Indahnya Perubatan Islam (1) - Tanyalah Ustaz 16.12.2011

Ustaz Sharhan Shafie

Al-Quran diturunkan sebagai penyembuh dan rahmat bagi manusia. Ada 6 kali perkataan Syifa' disebut di dalam Al-Quran. Bagaimana Al-Quran boleh digunakan sebagai penawar penyakit? Jumhur ulama bersetuju yang Al-Quran adalah ubat bagi roh dan jasad sekaligus.

Abu Said Al-Qudri pernah mengubati orang yang disengat kala jengking dengan bacaan Al-Fatihah sahaja dan Nabi pernah berkata yang surah Fatihah adalah ibu bagi jampi perubatan Islam. Fatihah adalah ayat 'flexible' yang boleh diguna pakai untuk semua penyakit. 

Jangan putus asa pada Allah – Allah uji kita membuatkan kita mengingatinya dan memohon bantuannya. Kita adalah sebaik-baik umat – kerana diutuskan Rasul SAW dan Al-Quran. Allah yang mencipta kita, dan diberikan bekalan wahyu. Beramallah dengan Al-Quran untuk kebaikan dunia akhirat.

Senarai soalan & jawapan:

S: Duit dalam rumah hilang walau disembunyi di tempat yang sukar ditemui. Mohon beri penawar. Mohon juga penawar bagi kolestrol.
J: Ini biasa berlaku. Kadang sehingga hilang pakaian termasuk pakaian dalam. Ini sebenarnya telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, diriwayatkan dalam hadis sahih. Abu Hurairah diamanahkan menjaga tamar dan didapatinya hilang. Apabila dihendap, Abu Hurairah dapat tangkap makhluk tersebut (jin). Jin itu merayu dilepaskan. Keesokkannya dia mencuri lagi dan ditangkap lagi. Dia merayu lagi untuk dilepaskan. Perkara ini berulang sehinggalah tiga kali. Pada kali ketiga, Abu Hurairah tekad membawanya berjumpa Rasulullah SAW. Jin minta dilepaskan dengan menawarkan akan memberitahu - jika dibaca ayat Kursi sebelum tidur, orang & rumah itu tidak akan diganggu jin/syaitan. Ulang pada ‘wala ya u duhu..’ sebanyak 7x dan usap pada seluruh badan.

S: Saudara terkena santau (santau angin). Ianya telah dibuang tetapi ia datang kembali. Adakah ia susah dibuang?
J: Santau sangat bahaya kerana ia makan kita dalam senyap. Santau angin yang paling bahaya. Tanda: Nafas berbau, berdebar tanpa sebab, sakit atas belakang, batuk berterusan, kulitnya pecah-pecah, susah mendapat anak, kalau perempuan haid tak menentu. Hidup mereka merana kerana sentiasa rasa tertekan. Ayat paling utama mengubatinya ialah: Surah Al-Furqan ayat 23. Juga boleh digunakan sebagai benteng diri.

S: Bagaimana mengetahui jika ada sihir diletak di dalam rumah. Saya diserang penyakit kulit di tangan. Telah berjumpa pengamal perubatan Islam dan diberitahu ada benda yang perlu dibuang di rumah. Tapi pengamal itu tidak pandai membuangnya.
J: Setiap rumah dihuni oleh satu jin. Jin ini akan lari jika selalu dibacakan ayat Al-Quran. Tanda-tanda: Nampak seperti ada benda melintas, malam-malam ada kedengaran bunyi-bunyi tertentu – bunyi pindah perabot, main guli, menumbuk dari atas. Ayat hebat mengusir jin – ayat digunakan semasa Nabi Sulaiman membuat MOU dengan Jin Ifrit – “Aku memperingatkan kamu wahai Ifrit dengan perjanjianmu dengan Nabi Sulaiman supaya kamu berpindah dari rumah kami dan aku memperingatkan supaya kamu jangan sekali-kali menganggu anak cucu kami di kediaman ini". Amalkan ayat Kursi. Boleh juga azan sekuat mungkin – baca pada tiang seri atau tengah rumah.

S: Sukar tidur pada malam hari – bila tidur mimpi asyik makan dan menyusu bayi. Bila bangun saya rasa letih. Sekarang saya hamil 4 bulan. Mimpi bermula sebelum hamil.
J: 95% pesakit yang mempunyai saka yang datang ke klinik saya sentiasa bermimpi seperti berikut– menyusu bayi, dukung atau riba budak kecil, jatuh dari tempat tinggi, berada di kubur/tempat sampah, dikejar binatang buas, dipatuk/dibelit ular, ada orang memberi sesuatu padanya. Tanda lain bila bangun dari tidur, badan letih, ada kesam lebam pada tubuh. Amalkan “laila ha illahu wah dahu la syarikalah lahulmul…yumid wa huwa'ala..qadiir ” 5x lepas solat, baca juga Subhanallah. Baca “lailahaila anta subhanaka inni kuntuminazzolimin” – ayat Nabi Yunus keluar dari perut ikan.

S: Anak perempuan baligh pada 10 tahun, kini telah berumur 18 tahun, tapi kitaran haid tidak menentu, ada sehingga 6 bulan sekali baru datang. Dia mengalami kesakitan sehingga perlu masuk wad. Bermacam-macam ujian telah dibuat namun doctor tidak menemui apa-apa. Sekarang doktor menyarankan anak bertemu psikiatri.
J: Jika penyakit tidak dapat dikesan doktor moden – kembalilah pada Al-Quran. Iblis paling suka menganggu fikiran manusia dan rahim wanita. Nabi ada bersabda – Darah yang mengalir itu adalah hasil cakaran iblis. Cara mengubati – ubat untuk haid tak menentu/istihadhah – guna madu asli letak depan sejadah – elok buat solat sunat berjemaah ibu-bapa dan anak sekali – baca Al-Fatihah, ayat Kursi, selawat dan ayat 69 surah An-Nahlu 21x. Letak satu sudu madu dalam air suam, campur dengan air zam-zam dan minum setiap hari (kacau lawan arah jam dan jangan guna sudu besi). Madu asli sukar didapati sekarang. Cara cam madu asli paling mudah – guna sebatang mancis yang ada kabat dihujungnya dan goreskan pada madu. Jika terus menyala itu madu asli, jika tidak itu tidak asli.

S: Pernah kena sihir pada 2008 – Setelah berubat sihir itu keluar tapi ada baki pada tangan dan mulut yang masih gatal2.
J: Sihir itu sangat dasyat kesannya. Hukuman pada tukang sihir ialah pancung. Penawar – cari minyak zaitun – zaitun disebut banyak kali dalam Al-Quran – buat macam madu tadi – letak depan, solat sunat 2 rakaat kemudian baca baca Fatihah, ayat Kursi, selawat 7x (juga sesuai utk sakit sendi) baca surah Yunus 81-83, surah Furqan ayat 23 (ayat ubat santau), dan Yunus 57 (wa syifa'..sudur - penawar sihrir) . Benteng kukuh santau/sihir – surah Hud ayat 57 (bahagian akhir - Innarobbi...hingga akhir) yg bermaksud 'Sesungguhnya Tuhanku Maha  Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu".

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab