Daging Haram 1 - Tanyalah Ustaz 11.04.2012

Ustaz Mohd Amri Abdullah

Apa makna daging haram?
Yang disembelih tanpa menyebut nama Allah
Kesan makan daging haram - daging kita menanggung kesan haram, sepertimana sabda Nabi, jika sumber makanan kita haram, maka daging yang tumbuh itu nerakalah yang paling layak untuknya.

Haiwan yang halal ada cara sembelihan tertentu mengikut Islam.
Sembelihan ertinya dari segi makna bermaksud mengeluarkan kotoran. Jadi bukan sekadar orang Islam buat sembelihan, namun agama/bangsa lain juga melakukan penyembelihan.

Makna dari segi Islam - menyembelih binatang dengan memutuskan urat-urat tertentu (urat marik, urat darah di kiri dan kanan, halkum), dilakukan menggunakan pisau tajam, dilakukan oleh orang Islam dengan meneyebut nama Allah.

Rasa was-was ada tiga kategori:
1. Kalau dalam bab makanan - makanan yang jelas haram tapi bila dibisik syaitan, tergugat dan rasa halal pula. Hukumnya yang pertama iaitu haram.
2. Kita rasa halal, tapi kerana ada perkara-perkara tertentu buat kita rasa haram. Hukumnya halal jika perkara yang kita ragu-ragu itu tiada.
3. Syak antara halal dan haram - hukumnya elok dijauhi.

S: Mengapa berlaku salah faham tentang konsep Islam?
J: Allah ciptakan terlalu banyak benda yang halal, yang haram cuma sedikit. Namun manusia tetap nak cari yang haram juga. Allh juga telah berpesan kepada semua manusia (bukan pada orang beriman saja) agar makan apa-apa yang halal dan toyyiba. Konsep halal contoh ketika menyembelih ayam, bukan sekadar pada mengikut cara-cara yang disebutkan tadi, tapi termasuk juga tempat, mesin yang digunakan perlu bersih. Begitu juga ramuan yang digunakan perlu yang baik-baik saja.

S: Adakah makanan memberi kesan kepada tingkah laku?
J: Analogi - jika kita nak pokok berbuah lebat, kita pilih tanah yang baik, baja berkualiti. Sama jugalah dengan manusia, jadi memang ada kesannya. Tetapi di samping makanan fizikal, makanan hati juga perlu dititk-beratkan. Hadis Nabi SAW ada menyebut yang jika seketul daging (hati) itu baik, baiklah orang itu, jika sebaliknya, jahatlah orang itu. Makanan hati antaranya selalu membaca Al-quran, berbuat kebaikan dsb. Kesan makanan haram dapat kita lihat daripada gejala sosial yang kita lihat dalam kalangan masyarakat hari ini. Bala pertama yang menimpa umat Muhammad SAW ialah kekenyangan. Bila kenyang akan bermaharajalelalah syahwatnya.

S: Bagaimana kita nak kenal logo halal Malaysia?
J: Ada kisah cucu yang kenal logo halal Jakim, tapi toknya tak kenal pun;). Di Malaysia hanya logo halal Jakim yang diiktiraf. Jika ada logo ini tak perlu rasa was-was. Halal ini bukan hanya pada makanan saja, kosmetik juga termasuk. Cari yang ada logo halal Jakim.

S: Bagaimana pula dengan kes dimana haiwan disiksa sebelum disembelih?
J: Memang berlaku kes sebegini. Kebiasaanya di rumah sembelihan, akan dilakukan proses yang dinamakn 'stunning' iaitu alat untuk melalikan haiwan untuke sementara. Hukumnya bergantung kepada jenis 'stunner' dan haiwan yang digunakan. Jika di Malaysia, biasanya arus elektrik digunakan dan dibolehkan jika parameter mengikut piawaian Jakim. Untuk lembu/kerbau ada mechanical stunner yang menggunakan hentakan di kepala haiwan. Selagi tidak menyebabkan haiwan mati terus atau dalam kes lembu/kerbau, tengkoraknya tidak boleh retak. Oleh itu, Jakim memang buat pemeriksaan di rumah-rumah penyembelihan sebelum keluarkan sijil halal.

S: Adakan semua bahan yang digunakan dalam makanan yang diberi logo halal oleh Jakim telah diperiksa.
J: Ya, memang kami periksa. Semua bahan yang digunakan akan dipastikan halal. Peralatan seperti berus dll juga diperiksa. Orang yang menyediakan juga mesti ada yang Islam. Kriteria kebersihan tempat penyediaan juga diambil kira.

S: Adakah daging import halal?
J: Semua daging import yang nak masuk Malaysia MESTI halal. Pihak Jakim telah pergi sendiri di negara pengimport untuk buat pemeriksaan.

S: Adakah makanan boleh mempengaruhi ingatan.
J: Ya, imam Nawai ada berpesan ada makanan yang boleh melemahkan fikiran. Bukan setakat itu, terlalu banyak makan juga ada kesan tidak baik pada fikiran, kesihatan. Jika kita tengok, orang Yahudi sangat jaga bab pemakanan, mereka tak makan organ dalaman. Yahudi hanya ada 16juta didunia, namun mereka kuasi banyak benda (walaupun buat perkara jahat). Kita kena ikut saranan Nabi SAW untuk makan madu, kurma. Nabi SAW juga suruh makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Selain itu, makanan haram juga beri kesan pada ibadat, pada doa yang kita panjatkan pada Ilahi.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab