhan 1433H (09.08.2012)

Image
Ustaz Mohd Amri Abdullah Bacaan ayat 172 surah Al-Baqarah: Alhamdulillah kita telah masuk ke fasa ketiga bulan Ramadhan yang dijanjikan dengan pembebasan daripada neraka. Perbincangan kita hari ini juga berkait rapat dengan neraka seperti mana ynag disebut dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: “ Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.” Nabi SAW juga menyuruh agar kita meninggalkan perkara-perkara syubhah demi menjaga iman dan taqwa. Senarai soalan & jawapan: S: Apakah senarai ramuan kritikal dalam makanan yang perlu diketahui umat Islam? J: Jika makanan itu jelas daging khinzir, mudah untuk kita bezakan dan jauhi. Namun, teknologi makanan hari boleh mengubah bentuk fizikal asal sesuatu sehingga kita tidak berupaya lagi mengenalinya. Antara bahan kritikal adalah penambah perisa atau emulsifier yang begitu meluas penggunaanya. Dalam hampir setiap label makanan, terkandung perkat...

Makanan Shubhah (1) - Tanyalah Ustaz 19 Ramadhan 1433H (08.08.2012)

Image
Ustaz Mohd Amri Abdullah Ada banyak ayat Al-Quran yang menyebut tentang makanan syubhah, contohnya ayat 168, surah Al-Baqarah: Allah menyeru kepada semua manusia – maknanya termasuk orang yang bukan Islam juga. Disamping halal, Allah minta kita makan makanan yang toyyibah (baik). Nabi SAW (hadis ke-6 dalam hadis 40 daripada Imam Nawawi) bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat laranga...

Daging Haram 2 - Tanyalah Ustaz 12.04.2012

Image
Ustaz Mohd Amri Abdullah Al-Maidah, ayat 88, maksudnya: "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman." Kita risau dengan akibat daging/makanan haram dalam ibadat kita. Ini kerana ada hadis yang menyebut solat orang yang terkandung makanan haram dalam badannya tak diterima oleh Allah. Orang kafir menyerang kita secara halus dengan 3F. Pertama - 'Food' Makanan memberi kesan banyak kepada kesihatan dan kekuatan kita. Bila dah banyak makan, jadi malas nak beribadat. Bila dah sakit pun susah nak beribadat. Kedua - 'Fashion' Ini memang sangat banyak kita lihat hari ini. Kadang-kadang ibubapa alim dam pergi masjid, tapi tak berani nak tegur anak yang tak tutup aurat dengan sempurna. Hatta tudung juga difesyenkan,memang Islam tak haramkan fesyen, dengan syarat syariat dipatuhi. Ketiga - 'Fun' Hiburan melalaikan berterusan melalui k...

Daging Haram 1 - Tanyalah Ustaz 11.04.2012

Image
Ustaz Mohd Amri Abdullah Apa makna daging haram? Yang disembelih tanpa menyebut nama Allah Kesan makan daging haram - daging kita menanggung kesan haram, sepertimana sabda Nabi, jika sumber makanan kita haram, maka daging yang tumbuh itu nerakalah yang paling layak untuknya. Haiwan yang halal ada cara sembelihan tertentu mengikut Islam. Sembelihan ertinya dari segi makna bermaksud mengeluarkan kotoran. Jadi bukan sekadar orang Islam buat sembelihan, namun agama/bangsa lain juga melakukan penyembelihan. Makna dari segi Islam - menyembelih binatang dengan memutuskan urat-urat tertentu (urat marik, urat darah di kiri dan kanan, halkum), dilakukan menggunakan pisau tajam, dilakukan oleh orang Islam dengan meneyebut nama Allah. Rasa was-was ada tiga kategori: 1. Kalau dalam bab makanan - makanan yang jelas haram tapi bila dibisik syaitan, tergugat dan rasa halal pula. Hukumnya yang pertama iaitu haram. 2. Kita rasa halal, tapi kerana ada perkara-perkara tertentu buat kita rasa...