Keberkatan Hidup 1 - Tanyalah Ustaz 04.04.2012

Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Hashim



Bacaan surah Az-Zumar ayat 53-59, maksudnya:
[53]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[54]
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
[55]
“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
[56]
“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -
[57]
“Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ‘ -
[58]
“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!”
[59]
(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!”

Huraian:
Syukur dipanjatkan kepada Ilahi atas kesihatan, kelapangan bersama dalam majlis ilmu di pagi yang mulia - dengan tajuk 'keberkatan hidup'.

Intipati ayat bacaan:
1. Jangan putus asa dengan keampunan dari Allah, jika bersalah, taubat dan mohon doa, berubah jadi lebih baik.
2. Allah larang supaya tidak leka dengan dunia - jangan hidup berpandukan nafsu sahaja. Ajal boleh datang tiba-tiba, kena selalu bersedia. Jangan sampai jadi orang yang rugi kerana hidup dalam keadaan lalai.

Ayat Al-Quran penuh pengajaran, jadi baca bersama maknanya agar boleh memperbaiki diri.

Soalan & Jawapan
S: Apakah cara mendapatkan keberkatan daripada umur yang panjang?
J: Nabi ada berkata ,"Jaga 5 perkara sebelum sampai 5 perkara:
1. hidup vs mati: Ketika hidup pastikan buat amal sebanyak mungkin. Jangan bazirkan hidup dengan dosa, takut diambil nyawa ketika buat maksiat, jadi orang yang rugi
2. Sihat vs sakit: masa sihat gunakana sepenuhnya untuk beribadat - pergi masjid, majlis ilmu, baca Quran. Jangan tunggu sakit baru nak cari sejadah.
3. Lapang vs sibuk: Terutama bagi yang sudah pencen, jangan buang masa lagi. Bagi yang masih belajar sebelum bekerja, kahwin, cari masa menambah ilmu.
4. Muda vs tua: takut2 tak sempat tua untuk bertaubat
5. Kaya vs miskin: Masa ada duit jangan kedekut untuk beribadah.

S: Kalau masa muda banyak berdosa, dah tua bertaubat. Adakah itu petanda keberkatan dalam hidup.
J: Bukan orang kita saja, orang Arab pun begitu juga - muda buat dosa, dah tua bertaubat. Alhamdulillah ada kesedaran untuk bertaubat, walaupun lambat. Jangan sampai banyak sangat buat dosa sampai lupa bertaubat. Surah Al-Baqarag ayat 22: Allah suka orang yang mensucikan diri (bertaubat). Tahniah bagi orang yang sempat bertaubat sebelum mati, semoga dapat keberkatan.

S: Apakah tanda seseorang tak mendapat keberkatan dalam kehidupan.
J: Ada banyak tanda - orang yang berterusan melakukan maksiat, orang yang gembira dengan maksiat yang dilakukan - cth: orang yang suka buka aurat. Allah beri laknat bukan pada wajah yang gelap (tiada seri), tapi juga pada perangai yang jahat (tak jumpa jalan untuk meninggalkan maksiat - tak diberi hidayah). Boleh jadi juga orang tu semakin galak melakukan maksiat, contoh mula tak pakai tudung saja, makin lama pakai pakaian seksi pula.

S: Apakah cara untuk istiqamah mencari keberkatan hidup?
J: Jaga amal ibadat, perwatakan kita sepanjang masa. Mati boleh datang tiba2. Menurut Imam:
1. Sentiasa mentadabbur Al-Quran - hayati ayat2 azab Allah, tengok hukuman dosa yang dilakukan. Ini boleh melembutkan hati untuk insaf dan bertaubat pada Allah.
2. Kena yakin yang Allah boleh mengazabnya di dunia. Contoh: Kalau mencuri, walau dapat banyak duit, hati tak tenang, tengok polis dari jauh pun takut. Begitu juga jika Allah menghukum di dunia.
3. Hayati betul2 hukuman2 dosa yang Allah tetapkan. Baca Quran biar faham maknanya sekali.

S: Apakah maksud rezeki yang tak diberkati?
J: Definisi rezeki berkat: rezeki yang dapat menjadikan kita senang berterusan, menjadikan kita seorang yang lebih baik, boleh menmbah amal.
Tanda rezeki yang ada keberkatan:
1. jika kaya, tawadduk, tidak sombong denga harta.
2. jika kaya, tak kedekut. Apa yang kita keluarkan, Allah janji akan diganti semula.
3. ada sifat Qanaah: syukur dengan apa yang ada. Ada orang lain yang hidup lebih susah daripada kita.
4. Jika ada hutang, mudah bayar balik.
5. jika kerja, kerja dengan amanah.
Tanda rezeki tak berkat adalah terbalik daripada senarai di atas.

S: Apakah punca tidak mendapat keberkatan dalam rezekinya?
J: Punca utama seperti yang disebut Nabi:
1. tak ikhlas. Setiap amalak kembali kepada niat. Jika niat baik, pasti Allah balas dengan kebaikan juga.
2. Banyak buat maksiat: jauh dari Allah, bagaimana nak dapat keberkatan? Jika ada masalah dalam pekerjaan - periksa balik hubungan dan tanggungjawab kita dengan Allah, dan dengan manusia. Jaga amanah dengan baik.

S: Kalau tidak mensyukuri kurniaan Allah, adakah itu tanda rezeki tak berkat?
J: Ya, orang seperti ini sihat, kaya tapi tak pernah syukur. Inilah yang disebut Allah - "sangat sedikit daripada kamu yang bersyukur". Orang yang bersyukur pula Allah janji akan tambah kenikmatan, keberkatan dalam rezeki, kehidupan.

S: Apakah cara terbaik untuk menjaga keberkatan rezeki?
J: Cara-caranya:
1. Betulkan niat - niat kerana Allah, cari rezeki untuk keluarga, ibu bapa dsb.
2. Berazam untuk berbakti pada orang susah - penting kerana doa orang susah mudah makbul dan kita boleh tumpang keberkatan.
3. Jangan lalai dengan rezeki yang diberi - bila dah kaya mula lupa masjid, lupa isteri pertama. Ada orang tua2 kata, walau dah kaya dan nak kahwin lain, jangan tinggalkan isteri pertama, kerana isteri pertama yang bersusah payah bersama ketika kita susah.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab