Sayangkan Harta (1) - Tanyalah Ustaz 20.4.2012

Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim

Segala kurniaan, nyawa, kesihatan, masa adalah pemberian Allah. Jadi ianya merupakan amanah dan gunakan untuk kebaikan. Luangkan sedikit masa untuk mendekatkan diri pada Allah melalui majlis-majlis ilmu sebegini.

Allah suruh kita kejar nikmat akhirat, di samping mencari nikmat dunia. Nikmat akhirat ada 99 lagi, yang diturunkan ke dunia cuma satu saja.

Setiap harta yang dimiliki ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. Harta perlu dicari dengan cara yang betul, dibelanjakan kepada cara yang betul, perlu dikeluarkan zakat, boleh diwariskan dan sebagainya. Pengurusan harta sangat penting terutamanya berkaitan wasiat. Harta umat Islam di Malaysia ada lebih 42 bilion yang dibekukan kerana masalah tuntutan. Betapa ruginya kerana harta ini sepatutnya boleh bawa manfaat yang besar.

Nabi SAW ada berkata: "Yang paling elok ialah bersedekah ketika kamu sihat dan ketika hidup, jangan tunggu ketika sakit atau selepas meninggal dunia."

Soalan & Jawapan:
S: Duit insuran/takaful nyawa dan khairat kematian, adakah dikira sebagai pusaka dan perlu difaraidkan?
J: Duit khairat kematian bukan pusaka, ia sebagai sumbangan untuk belanja keperluan menguruskan kematian. Insuran tak menepati syariah, jadi saya cuma sebut untuk takaful yang menepati syariah. Takaful dikira sebagai pusaka, kecuali jika ada perjanjian penama. Dalam kes penama masih lagi diperbincangkan dan belum ada keputusan diambil, jadi buat masa sekarang dianggap hibbah kepada penama dan penama boleh belanjakan untuk dirinya, tak perlu difaraidkan.

S: Anak juga dikira sebagai harta. Bagaimana menghadapi anak yang degil?
J: Harta datang dengan berbagai ujian, begitulah juga anak. Jika anak degil, ibubapa perhatikan diri dulu kerana anak merupakan cerminan ibubapa. Jika ibubapa baik, mungkin Allah ingin beri ujian melalui anak itu.

S: Apakah kesan mengumpul harta tanpa ingin membayar zakat.
J: Nabi sebut anak-anak perlu ditebus dengan aqiqah. Untuk harta juga perlu dilakukan sedemikian, iaitu dengan mengeluarkan zakat. Bahagiannya cuma 1/40 atau 2.5% sahaja. Zakat ada dalam banyak bentuk - zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat emas dan lain-lain lagi. Jika zakat tak dikeluarkan, itu bermakna kita telah mencuri bahagian orang lain. Di akhirat pula, harta zakat itu akan menjadi ular yang akan membelit orang yang tidak mengeluarkannya.

S: Harta si mati diambil oleh adik beradik dan tidak diberi kepada isteri dan anak-anaknya kerana berpendapat isteri si mati sudah kaya.
J: Tidak boleh buat begitu, harta perlu diserahkan bahagiannya kepada isteri dan anak-anak dahulu. Hanya baki boleh diberi untuk adik-beradik si mati. Jika tolong menguruskan boleh minta caj perkhidmatan, tapi biarlah berpatutan. Jangan makan harta yang haram, kerana daging haram itu nerakalah tempatnya.

S: Bagaimana menguruskan harta si mati yang tiada nama pewaris?
J: Untuk KWSP, perlu bawa surat dokumen ke KWSP. Untuk harta-harta lain, bawa dokumen ke pejabat Amanah Raya.

S: Suami meninggal, dan lepas meninggal baru tahu ada 4 isteri. Suami namakan isteri pertama pada tanah 12 ekar. Perlukan difaraidkan untuk isteri-isteri lain juga,
J: Harta, jika telah dipindah milik berubah menjadi milik si penama. Jika isteri-isteri laij ingin menuntut, lihatlah pada harta-harta lain. Pergi ke mahkamah untuk bantuan menguruskannya.

S: Ibu ada buat perniagaan, dan jatuh muflis. Namun, ada hartanya disimpan di bawah nama orang lain, apa perlu dilakukan kerana Amanah Raya tak mahu uruskan. Betulkah orang muflis tak boleh pergi haji?
J: Harta ini ada banyak bentuk: ada kita punya dan nama kita, ada harta kita tapi guna nama orang, dan ada harta orang, nama kita. Jika ada harta orang guna nama kita, dan orang itu mati, wajib dipulangkan pada warisnya. Sebaik-baiknya buat perjanjian hitam-putih dan matikan dengan setem. Ayat paling panjang dalam surah Al-Baqarah menerangkan tentang hutang dan kepentingan merekodkan. Orang yang berhutang mesti ada niat untuk bayar balik. Jangan bebankan waris dengan hutang kita, ambillah takaful sebagai perlindungan jika sesuatu berlaku pada kita. Orang yang muflis jika nak pergi haji, boleh mohon dan buat surat. Tapi yang lebih utama, selesaikan hutang-hutang yang masih belum dilunaskan terlebih dahulu.

S: Tanah asal milik ibubapa, dan ibubapa meninggal. Nama pentadbir ialah nama abang, tapi nama telah dipindah milik nama isteri abang. Bagaimana adik-beradik nak tuntut?
J: Ibu bapa perlu letak nama pentadbir lebih daripada seorang. Jangan percaya sangat pada satu nama sahaja. Tetapkan awal-awal nama yang ditetapkan itu sebagai pentadbir atau pemilik baru. Adik-beradik perlu berbincang dengan tenang. Jangan sayangkan harta sangat, kita perlu lebih sayangkan nasib kita di akhirat nanti.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab