Sayangkan Harta (2) - Tanyalah Ustaz 21.4.2012

Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim

Semoga pertempuan in ada manfaat untuk kita semua. Hanya amalan kita yang akan menemani di alam kubur nanti. Jika banyak amalan baik, ia akan jadi peneman yang harum, cantik dan menyenangkan. Sebaliknya jika amalan buruk, akan dapat peneman yang busuk baunya, buruk rupanya dan menyesakkan. Harta letaklah di tangan, bukan di hati, agar mudah diagih-agihkan.

Soalan & Jawapan:
S: Datuk kata harta miliknya, tapi bila diperiksa rupanya hanya pentadbir. Penama utama dibiarkan kosong. Ayah saya pun sudah meninggal dan sekarang saya menanggung kos untuk tanah tersebut. Bagaimana untuk menuntutnya?
J: Pentadbir pada dasarnya hanya boleh ambil caj perkhidmatan. Harta perlu diserah pada waris yang hak. Jadi perlu cari waris-waris datuk yang masih ada dan dapatkan kejelasan harta milik siapa sebenarnya.

S: Keuntungan yang diterima oleh 'sleeping partner' perlukah dizakatkan?
J: Ya, tak kira apa jenis perkongsian, keuntungan yang melebihi nisab wajib dizakatkan.

S: Suami muallaf. Jika dia meninggal, bagaimana pembahagian harta kepada keluarga bukan Islam?
J: Keluarga bukan Islam tiada bahagian dalam faraid. Jika ingin beri juga, buat hibbah semasa masih hidup.

S: Mohon penjelasan antara jaga harta dengan sayang harta?
J: Nabi SAW kata jika kamu ada satu benda, kamu tak perlu jaga dia, dia akan jaga kamu. Itulah ilmu. Sebaliknya jika kamu banyak harta, kamu akan makin sibuk jaga harta sehingga boleh melalaikan kamu.

S: Bagaimana mendidik anak agar mencintai Allah & Rasul SAW lebih daripada harta dunia?
J: Ajar anak guna harta ke jalan Allah. Betulkan niat cari harta kerana Allah.

S: Apakah konsep harta sepencarian? Contohnya, sebelum kahwin, perempuan dah beli rumah, harta, saham. Jika dia meninggal, adakah dikira sebagai harta sepencarian?
J: Konsep ini masih baru. Harta sebelum kahwin hanya boleh jadi harta pusaka. Cuma harta yang diperolehi semasa perkahwinan boleh dikira sebagai harta sepencarian.

S: Bapa mempunyai 11 anak. Bapa masih hidup dan ingin beri tanah pada 4 orang anak lelaki sahaja dengan alasan anak perempuan sudah berkahwin.
J: Nabi berpesan perlu bahagi sama rata antara anak lelaki dan peremuan. Jika nak beri lebih, berilah kepada anak perempuan. Jangan beri pada 4 orang anak sahaja walaupun boleh mengikut undang-undang, namun kesannya mungkin boleh memutuskan silaturrahim adik-beradik.

S: Bagaimana jika seseorang beristeri ramai dan berharta banyak ingin membahagikan harta?
J: Suami perlu rancang semasa hidup lagi. Jangan dibiarkan urusan kepada anak-anak sahaja, kerana selagi urusan harta tersebut tidak selesai, jenazah pun akan tersiksa.

S: Seorang bapa telah meninggal dan berwasiat jika meninggal, harta bahagi pada 5 orang anak saja, kerana 2 orang lagi sudah diberi kepada orang lain. Bagaimana menguruskannya?
J: Oleh kerana ayah sudah meninggal, untuk dapatkan kuasa uruskan harta perlu dapatkan kerjasama ketujuh-tujuh anak. Walaupun ayah sudah berpesan, boleh juga diberi bahagian 2 orang anak itu agar dapat merapatkan silaturrahim.

S: Datuk meninggal dan wasiatkan tanah di bahagi pada 10 orang anak termasuk emak saya. Emak sudah meninggal dan sekarang pakcik sudah jual tanah tanpa pengetahuan kami. Bagaimana untuk menuntut?
J: Ini mungkin kes pentadbir tidak jujur. Perlu berjumpa dan berbincang elok-elok.

S: Bolehkah memutuskan silaturrahim kerana mempertahankan harta?
J: Tak boleh. Mari sama-sama renung, rezeki yang betul-betul untuk kita hanya yang masuk dalam mulut kita sahaja. Nabi SAW juga sudah berpesan, jangan putuskan silaturrahim. Jangan kita tamak dan utamakan harta.

S: Harta seperti pakaian, kasut, pinggan-mangkuk, perabot, perlukah difaraidkan juga?
J: Ya, termasuk juga. Adik-beradik boleh berbincang. Mungkin boleh jual dan bahagi hasilnya atau sedekah pada rumah anak yatim.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab