Menyintai Keluarga Rasulullah SAW 1 - Tanyalah Ustaz 16.04.2012

Ustaz Dr. Mohd Fahmi Abdul Khir



Bacaan surah Al-Ahzab, ayat 33, maksudnya:
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi SAW. Allah gelar ahli keluarga Nabi sebagai 'Ahlul Bait'. Nabi sangat mengasihi ahli keluarganya. Kita semua dituntut memberi penghormatan kepada mereka yang ada hubungan darah dengan Nabi SAW. Ada ulama membahaskan kepentingan keluarga Nabi daripada struktur ayat ini - iaitu baris atas pada perkataan 'ahlal'bait yang digunakan itu membawa maksud kemuliaan.

Kasihkan Nabi beerti kasihkan Allah, kasihkan keluarga Nabi pula bererti kasihkan Nabi SAW. Kita perlu membaca kisah-kisah ahli keluarga Nabi dan mengambil pengajaran daripadanya. Didik anak-anak mengenali ahli keluarga Nabi. Selawat saja tidak mencukupi. Kita perlu mengenali siapa mereka, apa yang telah mereka lakukan, keperibadian mereka dan menjadikan mereka ikutan dan teladan kita dan keluarga.

Senarai soalan & jawapan:
S: Siapa yang dimaksudkan sebagai Ahlul Bait?
J: Antara mereka ialah para isteri Rasul SAW. Dalam sebuah kisah diriwayatkan bahawa selepas turunnya ayat ini - Nabi SAW panggil Ali, Fatimah, cucunya: Hassan dan Hussin duduk bersamanya, dan ini menunjukkan mereka termasuk dalam kumpulan 'Ahlul Bait' yang disebut dalam ayat ini. Nabi juga pernah berkata di dalam beberapa hadis apabila ditanya siapakan 'Ahlul Bait' bahawa mereka yang termasuk dalam keluargaku adalah keluarga Abbas, keluaraga Aqil dan keluarga Jaafar ibni Abu Talib. Kesimpulannya, mereka semua inilah yang termasuk keluarga Nabi, iaitu mereka yang berasal daripada Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutallib.

S: Cara meningkatkan rasa kasih kepada keluarga Nabi SAW?
J: Cara yang dianjurkan oleh Nabi ialah dengan berselawat ke atas Nabi dan keluarganya sepertimana yang kita lakukan dalam bacaan Tahiyyat awal dan akhir. Cara kedua - perbanyakkan membaca kisah-kisah keluarga Nabi dan ambil teladan daripadanya.

S: Apakah kelebihan menyintai keluarga Nabi SAW?
J: Banyak kelebihannya sehinggakan dalam kitab Riyadussolihin, hampir 2 bab membincangkan kelebihan mengasihi kelurga Nabi dan orang-orang soleh. Ada juga disebutkan bahawa dalam sebuah hadis, telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW, "Bagaimana jika itu seseorang mengasihi sesuatu kaum, walaupun tidak pernah bertemu dengan mereka?" Jawab Nabi, "Seseorang itu akan bersama orang yang dikasihinya di hari akhirat nanti." Jadi selain keluarga kita, kita berharap agar boleh mendapat kemuliaan untuk bersama kelurga Nabi SAW. Mari bersama perbanyakkan selawat ke atas Nabi dan keluarganya.

S: Bagaimana pula dengan golongan yang membenci keluarga Nabi SAW?
J: Semoga kita tak termasuk dalam golongan ini. Dipendekkan initpati daripada satu hadis yang panjang iaitu Nabi bersabda bahawa “Sesiapa yang mencerca bapa saudaraku, dia seperti mencercaku.” Jadi mari kita elakkan diri kita daripada termasuk golongan mereka yang menghina, mencerca dan membenci keluarga Nabi SAW.

S: Nabi SAW sangat menyayangi keluarganya. Adakah kita juga dituntut berbuat yang sama?
J: Ya, kita dituntut untuk mencontohi Nabi SAW. Dalam satu hadis sahih, Nabi SAW ada menyebut bahawa Baginda adalah yang terbaik kepada ahli keluarganya. Dalam surah Anfal, ayat 75, Allah juga memerintahkan kita agar menyayangi keluarga terdekat kita. Dalam surah Al-Baqarah, ayat 215 pula disebutkan antara golongan yang lebih baik kita beri sedekah ialah ibubapa dan keluarga terdekat dahulu. Oleh itu kita harus membantu keluarga yang terdekat sebelum menghulurkan bantuan pada orang luar.

S: Antara kemuliaan keluarga Nabi ialah mereka tak dibenarkan menerima sedekah. Mengapa?
J: Betul. Ada satu kisah di mana Hassan ingin makan tamar disedekahkan, lalu dihalang oleh Nabi SAW. Tetapi jika hibbah (hadiah) boleh. Pernah dibincangkan sebab kenapa keluarga Nabi SAW tidak boleh menerima sedekah, dan dibuat kesimpulan yang Allah ingin beri kemuliaan kepada keluarga Nabi SAW kerana orang yang diberi sedekah adalah orang yang ada kekurangan. Allah ingin melindungi keluarga Nabi tetap dipandang mulia. Namun Allah ganti dengan mengizinkan pemberian bahagian harta rampasan perang sebanyak 1/5 kepada keluarga Nabi SAW seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Hasyr, ayat 7 - Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab