Prinsip Keluarga Bahagia 2 – Tanyalah Ustaz 23.07.2011

Ustaz Muhammad Abdullah

Jauhkanlah diri daripada sangkaan buruk dan bertakwalah pada Allah. Keluarga baik akan membentuk masyarakat yang baik.  Seterusnya negara pun jadi baik dan akan turun keberkatan daripada Allah. 

Prinsip 1 telah dibincangkan semalam. Seterusnya untuk prinsip 2 - perlu selesakan 5 perkara iaitu:

1. jasad
  • keperluan makan pakai mesti cukup.
  • saling bantu-membantu dalam menguruskan rumah tangga: contoh angkat barang, tolong masak, tolong urut
  • sentuhan boleh eratkan hubungan suami isteri. Jangan rapat ketika baru kahwin saja, bila dan beranak 3,4, seorang di utara, seorang di selatan.
2. roh  
  • hendaklah selalu doakan pada suami/isteri.
  • contoh baca surah Taha, ayat 1-5. Sejarahnya ayat ini dibaca pada Umar, dan lembut hatinya. Jadi mungkin boleh diamalkan untuk lembutkan hati ahli keluarga. Atau bolehk juga baca Fatihah dan niatkan pahala untuk lembutkan hati pasangan/keluarga. Surah Yassin dan Kahfi juga boleh digunakan.
  • Selawat pun boleh dekatkan kita pada Allah.
  • Antara perkara yang boleh merenggangkan hubungan suami isteri ialah sihir. Jadi pelihara diri dan keluarga dengan doa. Semenjak kahwin pagari diri dan rumahtangga dengan doa. Sihir takkan berlaku tanpa izin Allah. Kenapa Allah izinkan – sebagai ujian. Apabila bertemu usaha jahat dengan yang baik, kebatilan akan lenyap. Jadi sentiasa doakan anak isteri jauh daripada gangguan sihir. Hafal surah Kahfi ayat 1-10, Nabi janji kita bebas daripada gangguan Dajjal. Dajjal merupakan bapa sihir, bebas bapa sihir bermakna kita bebas semua sihir, InsyaAllah. 
3. akal
  • kena saling tegur-menegur antara suami/isteri. 
  • Biasanya bila ditegur ada reaksi spontan untuk marah atau tak terima, namun belajar bersabar dan teruskan teguran. Isteri dicipta daripada tulang yang bengkok, kalau dibiarkan akan terus bengkok, kalau dikasari akan patah, jadi kena lemah-lembut dengannya.
  • Teguran yang datang daripada hati akan jatuh ke hati. Tapi kalau tegur dengan nafsu (marah, sombong), akan jatuh ke nafsu juga (iaitu akan dilawan dengan marah jugak).
  • Jaga taraf sekufu lepas kahwin agar kekal sama, contohnya jika suami dah belajar English, kena ajar isteri juga agar komunikasi di tahap yang sama.
4. nafsu
  • sehebat-hebat musuh manusia ialah nafsu. Nafsu akan ajak kepada perkara yang buruk.
  • Nasfu tak boleh dibunuh sebab ia sebahagian daripada kita, ia perlu dididik sebenarnya. Jadi didik nafsu supaya jadi nafsu mutmainnah – nafsu tenang yang akan melahirkan jiwa yang tenang kerana Allah ada berfirman “Masuklah ke syurga wahai jiwa yang tenang.”
  • Dalam perkahwinan, perlu dijaga nafkah batin, isteri kena patuh permintaan suami selagi tidak melanggar syariat. 
5. hati
  • kalau baik hati, akan baik seluruh jasad.
  • beri hadiah untuk ambil hati.
  • cakap lemah lembut.
  • gembirakan hati suami/isteri. 
Senarai soalan & jawapan:
S: Bolehkan mencari salah satu sama lain?
J: Jangan cari salah dan jangan besarkan kesalahan yang kecil. Sebab kadang-kadang bukan berlaku secara sengaja. Dan paling penting jangan lupakan kebaikan suami/isteri hanya kerana satu kesalahan. Yang patutnya, sama-sama perbaiki diri dan bimbing untuk buat yang betul.

S: Apakah hukum mentaati ibubapa angkat?
J: Keutamaan mentaato adalah kepada keluarga sendiri dahulu. Tapi kalau keluarga angkat berada dalam keadaan mudarat, perlu diutamakan juga.

S: Suami perlu taat ibu. Bagaimana nak elak pergaduhan antara suami isteri kerana masalah sebegini.
J: Betul anak lelaki perlu taat ibu tapi ibu juga perlu ada ilmu dan tidak guna kuasa veto. Ibubapa boleh beri pandangan tapi jangan pengaruhi keputusan anak.

S: Bagaimana untuk tegur ahli keluarga supaya beribadat?
J: Paling utama - jaga solat dalam kelurga kerana ada satu doa wajib dalam solat iaitu “Tunjukkan aku ke jalan lurus.” Kalau tak solat macam mana nak dapat petunjuk. Teguran ada tekniknya: pertama: kena bina jambatan, selesakan keadaan dulu. Lepas itu cabut akar yang rosak, kemudian baru semai benih yang elok. Ingat, kefahaman kita tak sama, jadi kena semak latar belakang pasangan dulu, kena bagi faham dulu, jadi kena tekankan untuk cari ilmu.

S: Suami letak keluarga tempat ketiga selepas ibubapa dan adik-adiknya. Isteri terpaksa tanggung anak-anak. Isteri pulak dituduh habiskan duit suami sedangkan duit habis sebab bayar hutang keluarga suami. Apa hukum amal ibadat dilakukan oleh suami?
J: Isteri kena bersabar, amalkan sifat qanaah. Jangan terlalu ingin memiliki suami sepenuhnya. Suami pulak kena bijak mengurus kewangan. Jika isteri terpaksa tanggung keluarga bermakna suami telah berhutang pada isteri.  Tuduhan dibuat sebab terjadi salah faham, jadi kena saling baiki diri dan berdoa .

S: Keadaan sekeliling menjadikan susah mendidik anak-anak. Anak jadi keliru sebab yang mungkar lagi banyak daripada yang ma’ruf. Pendidikan akademik didahulukan daripada pendidikan agama. Apa pandangan ustaz?
J: Masa pembentangan di Moscow, saya ditanya apa pendapat tentang orang muda Rusia? Saya jawab yang mereka agak sosial. Dan Prof. itu menjawab Malaysia lainlah sebab Malaysia ada Islam –> jadi jelaslah yang hanya agama mampu membentuk masyarakat untuk berakhlak baik. Oleh itu jangan abaikan pendidikan agama kepada anak-anak.

S: Kawan terasa seperti bermadu dengan mertua. Mohon bantuan menasihatkan.
J: Memang ada hakikat manusia sebegitu. Pertama sekali kena belajar terima keadaan sebaiknya. Biarlah kita mengalah dan jadi lebih matang dengan berkorban demi kebahagian semua terutamanya anak-anak. Pengorbanan itu takkan disia-siakan dan pasti mendapat ganjaran daripada Allah.

S: Suami pekak, setiap hari isteri terpaksa tinggikan suara. Adakah ini dianggap isteri derhaka?
J: Sebab itu pandangan orang luar tak boleh diambil kira sangat, sebab orang luar tak faham situasi sebenar. Kita tinggi suara kerana keperluan bukan sebab sengaja kasar. Islam meraikan keperluan sebegini, jadi isteri tak derhaka. Tapi pada pandangan saya, puan laburlah sedikit duit untuk beli alat bantuan pendengaran untuk suami.

S: Saya anak bongsu, sifat saya agak manja tapi suami agak kasar, panas baran. Saya sudah kahwin selama 21 tahun, jadi sudah banyak benda saya alami dan rasa kecil hati dengan suami.
J: Suami isteri kena saling memahami latar belakang masing-masing. Saling tegur-menegur sebab kadang-kadang pasangan tak perasan buat silap sebab di matanya dia nampak betul. Sabar bukan erti pasrah. Pasrah ialah bila buat tak tahu, sabar maksud meyakini apa-apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Contoh: Isteri ajak suami pergi ke satu tempat. Isteri kata dia tahu jalannya tapi bila pergi sesat dan suami terpaksa berpusing-pusing tempat itu sehingga akhiranya faham selok-belok jalan di situ. Namun suami marah-marah pada isteri. Selepas 6 bulan, ditakdirkan suami ada mesyuarat penting di situ, rupa-rupanya Allah beri sesat 6 bulan sebelum agar mudah di masa akan datang.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab