Keberkatan Hidup 2 - Tanyalah Ustaz 05.04.2012

Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim


Bacaan surah Al-A'raf, ayat 96-99, maksudnya:
[96]
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
[97]
Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
[98]
Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
[99]
Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

Huraian:
Syukur dipanjatkan kepada Ilahi atas kesihatan, kelapangan bersama dalam majlis ilmu di pagi yang mulia - dengan tajuk 'keberkatan hidup'.

Intipati ayat:
Allah pesan orang yang betaqwa - doa mereka mustajab, Allah sayang, manusia sayang, jika ada masalah -Allah beri jalan keluar dengan mudah.
Golongan yang ingkar pula mendapat kemurkaan Allah - tiada keberkatan dalam hidup - hidup dalam tekanan, dibenci Allah dan manusia, rezeki banyak tapi tak pernah rasa cukup. Mari periksa diri kita - adakah kita buat perkara yang Allah tak suka? Jika ada, cepat tinggalkan dan bertaubat agar mendapat keberkatan daripada Allah.

Soalan & Jawapan:
S: Apakah maksud keberkatan hidup berkeluarga?
J: Ulama mentafsirkan - sakinah dalam keluarga bermaksud mendapat suami /isteri yang soleh/solehah. Dengan perkahwinan, seseorang itu menjadi lebih baik amalannya yang seterusnya membawa keberkatan dalam hidup. Tapi jika makin buruk amalannya, hilang keberkatan dalam rumahtangga. Kahwini wanita kerana rupa/harta/keluarga/agamanya, dan agamanyalah yang paling utama.

S: Rumahtangga yang bergolak tanda tiada keberkatan? Betulkah?
J: Sebelum ini dibincangkan tanda rumahtangga yang berkat. Ada dua keadaan kenapa rumahtangga bergolak. Pertama, seseorang telah menjalankan tugas sehabis baik, namun masih bergolak, mungkin itu ujian dari Allah, nak tengok tahap kesabaran dan iman. Jadi perlu melawan dan terus memperbaiki keadaan. Kedua, memang keluarga tak dijaga dan dididik dengan cara Islam yang menjadi punca tiada keberkatan dalam kehidupan. Perlu sedar dan kembali kepada jalan Allah.

S: Bagaimana mendapat keberkatan dalam hidup bermasyarakat?
J: Jika kita ada sifat2 yang Allah sebut dalam surah Al-Hijr ayat 13 - kamu dijadikan dari jenis lelaki, perempuan, berpuak-puak agar kamu berkenal-kenal , berkasih-sayang antara satu sama lain. Jadilah hamba yang bertaqwa pada Allah agar Allah dan manusia sayang. Orang yang bertaqwa tahu hormat jiran dan sentiasa buat baik. Siapa jiran? 40 buah rumah di sekeliling rumah kita - 40 kiri, 40 kanan, 40 depan, 40 belakang, 40 atas, 40 bawah ( rumah flat).

S: Sebagai seorang yang bekerja, selalu rasa masa tak cukup, adakah itu tanda tiada keberkatan?
J: Keberkatan masa bergantung pada apa yang kita buat. Seperti yang Allah sebut dalam surah Al-Asr - Demi masa, manusia selalu berada dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan2 kepada kebaikan. Jika kita bekerja dengan fokus tanpa gangguan fb, rehat berpanjangan, kerja dengan jujur dan ikhlas, dia akan dapat keberkatan daripada Allah. Tapi sebaliknya jika masa dihabiskan dengan buat perkara2 lara' - tidur berlebihan, tengok tv rancangan tak elok, dsb. Sebagai Muslim kita perlu rancang masa - cth: bila nak baca Quran, masa untuk kerja, masa untuk tahajjud. Kajian menunjukkan orang yang pagi2 baca Quran dulu, hatinya tenang dan lebih bersemangat memulakan kerja.

S: Mohon tip menghargai masa?
J: Pertama kena ingat yang masa yang diberi Allah itu sebagi amanah. Sama macam suami itu juga amanah daripada Allah. Jika kita tak jaga suami, kita berdosa. Jadi sama juga dengan masa, jika tak dijaga dengan baik, bersalah pada Allah. Kedua: ingat mati. Mati merupakan peringatan yang terbaik sebenarnya. Kita tak tahu tahap amalan kita, jadi gunakan masa sebaiknya untuk tambah amalan baik. Ketiga: muhasabah diri. Ali ra berkata hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab Allah. Amalkan hisab diri sebelum tidur dan tekad untuk perbaiki diri. Keempat: bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik amalannya. Sentiasa tambah amalan. Amalkan empat tip ini dan InsyaAllah akan dapat keberkatan daripada Allah.

S: Ada kaitan atau tak antara ilmu dan keberkatan?
J: Orang nak dapat keberkatan perlu ada ilmu. Dia perlu tahu perkara yang boleh membawa keberkatan padanya - amalan apa yang perlu dilakukan. Seperti yang Allah sebut surah Az-Zumar ayat 9: Tak sama antara orang berilmu dan tidak. Contoh kalau nak dapat keberkatan dengan baca Quran, kena tahu baca Quran dulu. Begitu juga jika nak keberkatan dengan contohnya menjual nasi ayam, kenalah tahu resepi nasi ayam dulu. Jadi ilmu penting sebelum buat sesuatu. Juga penting belajar tafsir Al-Quran untuk lebih mengenali Allah dan perkara2 yang mendekatkan diri pada Allah.

S: Jika hidup bergelumang maksiat, tiada keberkatan dalam hidupnya. Betulkah?
J: Ya, orang yang buat perkara yang Allah larang takkan disayangi Allah, malah ditimpa bala. Contoh: gejala pelacuran, Allah beri bala dengan penyakit Aids dan berbagai penyakit lain. Ada satu kisah - seorang bekas gigolo, pernah bercerita yang pendapatannya tinggi sehingga boleh dapat 4k semalam, tapi hiduptiada keberkatan - ada penyakit: buah pinggan rosak sebab makan pil kuat yang tak diluluskan kerjaan, tak cukup duit untuk anak isteri, ditipu orang dan terpaksa berhutang dengan Ah Long lagi. Itulah tanda tiada keberkatan hidup.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab