Tergelincir akidah 3 - Tanyalah Ustaz 01.04.2012

Ustaz Dr. Zaharudin Abdul Rahman

Bacaan surah Al-Baqarah ayat 217:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).




Huraian & Perbincangan:
Kita mesti sentiasa bersedia memerangi musuh Islam dengan apa yang kita ada - harta, ilmu dsb kerana mereka tidak akan berhenti daripada memerangi kita. Banyak taktik digunakan terutamanya cinta, harta, berlakon berminat Islam.

Pelbagai muslihat untuk menyimpangkan aqidah - contoh seorang muslimat yang baik - bertudung labuh dan berpendidikan agama tinggi - didekati lelaki bukan Muslim yang berlakon berminat dengan Islam dan mengajak muslimat membincangkan tentang sesuatu topik dalam Islam cth. Seksualiti sehingga membuatkan muslimat yang 'lurus bendul' boleh terpengaruh dan tergelincir aqidahnya. 

Kadang2 kita boleh tertipu juga dengan pujukan harta benda. Ilmu shaja tidak cukup untuk mendindingkan diri, oleh itu wujud juga ramai ulama yang boleh dibeli dengan harta benda. Kena selalu mohon perlindungan dr Allah.

Sambung fokus perbincangan tentang perkara2 dalaman yang boleh membuatkan kita tergelincir daripada aqidah:
1. Kepercayaan kita tentang roh - 
Apabila ditanya tentang roh, Allah kata itu adalah urusan Allah. Jadi kita jangan mudah2 nak kata yang lepas meninggal, roh balik untuk makan kenduri yang kita masak. Allah dah kata dalam surah Al-Mukminin 99/100 - Allah dah kata yang roh minta untuk balik ke dunia untuk beramal, tapi Allah tak benarkan. Roh takkan dibenarkan balik dan kekal berada di alam barzakh. Jika roh baik, roh akan berada di taman syurga - takkan terfikir untuk balik ke dunia. Jika roh jahat, akan disiksa dan tiada peluang untuk rehat.

Idea yang mengatakan roh jahat akan jadi hantu adalah salah - ini semua kerja syaitan. Roh jahat akan diletakkan di alam barzakh untuk diseksa, bukan merayau-rayau kacau orang. Jadi mereka yang terlibat dengan filem/pameran hantu boleh menyumbang kepada umat tergelincir akidah. Ingatlah yang anda semua akan terima 'saham' permasalahan ini.

2. Kepercayaan kepada hati kiamat juga penting kerana ada orang yang tak percaya kepadanya. Ada orang ingat hidup ini untuk dunia sahaja, jadi hidup tak fikir halal/haram, nak kejar kejayaan dunia saja. Jika dia seorang saja pun sudah bermasalah tapi jika dia menyebarkan idea yang hidup untuk dunia saja dan ada orang mengikutnya, maka dia akan ada saham perkara tak baik hasil perkataannya itu.

Perkiraan tentang hari kiamat juga tidak boleh - ada kononnya orang pandai buat kira-kira yang mengatakan kiamat pada 2012 ini - ini salah. Perkiraan ini walau dilakukan menggunakan Al-Quran tetap tak boleh kerana Nabi sendiri tak tahu tentang bila hari kiamat.

3. Keraguan tentang Rasulullah juga salah - tak boleh kata Rasul berat sebelah untuk lelaki saja. Kena yakin penuh ajaran yang dibawa Nabi. Rasul SAW seorang yang adil, dan semua yang dibawa Nabi adalah kalam Allah. Orang yang cuba memfitnah Nabi dengan kaitan 

4. Menyamaratakan agama juga salah - cuma Islam yang Allah terima. Kita tak boleh anggap semua agama sama kerana Allah hanya terima Islam sebagai agama kita. Menyambut perayaan agama lain juga salah. Perayaan yang berkaitan kaum seperti Tahun Baru Cina tak apa, tapi kalau perayaan berkaitan agama seperti Krismas tak boleh. Sila layari website ustaz untuk maklumat lanjut - www.zaharuddin.net

5. Mempercayai zodiak, nombor, nama2 tertentu juga boleh menyumbang kepada tergelincirnya aqidah. Rujukan lanjut boleh dapatkan buku 'Mutiara Aqidah dan Ibadah', tulisan ustaz. 

Soalan & Jawapan
S: tanam uri tepi jalan untuk dapat jodoh cepat. Boleh tergelincir aqidah tak?
J: Ini khurafat - nasib kita tak ditentukan oleh cara/tempat tanaman uri.

S: Mohon jelaskan murtad secara tak  sedar?
J: Kalau dah sedar memang takkan tahu - jadi oleh itu pentingnya untuk cari ilmu. Adakah kita akan terlepas kerana tidak tahu - tak, kerana dalam sebuah negara Islam yang aman, ada ulama, ada majlis ilmu, jadi tanggungjawab mencari ilmu tak terlepas daripada semua.

S: Ada orang kata tak  nak masuk syurga bersama orang2 yang pernah buat salah dan telah diampunkan. Bagaimana menghadapi?
J: Dosa paling besar syirik. Biar besar bagaimana pun dosa jika Allah ampunkan, orang itu akan dapat masuk syurga. Tapi kita tak boleh anggap orang yang dah masuk neraka lepas tu masuk syurga akan jadi seperti banduan neraka - tak akan ada perasaan seperti ini - alam syurga Allah dah kata tak sama dengan dunia. Perasaan seperti cemburu takkan ada di akhirat. Sedarkan orang sebegini dengan bimbingan ilmu.

S: Bagaimana amalan baik orang yang murtad tanpa disedari?
J: Tak ada erti kebaikan orang murtad kerana Allah kata ianya akan jadi seperti debu yang berterbangan. 

S: Orang yang murtad - bagaimana menguruskan jenazah?
J: Orang murtad: jika berkahwin - isterinya jatuh fasakh, tak boleh bersama lagi, jika meninggal tak boleh dikuburkan di tanah perkuburan Islam, jika ada anak perempuan - tak boleh jadi wali, jika ada ibubapanya meninggal - tak dapat hak harta warisan.

S: Ada kawan yang tak setuju yang Allah akan ampunkan dosa kerana orang akan senang buat dosa dan senang2 minta doa untuk ampun.
J: Tak menerima sifat Allah itu salah, tergelincir aqidah. Pemberian dan kurniaan Allah adalah hak Allah, jadi Allah berhak beri atau ambil apa yang Allah beri. Kita tak boleh rasa yang Allah tak adil. Allha boleh beri keampunan pada hambanyan yang diingini.

S: Anggap Allah sebagai bapa, bolehkah?
J: Salah,tak boleh. Allah tak bersifat seperti makhluk.

S: Jika wali tak solat, bolehkah jadi wali?
J: Ada banyak perbincangan berkaitan hal ini - meninggalkan solat seolah-olah meruntuhkan tiang seri agama. Orang yang tinggal solat secara sengaja jadi fasiq, tapi jika dia juga percaya yang solat tak wajib boleh jatuh murtad. Orang fasiq boleh jadi wali tapi wali yang fasiq. Orang yang murtad tak boleh jadi wali.

S: Jika ditimpa musibah kata sebab bas langgar dsb, dapat kebaikan kata orang tu tolong, tak kata dari Allah. Adakah tergelincir aqidah?
J: Tak, ini sunnatullah yang Allah izinkan. 

S: Ada pendapat yang diambil daripada cerita Israiliyat, tergelincir aqidah tak? Contoh bubur asyura dikaitkan dengan kapal Nabi Nuh.
J: Kisah Nabi Nuh - dianggap cerita ghaib kerana kita tak pernah lihat sendiri. Oleh itu kita hanya boleh percaya apa yang disebut dalam Al-Quran. Boleh buat bubur tapi jika kaitkan dengan kapa Nabi Nuh akan ada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah. Begitu juga dengan kayu kokka - tak boleh sandarkan fakta yang kita tak tahu.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab