Indahnya Perubatan Islam (2) - Tanyalah Ustaz 17.12.2011

Oleh Ustaz Sharhan Safie

Bacaan ayat surah Al-Baqarah ayat 72-74.
[72]
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
[73]
Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu” (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
[74]
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

Ayat ini jika dibaca secara tersurat tiada makna perubatan, tapi setelah dikaji ayat ini begitu hebat khasiatnya untuk perubatan Islam.

Ayat ini diturunkan kerana seorang Yahudi membunuh seseorang kerana harta lalu Allah memerintahkan kaumnya menyembelih lembu dengan sifat-sifat tertentu untuk mencari pembunuhnya. Dalam cerita itu Allah menyatakan betapa kerasnya hati manusia yang jahat. Batu, walaupun keras, ia akan retak dan jatuh juga kerana takut kepada Allah. Ayat ini cukup hebat bagi mereka yang ada bendasing dalam badannya seperti batu karang, susuk.


Apabila kita diuji Allah dengan penyakit, kita kena yakin yang Allah ada bekalkan penawarnya. Dalam Al-Quran perkataan syifa' disebut 6 kali, jadi kajilah Al-Quran untuk mencari penawarnya. Jika sakit mengadu dan berdoa pada Allah. Ada kajian dibuat antara orang Islam & kafir - yang mana lebih mudah sembuh? Didapati orang Islam lebih mudah sembuh kerana mereka bersandar pada Allah.

Cara mengubati batu karang:
Mulakan dengan Surah Al-Baqarah, ayat 74 dan baca pada air.

Ubat penyakit umum seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dsb:
Baca surah Yunus ayat 57, surah Fussilat ayat 44, letak tangan kanan dada dan baca ayat2 ini 7x setiap kali lepas solat. Jika kritikal, letak air zam-zam di depan sejadah, solat sunat 2 rakaat, baca 21x dan selawat syifa’. Minum air dan yakin dengan kesembuhan yang Allah akan berikan. Jangan ada keraguan dengan kekuasaan Allah.

Andai tidak sembuh, kita kena redha kerana keredhaan itu akan mendekatkan kita pada Allah dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Jika tak sempat salin ayat – boleh dapatkan buku karangan Ustaz dari kedai buku terdekat.

Nota: Setiap amalan perlu mulakan dengan Al-Fatihan dan ayat Kursi. Itu bacaan “standard”.

Soalan & Jawapan:
S: Cucu terkena kuning, bacaan masih 12/13 dan belum turun lagi. Ada tak rawatan Islam untuk ini?
J: Yakinlah dengan kuasa Allah kerana Allah yang mengeluarkan bayi ini daripada perut ibunya. Penyakit kuning berpunca dari hati(bukan kerana hati tidak bersih kerana ini bayi) dan dapat dilihat di seluruh badan sehingga dalam matanya. Baca Al-Fatihah, ayat kursi, surah An-Nahlu: ayat 78 yang bermaksud - "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. "

S: Terkena sihir penghalang jodoh. Mohon beri penawar.
J: Daripada 9 jenis sihir, ada satu sihir penghalang jodoh atau orang KL panggil sihir pelalau. Iblis tidak suka bila kita berkahwin dan akan bekerjasama dengan tukang sihir untuk menghalang jodoh. Tanda-tansanya: tiada tarikan walaupun rupa elok, pada waktu senja rasa sakit dalam perut, sakit atas belakang, jiwa kacau. Ramai yang pergi mandi bunga untuk cepatkan jodoh, tapi kena tengok jika mandi berkemban, itu bukannya perubatan Islam. Mandilah dalam keadaan menutup aurat. Penawar - Jika melibatkan suami isteri - baca Al-Baqarah ayat 102. Untuk ayat dekatkan jodoh: Surah Ar-Rum ayat 21 & surah Yaasin ayat 36.

S: Ibu pernah berubat dengan bomoh sakai, kami menghalang tetapi ibu mengatakan bomoh sakai itu seperti doktor bukan Islam. Mohon pendapat dan nasihat ustaz.
J: Tidak sama kerana doktor bukan Islam tidak menggunakan jampi serapah, dia belajar ilmu perubatan yang betul. Tapi jumpa bomoh sakai yang tak pasti apa jampinya dan itu salah dalam perubatan Islam. Nasihatkan ibunya supaya tidak pergi berjumpa bomoh itu.

S: Kawan sakit pada pangkal lengan, dan tak boleh angkat. Doktor kata bukan stroke. Mohon beri penawar.
J: Orang yang stroke biasanya tangannya tak boleh buka, sentiasa digenggam. Jadi jika bukan stroke itu maknanya berkaitan urat, jadi amalkan selawat syifa', surah Al-Fussilat ayat 44, As-Syuara ayat XX (missed, sorry).

S: Ayat penawar kolestrol.
J: Surah Yunus ayat 57 - ayat pendek tapi hebat, amalkan setiap kali lepas solat.

S: Bolehkah perubatan yang menggunakan telur dan limau nipis?
J: Telur -  'no comment'. Tapi limau nipis / limau purut / garam/ lada hitam merupakan bahan-bahan yang tidak disukai oleh iblis. Tiada dalam Al-Quran tapi dipelajari daripada pengalaman.

S: Adakah kanser berpunca daripada gangguan iblis?
J: Sebelum tuduh jin, kita kena check dengan doktor dulu. Tak semua kanser berpunca dari jin. Jika berpunca dari jin - tanda-tandanya : diselami mimpi-mimpi seperti mimpi takut seperti lembaga hisap darah dia, ada lebam-lebam pada badannya, dikejar binatang buas, budak kecil menyusu. Pesakit juga berdebar tanpa sebab.

S: Bila sampai tempat kerja suami akan jatuh kerana rasa sangat lemah. Tapi bila dirumah OK. Pergi perubatan alternatif dan dikatakan terkena sihir tapi masih belum baik.
J: Penyakit ini melibatkan tempat dan suasana. Contoh yang banyak berlaku terutamanya anak-anak yang bersekolah. Kita perlu ingat yang kita berkongsi alam dengan makhluk lain - ubat terbaik - terapi Al-Quran. Baca ayat 21 surah Al-Hashru. Amalkan ayat ini selalu.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab