Imarah Masjid 2 - Tanyalah Ustaz 07.04.2012

Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang

Bacaan surah At-Taubah, ayat 18, maksudnya:
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Intipati ayat: menerangkan ciri-ciri orang yang layak mengimarahkan masjid, atau dengan kata lain orang yang layak jadi AJK masjid.

Ada lima ciri-cirinya:
1. Benar-benar beriman kepada Allah - bertugas niat ikhlas kerana Allah, bukan kerana ingin pujian.
2. Kerana percayakan hari Akhirat - supaya menjadi amalan yang memberi pahala di akhirat.
3. Mendirikan solat, bukan sekadar mengerjakan solat - jiwanya jiwa solat, selalu solat berjemaah di masjid.
4. Menunaikan zakat - tak meninggalkan kewajipan zakat pendapatan, emas, harta-harta yang ada, bukan setakat zakat fitrah.
5. Tidak takut melainkan Allah - dari segi bahasa Arab, ayat ini maksudnya lebih mendalam iaitu antaranya tidak takut kepada ancaman manusia,tidak takut kekurangan belanja, sambutan masyarakat.

Soalan & Jawapan:
S: Apa pandangan ustaz bila ada pihak yang kadang-kalanya AJK masjid sendiri mengatakan tidak perlu buat majlis ilmu, majlis qiyammullail?
J: Betul, ada banyak berlaku pertelingkahan antara AJK sendiri, antara AJK dan masyarakat tentang cara mengimarahkan masjid. Perkara ini tak menguntungkan mana-mana pihak. Oleh itu sebelum pilih AJK, pastikan 5 ciri di atas ada pada mereka yang ingin diberi jawatan. AJK dan masyarakat perlu bekerjasama kerana setiap yang kita sumbangkan, tak kiralah sebagai tukang masak, tukang susun kerusi sekslipun, semuanya akan dapat ganjaran jika buat kerana Allah. Duit yang diberi masyarakat perlu dibelanjakan, bukan untuk disimpan dalam akaun dan dibangga-banggakan. Jangan takut duit habis kerana masyarakat pasti akan beri sumbangan pada masjid yang aktif. AJK jangan salah guna kuasa untuk beri tender pada diri sendiri seperti sediakan makanan, tukar karpet, bina pagar dsb pada harga yang tidak munasabah.

S: Mengapa ruang masjid tidak mesra muslimah, contohnya: langsir jarang, ruang wanita tak ditutup rapat, tandas dan tempat wudhuk yang jauh.
J: Sebab utama kerana yang bina masjid tak berjiwa masjid - sekadar bina kerana dapat kontrak. Kedudukan masjid juga perlu strategik - baru boleh jadi pusat aktiviti masyarakat.

S: Apa pendapat ustaz jika dibuat tuisyen percuma di masjid untuk tarik golongan muda ke masjid?
J: Cadangan yang baik. Boleh buka kelas itu untuk orang bukan Islam juga. Ada satu masjid tu buat tuisyen percuma dan ambil pelajar menggunakan van jenazah dan mendapat sambutan ramai. Boleh juga gabungkan pertandingan futsal, bowling dengan aktiviti surau. Perlu diingatkan agar ambil orang muda sebagai AJK masjid agar ada wakil orang muda memberi pendapat program yang sesuai dengan watak dan minat mereka.

S: Suami rajin ke masjid, tapi anak-isteri terabai di rumah. Jadi yang mana lebih utama?
J: Tanggungjawab suami mengimarahkan masjid. Suami boleh bawa keluarga ke masjid, tapi didiklah anak agar pandai jaga diri ketika orang solat. Ada juga masjid yang sediakan tempat bermain, perpustakaan untuk anak-anak kecil, ini adalah contoh baik untuk masjid lain. Ada kalanya suami perlu juga jadi imam solat jemaah di rumah, agar diberi keberkatan dalam keluarga. Biarlah walaupun suami cuma baca surah yang pendek, isteri jangan memperkecilkan usahanya atau membanding-bandingkannya dengan orang lain yang lebih baik.

S: Apakah garis panduan kebersihan dan keindahan masjid?
J: kebersihan dan keindahan masjid bukan tanggungjawab AJK semata, perlu kerjasama semua pihak. Kebersihan sangat penting. Keindahan masjid bukan pada fizikal sahaja, tapi pada pengisiannya iaitu majlis ilmu. Masjid yang banyak majlis ilmu akan mendapat keberkatan. Keindahan masjid juga merangkumi keselesaan kepada pengguna.

S: Apa hukum pencuri barang di masjid?
J: Betul, banyak berlaku. Jadi AJK perlu bijaksana, barang berharga letak di tempat berkunci, boleh juga upah pengawal.

S: Bolehkan orang bukan Islam masuk dalam masjid?
J: Boleh, cuma kena jaga adab-adab dalam masjid. Di Amerika, masjid dan majlis ilmu dibuka agar boleh dilihat atau disertai oleh orang bukan Islam. Mungkin dengan cara ini boleh membuka hati mereka kepada Islam.

S: Apa fungsi imam sebenarnya, kerana daripada pandangan mereka ini hanya diberi tugas mengimamkan solat. Mereka ini lulusan tinggi dan perlu diberi kuasa agar boleh sumbang lebih kepada masyarakat. Saya juga cadangkan diwujudkan kerani di masjid agar dapat kumpul data ahli qariah dan menguruskan masjid dengan lebih baik.
J: Betul, ada imam mengadu tiada kuasa memutuskan apa-apa, semuanya diputuskan oleh AJK sahaja. Berbalik kepada ciri-ciri yang 5 tadi agar semua orang yang dipilih boleh berperanan mengimarahkan masjid. Cadangan wujudkan kerani memang baik, cuma pastikan gaji yang diberi setimpal agar kerani tak lari;)

S: Bagaimana sikap orang yang memilih-milih masjid dan tidak datang ke masjid qariahnya sendiri kerana lebih suka imam di tempat lain kerana contohnya solat di masji itu lebih cepat dsb.
J: Ada banyak sebab orang pilih masjid lain, salah satu sebab mungkin kadang-kadang masjid di qariahnya tidak aktif. Tidak salah tapi jangan tinggal langsung masjid qariah sendiri. Betul ada berlaku imam sesetengah tempat solat terlalu cepat, bacaan tidak lancar dan sebagainya. Nabi pernah beri amaran bahawa seburuk-buruk imam ialah imam yang dibenci makmumnya. Jadi imam perlu muhasabah diri dan jika rasa diri ada kekurangan, berundurlah demi kebaikan masyarkat. Beri ruang kepada orang lain yang lebih layak.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab