Daging Haram 2 - Tanyalah Ustaz 12.04.2012

Ustaz Mohd Amri Abdullah



Al-Maidah, ayat 88, maksudnya:
"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman."

Kita risau dengan akibat daging/makanan haram dalam ibadat kita. Ini kerana ada hadis yang menyebut solat orang yang terkandung makanan haram dalam badannya tak diterima oleh Allah.

Orang kafir menyerang kita secara halus dengan 3F.

Pertama - 'Food'
Makanan memberi kesan banyak kepada kesihatan dan kekuatan kita. Bila dah banyak makan, jadi malas nak beribadat. Bila dah sakit pun susah nak beribadat.

Kedua - 'Fashion'
Ini memang sangat banyak kita lihat hari ini. Kadang-kadang ibubapa alim dam pergi masjid, tapi tak berani nak tegur anak yang tak tutup aurat dengan sempurna. Hatta tudung juga difesyenkan,memang Islam tak haramkan fesyen, dengan syarat syariat dipatuhi.

Ketiga - 'Fun'
Hiburan melalaikan berterusan melalui konsert, nyanyian, tv. Kita sanggup menghabiskan waktu, wang, tenaga untuk menikmati hiburan sebegini. Penyanyi, pelakon, model dipuja-puja.

Bagaimana nak kenal kulit babi?
Perhatikan tekstur kulitnya yang mempunyai titik bertiga-tiga.

Bagaimana nak kenal berus yang menggunakan bulu babi?
Hujung bulunya bercabang tiga.

Halal bukan sekadar makanan, namun termasuk juga kosmetik, walaupun kosmetik tak dimakan. Jadi kesannya jika daripada bahan haram, tetap tak baik kesannya pada tubuh badan dan ibadah.

Orang perempuan boleh buat sembelihan, cuma makruh jika dia dalam haid.

Hikmah putuskan urat darah? Keluarkan darah yang mempunyai sifat-sifat haiwan tersebut. Oleh sebab itu jika makan banyak haiwan tak sembelih secara betul, manusia akan mewarisi sifat haiwan tersebut.

Senarai soalan & jawapan:
S: Perlu tak samak bekas yang terkena najis mughalazzah atau hasilannya?
J: Ya, perlu disamak.

S: Bagaimana menjauhi produk haram?
J: Paling penting kena berusaha cari ilmu. Ilmu tak datang sendiri, oleh sebab itu Allah merahmati orang yang cari ilmu. Jadi carilah logo halal Jakim sebelum makan atau beli sesuatu produk. Dalam ayat 88, surah Al-Maidah Allah kata orang bertaqwa makan makanan yang halal dan toyyiba.

S: Apakah makanan Rasulullah SAW?
J: Rasulullah memang conth terbaik. Baginda tak pernah makan sehingga kenyang. Baginda pernah ikat batu di perut agar angin tak masuk. Pada suatu hari, baginda solat duduk, lalu ditanya Abu Hurairah mengapa Rasul solat duduk. Lalu dijawabnya yang baginda lapar. Mendengar itu Abu Hurairah menitiskan air mata, namun Nabi berkata ," Usah bersedih, kerana di hari Akhirat nanti, siksa neraka tak akan mengenai orang yang pernah lapar di dunia. " Itulah kepentingan makan sedikit. Nabi juga makan secara sederhana. Selain itu Nabi makan madu, kurma, susu. Nabi juga tak pernah makan roti tiga hari berturut-turut.

S: Apakah kemudaratan makan berlebihan?
J: Ada kata contohnya makan sesuatu boleh sebabkan rambut gugur dsb. Namun yang sebenarnya kita perlu bersederhana dalam semua pemgambilan makanan. Kesan makan berlebihan antaranya:
1. Hati menjadi keras
2.Menimbulkan fitnah kepada anggota badan lain (nafsu)
3. Melemahkan fikiran

S: Jika ketika sembelih, pisau terjatuh. Kemudian dikutip semula dan disambung sembelih. Sahkan sembelihan?
J: Jika pisau jatuh secara tak sengaja dan urat belum putus dan haiwan masih hidup, boleh disembelih kali kedua. Jika haiwan sudah mati, haram hukumnya. Sembelihan yang berlaku secara tak sengaja contoh ketika mesin rumput terkena leher burung, tak sah kerana tak niat.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab